Pages

Friday 21 December 2012

ketam goreng telur masin


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..terima kasih  pada follower baru kerana sudi mengikuti blog zila nie..dan terima kasih juga pada teman-teman yang meninggalkan komen yang indah..i love u semua..


semalam merupakan hari cuti buat warga johor.Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar ..dikesempatan itu ramai yang membawa anak-anak berjalan..walaupun hanya satu hari ..cukup kew h ehhe..

zila ambil peluang tue pergi ke angsana..sebenarnya tak ada tujuan yang tetap nak kesana ..sekadar nak tengok pameran kraf yang diadakan sehingga 25 december ini..

hasil kraf semuanya ada disitu..kompang,keris,tembikar dan yang paling banyak baju batik..oleh kerana camera tak dibawa tue yang tak ada pic nak tunjuk..he hhee sesiapa warga johor yang nak pergi bolehlah kesana..parking masih ok semalam..


ok lah berbalik pada menu alam maya hari ini..
ketam goreng telur masin..ramai yang dah pernah buat kan?..tapi tak semua orang suka makan ketam..kadang-kadang ada yang alah dengan ketam..

bagi zila ok jew lah..he hhee rasanya memang sedap ..lemak-lemak kuning telur masin tue yang jadi sedap..



tapi kalau budak-budak agak leceh sikit nak makan..isi pun tak banyak..nak ketuk-ketuk jari ketam tue yang malas kan..h ehhe memang tak boleh jadi lauk..kena ratah camtu jew baru sedap..


biasa zila buat guna bahagian kuning  telur tue jew ..tapi kali ini saja nak letak bahagian putih tue pulak..rasanya tak jauh beza..cuma tak payah letak garam sebab masin tue dah ok..

pada sesiapa yang nak mencuba zila sertakan resepinya disini seperti biasa..sebagai rujukan diri..dan memanjangkan lagi ilmu ..semoga bermunafaat kepada semua..

sampai disini dulu ..bye semua..



ketam goreng telur masin
bahan-bahan:-

  • 3 ekor ketam bunga
  • 10 biji cili api - dihiris ikut kepedasan masing-masing
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar butter
  • 5 biji telur masin 
  • 1 sudu kecil gula
  • 3 sudu besar susu cair
  • 2 biji bwg putih - di ketuk
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • garam
  • serbuk lada sulah secukupnya
  • minyak masak utk menggoreng





cara
  1. rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan - zila tambah 1 biji bahagian putih telur masin.
  2. bersihkan ketam potong kepada dua bahagian,goreng dengan tepung jagung.
  3. goreng deep fried - asingkan
  4. panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi sampai wangi
  5. masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
  6. masukkan susu segar,gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya.
  7. kacau rata,tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih ,masukkan ketam kacau rata dan sedia dihidang.



37 comments:

ady said...

as-salam
Wow these look delicious ..I wish I had one of them!

Irfa said...

arghhhhhhhh menggoda.
dua2nya saya suka
telur masin n ketam

rahel said...

Sangat sedap ketam goreng telor masin ni...kita memang suka sangat...klu kat sabah selalu pg makan kat restoran seafod...

hana said...

aduhhhh sedapnyerrr.... aritu penah try skali tapi guna telur itik tanpa masin. tu pon sbb nak perabih telur itik. tp kurang menyengat la.. mmg harus carik telur itik yang dimasin jugakk...

hana said...
This comment has been removed by the author.
yan's cottage said...

salam ZILA....
yan pun suka ketam masak macam nie...kat rumah selalu juga masak macam nie.....makan dengan nasi panas2 wow....

Cik Teratai said...

sedapnya..
mmg suka sangat mkn ketam

izyantyPersonalTaste said...

baru nie pun makan ketam gak...tak pernah mkn ketam campur telur masin lagi...nextime leh cuba...suka tengok gambar makanan dlm blog nie cantik2..dan menarik

Marsita Yahya said...

sedap ni...tapi kami sekeluarga malasssss nya kalau nak makan ketam ni...kalau Zila tolong bukak kan kulit dia boleh lah he he

hazila said...

My husband "hantu" ketam. Memang wajib ada atas meja at least once a week. Tapi memang takleh jadi lauk pun, end up meratah je.

Izwa Kamaruddin said...

terliur!!!!!!!!!!!

Mas Sani said...

org china suka lauk ni kan...kalau tgk rancangan masakkan china mesti tak tinggal ketam telor masin...

alahiiiiii...kenapa ketam itu kejam sgt...goda2 mas...sedapnya kak... dlm gambar dh nmpak sgt2 sedap..kalau akk hulur depan mas...lagi la kannnnn :)

Unknown said...

aduh sedapnya nampak wlaaupun belum pernah rasa tapi dah dpt agak mmg sedap giler ni,boleh try tugngu ramai orang kan rumah baru berbaloiii buat, bukan ape makan sedap teringat kat anak2 jauh sabo je lah hee

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

menu ketam ni jarang bertandang kat rumah akak... sebab utamanya tulah.. mcm zila ckp nak mkn ketam ni agak leceh.. nak buat bagi anak2.. memang dorang tak reti sgt nak mkn & korek2 isi ketam tu.. jadi memang malas la nak membelinya...kalau beli pun sebab dah betul2 teringin.. hehe...

Rohah said...

alahai sdapnya gandingan ni...mmg syok buat ratah ni kak..

MamaFaMi said...

Salaam Zila...

Lama dah mama tak makan ketam. Nak beli, malas pulak sebab nanti mama sorang yang nak kena habiskan. Tak apalah.. mama makan di alam maya je la...

Ummi said...

Assalam Zila, amboiii sedapnya ketam...aah kaan, akak pun dah lama x makan ketam...masak dgn telor masin mmg best, dua perisa dlm satu menu...walllaaaaahhhh!

tun_telani said...

Salam kak zila.. uuu...uuu.. sedapnyerr... terliur sgt2 dh nih.

asyifamustaffa said...

msti rasa dia lemak2 masin nie kan kak...tp sayangnya...sy x mkn ketam plak....huhuhu....

Kakzakie Purvit said...

Kakak semalam belanja barang dapur di Larkin lupa pulak nak beli telur masin. Baca ni baru teringat.

Teringin nak buat macam zila nie.

Mamasya said...

Aslmkum Zila. rasa lama tak singgah dapir Zila. belum pernah masak menu ketam telur masin ni...kalau telur masin kena buat dulu.
re;ttg gula kek coklat itu, akk guna blend halus gula biasa sbb di Cairo tak da gula kastor..letak dlm 1 2/3 cwn sbb gula biasa lagi manis.

asmahyusof said...

Salam zila cyg...
lambat sampai ..sure dh licin meratah...husband suka sgt ketam...kalu buat masak mcm nie lg la perabis dia sorang je la jwbnya ..hehe

Unknown said...

http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/
tinggalkan jejak...follow done..tq

Anonymous said...

guna soft shell crab lg best..terus ngap...

CQUEK said...

You just blew my mind. I need to make this ASAP!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ohhh, lain kali mahu cuba. Selalu fikir macammana nak masak ketam telur masin tapi tak pernah pulaklah menggoogle, hehe

EmbunRosaliza said...

Assalam zila, sedap dan sangat menarik untuk di cuba nih ketam msk mcm ni, , mesti sedap

kurus said...

perghh kak .. terbaik lah
saya x pernah layie masak ketam telur masin nie
hurmmm
kena cuba nie ;)

kasihredha said...

perrgghhhh...memang telan air liur...seriusss
kobinasi yg menarik...kebetulan dua dua kak suka...telur masin dan ketam

FnF Simple Life said...

fullamak...dua2 pun sy sukaaa... ketam suka...telur masin pun suka gakkk... tp mana laaa nk carik telur masin kat Nihon...kena buat sendirik...

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Zila..nampak sedaplah resipi ni....macam nak cuba jugalah...

gerhana luka said...

fav saya masak ketam camni tapi saya selalu steam je ketam tu. apapun memang best la makan ketam hee...

Siti Nadira said...

wow!ni btol2 mengancam...iskkkk

Unknown said...

Jumpa akhirnya resepi utk soft shell crab yg baru beli tadi..terima kasih..

jasonbob said...

golden goose francy
jordans
kyrie 4
yeezy supply
off white hoodie
balenciaga speed
cheap jordans
lebron james shoes
yeezy shoes
balenciaga sneakers

http://bigholec4lodge.com said...

I’m impressed, I have to admit. Genuinely rarely should i encounter a weblog that’s both educative and entertaining, and let me tell you, you might have hit the nail about the head. Your thought is outstanding; the problem is an element that inadequate individuals are speaking intelligently about. We are delighted we stumbled across this at my hunt for something relating to this. http://bigholec4lodge.com

https://portuguese-passport.online said...

Sometimes the easier to simply take one step back again and also recognize that few people gives your beliefs  https://portuguese-passport.online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang