Pages

Wednesday, 4 April 2012

kuih bakar labu


Assalammualaikum dan selamat pagi semua.terima kasih diatas kunjugan teman-teman yang saya amat sayangi semua.insaallah saya akan terjahhh kedapur anda semua yer..pagi-pagi lagi dah tayang kuih bakar labu kan..hee heee he.Khasiat labu bukan sekadar terletak pada isu buahnya tetapi juga biji, bunga dan daunnya.
Buah ini adalah antara watak yang turut tersenarai dalam kisah dongeng kanak-kanak Cinderella. Ditukar oleh tukang sihir menjadi kereta kuda, buah labu ternyata sudah dikenali kebanyakan orang sejak zaman kanak-kanak lagi.

Jika tidak kerana kisah Cinderella, mungkin juga kita mengenali buah labu sebagai hiasan ketika orang Amerika Syarikat (AS) menyambut Helloween. Atau mungkin juga sebagai buah yang bijinya (kuaci) cukup popular dan enak dikudap ketika menonton wayang.




Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi,isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.itulah antara kebaikan labu,tapi tidak semua orang mengemarinya kan..



tak tahan godaan bila berBW..masakan masing-masing memang sedap-sedap..kadang-kadang rasa nak amik jer kat pic diorang tue..tapi apakan daya tangan tak sampai...rata-rata rakan bloger dah buat kuih bakar nie kan..saya antara pengemar kuih bakar ,kerap jugak beli kuih nie kat warung-warung kuih saban pagi..tapi rasanya lagi berbaloi kalau di godeh sendiri oleh jari  jemariku..hi hiii hii dapat makan banyak sikit..kalau kat luar tu sringgit 3..pastu part2 yang kerak mesti orang lain dah kebas dulu..hampeehhh betul..


ok la berbalik pada resepi nie,saya ambil dari dapur kak yatie.master bahagian kuih bakar nie..tapi saya buat separuh adunan sahaja sebab kat rumah nie tak ramai orang sebab tu kena buat dalam quantiti yang kecil.saya kongsi resepi disini juga sebagai rujukan akan datang..memang nak buat lagi ..sebab sedap sagat-sangat..joomm sama-sama cuba..

diolah oleh: zila4ever

BAHAN-BAHAN
2 biji telur
1 1/2 cwn santan 

1 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
sedikit garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar minyak sapi
1 cwn labu yg telah direbus dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
    Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  2. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
    Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi.
  3. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
    Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.



28 comments:

Mas said...

Assalamualaikum.....

sedapnya tgk kuih bakar labu dia...kuih bakar ni sedapnya tang kerak dia kan?

ijayuji said...

Salam kak zila! suke sgt bingka2 gini, kita ada labu separuh dlm esbok dah 2 minggu duk dlm esbok tak tahu nak kerjakan labu tu buat apa, asyik buat benda lain jerrr hihihi...

zila 4ever said...

wsalm mas..
bahagian kerak mmg jadi rebutan..akk pun sama jgk..klu x dapat mcm frust giteww.:)

zila 4ever said...

wsalam ika..
akk pun sama suka mkn binga jgk..tu ler labu akk pun dh lbh 2 minggu jgk kt esbok nie..tu yg merajinkan diri..buat apa yg patut..he he hee

kakna said...

salam...
kakna pun suka keraknya tu..tapi bingka tu mesti lemak.terliur la pulak..

izahdaut said...

elok untuk penyakit kuning ye.. oooo.. ni kalau time budak kena kuning, bawak masuk labu sah sah kene reject, pantang org tua2 kan..hehehhee..tapi sebenarnya berkhasiat..

sedap nyer kuih bakor labu. teringat lagi buat masa kat kampung, kesedapannya sampai 2 hari berturut kena buat. masa tu guna resepi CMG. tapi resepi ni pun sedap gak tu...kan kan..asalkan labu..haishh sedap ajerr

Rohah said...

pebret gak nie..(ni la penangan org yg lalu je makan ape2 mcm saya,tolak batu ngan kayu je)hehe..alahai sedapnyee..

zila 4ever said...

wsalam kakna
semua org suka tang2 kerak kan..he heehe lg lemak lg sedap kak.:)

zila 4ever said...

izah
klu bdk2 kena kuning di kasi lg labu ..mmg sah2 kena marah n doktr he hee..btl la izah bg sy mana2 resepi nie lbh kurang sama jer..asalkan ada labu..mmg sedapp

zila 4ever said...

rohah
alahaiii sama la kita..x cerewet..asal leh makan..amikkkk jew la..ha haa

Wani said...

lama dah x makan lagu .. dulu selalu gak buat ala2 pudding tapi wani kena berpantang makan labu ... dan jenis seangkatan buah macam ni huhu ..
tapi dah terasa macam sedap bingka labu tu . .. hihi

Naz / Nadz COSK said...

Wah rajin betul buat kuih muih tradisional ni.. Naz ni slow sikit kuih2 cam ni sbb kang kena perabis sorang2...Anak2 makan cikit jer..hehhe.. Tapi teringin bila tgk kat dapur org lain..

Qasey Honey said...

dh buat dulu yer kuih bingka nii...resepi Qh masih tperap lg...mintak 2 kpg bleh x...nk rasa..

KakAsma said...

Zila,
bingka apa pun mmg sedap..tapi akak kalah kalau makan labu..ada sekali tu makan lauk lemak labu,beria2 makan,malam tak leh tido..peyut kembung..hamek koo sapu minyak baru boleh tido ..itu pun setelah berlaku kejadian tidak diingin miahahaha.
tu yang kalau org cete pasal labu akak tengok ajer..

Acik Erna said...

assalam zila..acik memang suka labu..masak lemak la..buat bubur la..buat koci..tapi belum pernah buat bakar labu ni

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Zila..
itu dier bingka labu dh smpai dapur zila.. mmg best & cantik labu Zila mintak sikit utk minum ptg hihihi

Watierman said...

Assalam Dik Zila oh mak aiiiii datang petang pun aci gak kan..bak sepotong nak buat minum petang karang ...TQ sudi jenguk dapur sempit Akak ya!

Sonia (Nasi Lemak Lover) said...

oh, i like to eat kuih bakar when i was a kid. Pumpkin kuih bakar lagi bagus dan sihat!

rahel said...

Zila,sioknye dpt mkn kuih bakar labu..wangi tu...datang petang2 ni..kot2 ada lg..nak join makan2..hehe..

LinRosly said...

Assalamualaikum Zila

Terima kasih singgah di blog akak dan sudi follow....Kak Lin pun dah follow. Muaaaahhhhhh:0 <3

quinnie said...

bestnya makan bingka..lama tak makan bingka labu..pernah buat sekali je dulu...hehehe..saya ni tak leh makan selalu sebab berangin badan..kekeke

Amie said...

Assalamualaikum zila,
cantik kejadian kuih bakar labu tu, kak Amie suka makan tapi biasanya yang buat kuih begini kakak ipar sebab kakak hanya pandai buat yang kukus2 je... yang bakar selalunya hangus jadinya ...

Nieza said...

Assalam Zila, kuih bakar memang my fav...tapi versi labu ni lum pernah buat lagi.

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Zila..
Banyak sungguh kegunaan labukan, akak memang sangat suka dengan labu ni (suka makan) tapi tak suka kopek.. hehe.. sebab pernah ada peristiwa pahit ketika mengopek labu, huhu..

Labu juga popular dalam salah satu filem P Ramlee selain Cinderella.. namakan filem itu... Ekekeke...

Kamalia said...

salam kak zila..suka jugak bingka labu..nak makan kat sini jela kak, bole?hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

bingka labu mmg best! akak suka sgt kuih2 berasaskan labu.. gulai lemak labu pun suka.. hehe..

a'in fajar said...
This comment has been removed by the author.
a'in fajar said...

salam zila, nampak mcm sedap kuih bakar labu nie, ain x penah rase pun kuih nie..nmpk cantik je kuih zila ni kan kot lps ni trase nk try..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...