masih ada lagi kawan yang menganjurkan rumah terbuka sana sini..seronok..dapat jumpa dan sembang dengan kawan-kawan yang jarang sangat berjumpa..biasanya setahun sekali baru berkesempatan bertentang mata dan borak panjang.
Balik dari rumah terbuka di area pasir gudang saya dan suami terus ke Kipmall..dulunya dipanggil kipmart..tujuan en suami nak cari durian ..sambil tu saya nak ke DIY nak beli kepala paip untuk singki dapur...sebab keesokkannya ada orang nak datang pasang ..
dah 2 minggu acara memasak didapur tergendala sikit..buat baikpulih bahagian dapur yang dah rosak teruk..
Memandangkan acara memasak dirumah terhad maka pagi petang dan malam..makan diluar jewlah..
balik dari kipmart suami ajak pergi makan makanan pakistan di area pasar borong Pandan.
ikutkan memang masih kenyang lagi..tapi temankan en suami ...dia kalau makan di majlis open house memang susah sikit ..sebab ada masakkan melayu yang dia tak pandai makan..
Diarea pasar borong pandan ni ada beberapa restoran makanan pakistan..tapi owner yang sama..cuma buka 2 ..3 kedai yang jarakknya tak berapa jauh pun.
Syurga bagi en suami tempat ni..semua makanan negara dia ada..tinggal order jew bila teragak nak makan apa.
Di area sini selain restoran pakistan kedai menjual rempah pelbagai jenama dan barangan makanan pakistan pun ada..sekali pandang dah macam nilai 3 pulak kawasan ni.
Ini bukanlah kunjungan pertama kami ..dah banyak kali datang kira seminggu sekali mesti datang kesini..menu yang boleh dikatakan wajip bila kemari mestilah kebab..
Seketul kebab tu memang boleh kenyang sampai setengah hari..besar jugak..bila gigit daging kebab tu terasa sangat rempah ratusnya..
kawan saya pun memuji-muji betul rasa kebab pakistan nie..katanya tersangat sedap...betul memang sedap..sesuai dengan tekak orang melayu ..
biasanya set kebab didatangkan bersama telur goreng .
Kebab lazimnya dimakan bersama roti naan..
roti naan yang lembut dan panas memang membangkitkan selera sangat..perut yang dah kenyang tadinya pun jadi lapar balik..ha haaa
Yang nie macam kari dia lah ..kacang kuda..nie nama apa lupa pulak nak tanya suami..biasa sy cakap chickpeas curry jew..orang tu faham dah..sedap sangat ..saya kalau order memang 2 piring kecik macamni..nie kalau ratah macamtu pun sedap..
yang ni jangan tak order ..rasalah tikka pakistan ..memang terasa sangat perapan rempah ratus pada ayam tu..ni pun digengkan bersama roti naan panas..
Air teh o panas
Otak -otak..
sambil menunggu makanan yang diorder sampai hidangan otak-otak akan sampai dahulu..biasanya macamtukan..bila kita duduk dimeja diaorang akan terus letakkan je..lepastu kira berapa pcs yang kita ambik.,
Pepes pun ada..ada yang sedap dan ada yang kurang sikit..saya lebih suka yang ada daun kesum dalam tu..