Pages

Friday, 18 December 2020

Resepi Sambal terung pipit

 





Assalammualaikum
lama tak jengah blog,rindu sebenarnya nak menulis disini,disebabkan kekangan masa nak masuk sini rasa bercinta pulak..kerja sekolah online pun banyak sekarang..sek agama pun ada kerja sek online ..kena mengajar Muhammad buat homework..dah penat memasak ..urus kerja rumah  begitu gini dah petang..
Ok aritu balik kampung tengok terung pipit rumah emak banyak berbuah..kalau dikampung ni tak ada yang makan terung pipit.emak pun tak berapa gemar nak makan.petik sikit bawak balik rumah..dalam kepala terbayang sambal..lahai sedapnya kalau dapat cicah dengan ubi kan..dah sampai rumah terus masak sambal terung pipit..nikmat rasa.

Sambal Terung Pipit Lajennn
By @zila norazila

Bahannya
Terung pipit - secukupnya
Lada merah besar 2 batang
Lada hijau besar 2 batang
Cili padi hijau - dalam 20 biji (ikut lavel kepedasan masing-masing ye)
Cili padi Thai merah - Dalam 6 biji
Bawang besar - 2 biji
Bawang Putih - 5 ulas
Sedikit belacan - jika suka (saya tak letak)
Air asam jawa - jika suka (saya tak letak)
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa
Ikan bilis - secukupnya

Caranya
Tumbuk bawang besar,bawang putih ,kesemua lada..ikutlah nak bland kasar atau tumbuk pun boleh.
Panaskan sedikit minyak,goreng ikan bilis hingga garing,angkat dan ketepikan.
Tumis bahan kisar hingga kekuningan dan kering ..tambahkan sedikit air bila dah kering,masuk terung pipit ..garam ..gula jika suka bahan perasa boleh letak juga.
dah sebati semua agak dah masak boleh angkat dan hidang..taburkan bilis goreng.

12 comments:

Azhafizah MN said...

saya pun kurang gemar terung pipit. Tapi kalau sejenis yang suka terung pipit tu mesti suka gak buat sambal pedas pedas. Seronok petik hasil tanaman :)

shima jelani said...

Owhh ini terung pipit yea? Masa kecik selalu jumpa terung pipit nie tapi tak pernah makan hehehe

Nampak sedap pulak selepas dibuat sambal. Makan pulak dengan nasi panas 😋😋

Syazni Rahim said...

sedap ni, buat sambal dengan ikan bilis atau campur dengan masak lemak culi api pun mantap hehe

Darling Pya said...

tak pernah makan terung pipit

Fadzillah said...

Sedap pulak tengok sambal terung pipit Ziela tu... lama tak makan. Terungnya pun susah nak dapat sekarang.

Amie said...

Lama tak jumpa terung pipit. Di pasar pun jarang ada.
Kak Amie suka masak sambal dengan ikan bilis atau udang kering.

zila norazila said...

Azhafizah
betul bagi yang suka memang mencari terung pipit ni..masak sambal mmg ngam.

zila norazila said...

Shima Jelani
memang tumbuh liar terung ni,kalau yg reti makan mmg suka.dulu masa sy kecik suka petik buat main pondok2 hihii

zila norazila said...

Syaz rahim
owhh sy tak pernh try lagi yg masak cili api..k nanti nk trylh

zila norazila said...

Darling pya
Agak kat utara tak famous terung ni,tp sebelah selatan mmg banyak ni.

zila norazila said...

Fadzillah
Jarang jumpa orang jual,ada tapi bermusim dan kadang dapat yg dh kering tak cantik.

zila norazila said...

Amie
kak memang susah nak jumpa jgk kt sini,tp pokok ni snang nk hidup..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang