Pages

Monday, 30 July 2012

sagu bronok kukus



Assalammualaikum
salam sejahtera semua,terima kasih buat penggunjung blog zila4ever..terima kasih kerana tidak pernah jemu kisini dan terima kasih atas komen-komen yang istimewa..i love u all..amat-amat zila hargai..hari ini kalau sempat nk BW ..rasanya banyak menu yang dah zila terlepas..plan pagi2 tadi nak update blog..tapi hari ini ada meeting dengan orang JKKP (jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan)..so terdelaylah nak mengupdate..



bagi ibu-ibu mesti time macamnie tengah berkira-kira nak masa apa kan..he hehe samalah dengan zila..hari-hari tanya member kat office nie..mak dia masak apa..bukannya apa..nak cari idea nak masak apa untuk  petang kami  sekeluarga berbuka..tulah tujuan sebenarnya...member zila nie ank dara lagi..so dia tak payahlah fikir banyak tang makanan nan berbuka..sebab emak dia dah siapkan semua..balik dia tinggal tolong hidang jew..




sagu bronok  nie zila buat sabtu lepas,time-time cuti jewlah dapat melayan tekak nak makan apa yang dihajati..zila suka kuih nie sebab kalau masuk kat tekak rasa sejukkk jew..pastu rasa masin-masin garam kat kelapa tue waallaaa..memang best.




stock sagu kat rumah tue masih banyak..macam -macam color ada..so sebab tak nak berlakunya pembaziran zila campurkan semua color-color yang ada..dan hasilnya jadilah macamtu..nak kata merah tak jugak..nie hasil kombinasi warna pink,kuning,hijau dan putih..habiiss bergaduh diorang dalam periuk tue..he hehe





rasanya semua oran reti buat kan,tapi zila keep resepinya disini sebagai rujukan diri sendiri..dan pada sesiapa yang nak mencuba bolehlah ambil yer..yang nie versi kukus..resepi asal dari mama kastam myresepi..ramai dah mencubanya..rata-rata komen sedappp..zila pun dah banyak kali buat menggunakan resepi ini..memang sedappp..





sagu bronok
resepi asal : mama kastam tioman
dicuba oleh : zila4ever.blogspot.com


bahan - bahanya
1 cawan sagu biji - berwarna/sedikit pewarna merah
3 cawan air
3/4 cawan gula
1/2 biji kelapa parut putih
sedikit garam
sedikit essen rose





cara - caranya
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang .
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa yang telah di campaur dengan garam....siap.


Saturday, 28 July 2012

Jawapan Soalan 26 hingga 30 ('Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew' )


Assalammualaikum..selamat malam semua..
wahhhh tak pernah update blog memalam..heh ehe oleh kerana tepat pukul 12 malam nie..berakhirlah kuiz sha nie..dengan seberapa pantasnya saya pun mgupdate..ngehh ngehh..kata org alang2 dh masuk kuiz kenalah sampai abis...tak kesahlah menang atau kalah kan..yang penting sokogan kita terhadap blog kawan-kawan ..he hee ..tu yg utama..

http://shashasuka.blogspot.com  ok pada sesiapa yang belum folllow..jom follow tau..

blog hobi dan koleksiku..berkisar mengenai kegemaran shariah abdullah,apa yang suka dibuat bila ada masa lapang..apa yang orang tak suka buat dia akan buat..he hhe kadang-kadang menjadi..dan kadang-kadang tak..itukatanya..dan kegemaran beliau bukanlah hanya satu atau sepuluh ..he hehee tapi beribu2 lemon..





Disini terhimpunya novel hasil karya insan yang bernama shahriah abdullah.amat tidak disangka rakan seperjuangan saya dizaman bangku sekolah ini..kini mampu mempunyai himpunan novel-novel yang cukup membanggakan..tahniah sha..
di blog ini juga mengisahkan pembabitan beliau sebagai penulis,pogram-pogram yang pernah dihadirinya..dan aktiviti-aktiviti beliau bersama penulis-penulis terkenal negara..dan baru-baru ini beliau telah menghasilkan karya terbaru beliau.".kerana sebiji epal"..




Blog ini yang paling saya suka..sebab apa?..sebab blog inilah yang menemukan saya dengan beliau..wahhh jejak kasih lagi..sudah berpuluh tahun x jumpa..tup-tup didapur maya nielah kami diketemukan..he hhee kecik betul dunia niekan..
disini segala resepi warisan bonda kesayangan beliau diturunkan.juadah hidangan keluarga disajikan..sangat pantas beliau didapur..kerana minat beliau dalam dunia masakan beliau telah menjadi salah seorang peserta masterchef malaysia..wahhh kaguuummm sungguh..sangat ikhlas meyumbagkan resepi2 yang menarik hasil dari air tangan beliau..dan kini menghasilkan buku masakannya sendiri..tahniah sha..




ok blog ini kiranya tempat beliau mencurah rasa..apa saja yang terlintas dikepala,semuanya kisah benar bukan rekaan atau kesah donggeng ..he hheee saja gurau sha..berkisar mengenai family dan anak-anak serta insan-insan yang tersayang.saya tak sempat nak membacanya semua..tapi yang pasti banyak kisah-kisah menarik beliau ada disini..:)






ok last part..wahh banyak betul blog makcik niekan ..memang rajin sungguh..he hhee saya nak mengupdate satu blog nie pun..waalaaa makan hati..
blog ini pulak mengisahkan percutian beliau bersama keluarga tersayang..kuat jalan sha nie..banyak tempat menarik yang beliau kongsikan disini..bila kita baca catatan beliau niepun dah macam pergi ke tempat tue..tengokkk memang power cerita -cerita beliau...hahhaaa..

ok lah akhir kata buat sha..semoga lebih berjaya dimasa-masa akan datang ok..muuahhh i love u ..buat semua..follow blog-blog shahriah ok..ikhlas dari hati..dia seorang yang sangat kelakar..dan banyak cakap..hah ahahaa..sepanjang saya mengenali beliau..orangnya memang manja..wallaaa sha manja lagi ke tak nie??..hikk hikkk..ok la wassalam..






Friday, 27 July 2012

ayam yogurt



Assalammualaikum
salam sejahtera semua,selamat menjalani ibadah puasa..diharap semuanya ok-ok jew erk..terima kasih keatas kesudian teman-teman kesini dan meninggalkan komen-komen yang indah..dan terima kasih juga pada yang sudi follow blog zila ini..blog yang ala-ala jew..dan zila dah follow balik kamu semua yer..




time bulan puasa nie masak pun ala kadar jew,kataorang mana yang sempat jew la kan..kadang-kadang tu berbuka jugak diluar sebab dah terperangkap kat jem..sampai rumah pun dah buka..nak berBW pun sekarang tak tentu masa..ada masa terluang kat office nie sempat jugak meround blog kawan-kawan..kalau tak sempat malam-malam la jawabnya..he hee..





hari ini nak share lagi satu menu..menu simple-simple ..ayam masak yogurt..rasanya sedap memang kena dengan tekak kami sekeluarga..hubby pun suka ayam masak macamnie..sebab dia penggemar tegar yogurt..1 kilo boleh sekali makan..melampau kan..he hhee hubby zila nie orang punjabi so susu dan yogurt tu  memang pilihan utama beliau..







jom semak resepi,pada sesiapa yang nak mencuba bolehlah cuba yer..

ayam yogurt
1 ekor ayam - potong 12 cuci dan toskan
1 paket penumis 4 sekawan
2 batang serai diketuk
beberapa helai daun kunyit - dihiris halus
1 sudu makan kerisik
1 cawan yogurt


bahan-bahan kisar
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu makan ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
8 biji cili padi - ikut kepedasan masing-masing
2 biji lada merah 
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
4 biji bawang putih
1 labu bawang besar





cara-caranya

panaskan minyak.masukkan penumis 4 sekawan dan serai..tumis sehingga wangi.
masukkan bahan-bahan kisar,tumis hingga garing dan wangi.
kemudian masukkan ayam gaul rata..masak sehingga ayam agak lembut.
masukkan yogurt dan kerisik,masak sehingga agak kering.
tabaurkan hirisan daun kunyit.
perasakan masinnya..tambahkan sedikit air asam jawa jika kurang masam..

Tuesday, 24 July 2012

nasi jagung



Assalammualaikum
dan salam sejahtera semua,pose tak hari nie..he hehee..?..ayat tanya tue..pejam celik..pejam celik dah hari yang keempat kita berpuasa kan..pantas betul masa berlalu..semalam zila terperangkap dalam kesesakan jalanraya yang teruk..plan nak masak best-best pun dah lari kelaut.eeemmm tak per la kan..tunggu hari cuti baru boleh masak best-best..



nasi jagung nie bukan menu berbuka puasa tau..sebelum puasa tu dah buat..cuma belum berkesempatan nak show diblog..nasi jagung salah satu hidangan kegemaran zila dan keluarga..resepi yang mudah dan ringkas..dan rasanya pun sedap.sesuai dihidangkan bersama ayam sambal..atau rendang berserta acar..resepi asal dari rakan sekerja..jomm semak resepi ..pada sesiapa yang nak mencuba zila sertakan resepinya disini..




Bahan A: 
2 cawan beras basmathi 
2 1/2 cawan air 
1/2 cawan susu cair 
1 cawan jagung biji 
1 sudu kecil garam 
Sedikit pewarna kuning 

Bahan Menumis: 
1 sudu besar marjerin 
2 sudu besar minyak jagung  
1 paket penumis
1/2 labu gawang besar dimayang bulat 
2 batang serai-diketuk 

Bahan B (dikisar) 
1/2 inci halia  
1/2 labu bawang besar 
2 ulas bawang putih 



Cara membuat: 

  1. Beras dicuci kemudian ditoskan. 
  2. Panaskan minyak jagung beserta marjerin di dalam periuk.
  3. Masukkan rempah tumis dan tumis sebentar.
  4. Masukkan serai, bawang yang dimayang dan tumis sehingga agak garing sebelum masukkan bahan yang dikisar.
  5. Goreng hingga naik bau.Masukkan air, susu cair dan garam. Setelah mendidih, masukkan beras, jagung dan sedikit pewarna kuning. 
  6. Tanak hingga masak.


Thursday, 19 July 2012

salam ramadan - nasi goreng belacan



Assalammualaikum 
salam sejahtera dan selamat pagi semua sahabat-sahabatku.
Ramadhan datang lagi bersama jutaan hikmah dan fadhilah. Ramadhan hadir dalam suasana yang begitu mendamaikan bagi setiap ummah.


Kata orang, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui. Begitu hebatnya Ramadhan. Menyejukkan hati dan membuka taubat buat semua insan. Mendekatkan diri pada Tuhan dengan penuh keikhlasan.

 “Do not turn away a poor man…even if all you can give is half a date. If you love the poor and bring them near you…God will bring you near Him on the Day of Resurrection.”——— Propher Muhammad (s) Al-Tirmidhi, Hadith 1376. 





Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, zila ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam walaupun di mana saja berada. Semoga ibadah puasa pada tahun ini, 1433 H akan beroleh keberkatan dan kemenangan dari Allah S.W.T.


terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah disini ..zila sayang u alls semua yer..menu dipenghujung sebelum berpuasa..nasi goreng belacan..sama seperti nasi goreng yang biasa..cuma kita tambahkan sedikit belacan..rasanya memang sedap sangat..bertambah-tambah kami makan..he hee..zila makan bersama ayam goreng rempah..oklah jom semak resepi untuk sesiapa yang nak mencuba bolehlah masak untuk sahur nanti..:)



nasi goreng belacan

2 mangkuk nasi putih 
5 biji cili api hijau dan 1 batang lada merah
1 labu bawang besar
segengam bilis yyg dah siap dikopek
belacan - sebesar ibu jari
3 biji bawang putih 
2 biji telur.

cara-caranya

tumbuk lumat bawang besar,bawang putih,cili padi,cili merah .
masukkan belacan dan tumbuk lagi.
masukkan ikan bilis dan tumbuk sekejap sahaja..lebih sedap jika ditumbuk tidak begitu hancur.
panaskan kuali,masuk sedikit minyak,goreng 2 biji telur..bila hampir masak hancur-hancurkan telur tu.angkat.
tumis bahan-bahan yang di tumbuk tadi hingga kekuningan dan berbau wangi.
masukkan nasi,gaul rata..perasakan masinnya..
masukkan telur yang telah dihancurkan tadi..gaul rata dan tutup api.
sedia dihidang.





Tuesday, 17 July 2012

'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew '

nak join klik sini



hai semua,time nie masih kat office  menunggu sampai pukul 6.30..so dikesempatan nie mencilok nak join kuiz sha nie..jom apa tunggu lagi join tau hadiahnya amatlah berbaloi-baloi..buat sha..sari tu aq chop dulu erk..he hehe boleh gitewww:)..

ok kalau nak masuk kuiz memang wajib ada syarat2nya..tak der maknanya orang nak kasi free jew kan..ha hahaa gurau jew..ok 


Langkah pertama :

  1. Sila tags gambar di atas ini setiap kali anda semua ingin turut serta di dalam pertandingan kuiz ini. 
  2. Setelah itu tampalkan di setiap N3 yang anda buat dengan tujuan memanjangkan silaturahim dan lebih ramai lagi yang turut serta dan penyumbang trafik paling banyak adalah kiraan pemenang paling UTAMA.
  3. Dan buatlah apa jua cerita yang anda rasakan perlu :-D
  4. Dan jangan lupa taip : 'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew :-D'
Langkah Kedua :
Join atau tanda 'LIKE' di Fan Page Shahriah Abdullah klik sini >> http://www.facebook.com/pages/Shahriah-Abdullah-Masterchef-Malaysia/250614934995434

Langkah Ketiga :

Join kelima-lima blogs Shahriah Abdullah iaitu :

Langkah Keempat :

  1. Link kan kelima-lima blogs itu di tepi blogs anda semua.

Langkah Kelima :

  1. Sentiasa follow tiap N3 yang bakal ku kongsikan di dalam kelima-lima blogs yang ada. *bergantung kepada blogs yang aktif di masukkan N3*
  2. Setelah itu kumpulkan soalan kuiz sehingga di beritahu.

Monday, 16 July 2012

ikan masak asam


Assalmmualaikum
selamat pagi dan salam sejahtera semua,semoga semuanya sihat disamping orang-orang tersayang yer..



terima kasih atas kunjugan dan komen-komen yang indah dari rakan-rakan semua..terima kasih juga buat follower baru dan lama..zila akan membuat kunjugan balas yer..antara lambat dan cepat jer...i love u allz:)


mesti semua belum masak tengahari kan..he he heee..pagi-pagi dah show lauk kan..melampau betul..sebenarnya lauk beberapa minggu lepas..masih terperap dalam folder nie..he hee kesian dia..zila pun hampir lupa dah..
kerap jugak zila buat lauk macamnie..simple lagipun sedap bila kita makan bersama nasi hangat-hangat..bertambah-tambah nasi tanpa kita sedari kan..ditambah bersama hirisan cili padi..makk aii kalau tergigit tue..memang best..:)


aritu pergi kekedai nampak ibu ikan kerisi ..tak pernah nampak ikan kerisi besar macamnie..so tanpa fikir banyak belilah 2 ekor..memang puas makan..sebab isinya banyak..pada sesiapa yang nak mencuba ..jom semak resepi yang mudah nie..



ikan masak asam

ikan kerisi - lumur kunyit dan garam kemudian goreng .
1 biji bawang besar - dihiris bulat.
2 ulas bawang putih - dihiris halus
5 biji cili padi - dihiris halus - boleh dilebihkan jika suka pedas.
1 cili merah - dihiris
1 inci halia - dihiris 
1 cawan air asam jawa
garam

cara-caranya
panaskan sedikit minyak,tumiskan bahan-bahan yang dihiris hingga bawang sedikit layu.
masukkan air asam jawa,tunggu mendidih dan sedikit pekat
perasakan dengan garam.
masukkan ikan yang telah digoreng tadi..
sedia untuk dihidang.









Friday, 13 July 2012

egg tofu/tofu jepun


Assalammualaikum
salam sejahtera semua,sihat tak nie?..he hehe moga-moga semuanya ok erk..zila pun ok jugak cuma batuk-batuk kecil jew..mungkin kurang sangat minum air..tak per lepas nie boleh minum air banyak-banyak..


terima kasih atas kunjugan kalian semua ..meniggalkan komen-komen yang indah..he hehee terhibur hati nie bila baca komen-komen tue..hilang sikit stress kat kepala nie..rupanya blog pun boleh jadi terapi yang baik..eemmm bagus kan..:) sebenarnya semua orang yang ada blog nie seorang yg kretif. memang bukan satu kerja yang mudah kan..bila kita nak post sesuatu tue..aiii nak kena ada idea jugak..kadang-kadang idea nak berceloteh pun dah lari kelaut..he hehe



ok la zila nak jawab soalan yang kat komen masakan lepas aritu tentang gambar..he hehe adoiii terasa amatlah segan kalau nak buat entry pasal fotogrphy nie..bukannya lokek ilmu..jauh sekali memang tidak tau..jangan risau..apa ilmu yang zila ada semuanya zila akan kongsi bersama..tapi zila nie masih bertatih ..tak sepandai akak azlita masam manis tue...dan tidak setanding cik ct delima tu jugak..kedua-dua blogger tue memang arif tentang photo..he heh .ok lah biasanya zila ambil gambar waktu siang..mula dari 9 pagi macamtulah..zila tak gunakan flash..cahaya matahari tu banyak membantu kalau kita gunakan flash gambar tu memang kurang cantik..zila ada gunakan meja kecik yang boleh dilipat dan dialih2..papan-papan tue zila guna papan pellet..tak perlu dipaku hanya disusun-susun..memudahkan kita nak ubah-ubah..cat la dengan colour yang anda minat..depan dan belakang colour lain..kalau jemu nanti boleh tukar-tukar..he hehe..lepas ambil gambar..memang nak kena edit la kan..zila edit dicomptr senang sikit..sebab nak edit kat kamera tak mahir lagi..so kat situlah kalau nak gelap ker atau terang ..ambil gambar banyak-banyak..lepas tu pilih mana yang terbaik sekali..semoga  info ini dapat membantu yer.



semua dah brekfst kew?..zila pun tak lagi cuma minum susu putih secawan..mood nak bersarapan macam kurang pulak harinie..ok hari ini nak share masakan semalam..yang dah jadi arwah yer..he hee tofu telur..mesti ramai yang suka kan?..kalau makan kat restoran atau mana-mana kedai makan memang terhidanglah tofu nie..tapi harganya memang agak mahal..lebih berbaloi buat sendiri..dan lebih murah ...



resepi yang simple.kalau masuk dapur zila semua masakannya simple yer..he hhee tak mencabar betul kan..tapi apa yang zila kongsi disini semuanya masakan harian zila..kiranya masakan yang mendapat carta terhangat dirumah   
tu..so lebih baik masak apa yang diorang makan betul tak?..kalau terbuang sayang la pulak kan.jom semak resepi kepada sesiapa yang berminat bolehlah cuba yer..


tofu telur

3 tiub egg tofu
3 ulas bawang putih - didadukan
1/2 inci halia - didadukan
sedikit serbuk lada putih
1 kiub ayam
3 biji cili padi hijau - diketuk
1 1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar tepung jaggung/tepung gandum -dibancuh bersama 1/2 cawan air
sedikit air
garam secukup rasa
1 biji putih telur
sayur campur yang digemari seperti -baby corn/kacang peas/brokoli




cara-caranya
  1. celurkan sayur-sayuran yang anda gunakan.
  2. potong egg tofu dengan plastik pembungkusnya kepada 2 bahagian kemudian digoreng hingga nampak sedikit garing.
  3. tumiskan bawang putih ,kiub ayam,halia dan cili padi sehingga berbau harum.
  4. masukkan sos tiram dan kacau.
  5. masukkan sedikit air dan bancuhan tepung jagung/gandum tadi suaikan kepekatan yg anda kehendaki,masukkan sedikit lagi tepung jika kelihatan cair,masuk lada sulah kacau hingga agak pekat.
  6. kemudian masukkan putih telur,tak perlu dikacau.buat seperti 2-3 lorekkan mggunakan garpu..dan tutup api.
  7. tuangkan keatas tofu dan sayuran yang telah disusun diatas bekas yang sesuai.
  8. selamat mencuba.








Wednesday, 11 July 2012

sup ayam hadnyai - masakan patani

Assalammualaikum



selamat pagi semua,semoga sentiasa happy disamping insan-insan yang tersayang..terima kasih atas komen-komen yang indah..tanpa anda semua sunyilah blog zila4ever nie..i love u allz..terima kasih kepada follower baru..dan yang lama..jom kita sama2 memeriahkan dunia masakan .



sebenarnya dah lama nak buat sup nie..asik bertangguh jew..mula jatuh hati bila tengok quinnie show..pastu tun telani pun ada show..waallaaa betul-betul tak tahan tengok..dan ika pun pernah buat jugak..ramai betul yang sehati sejiwa mengatakan ianya sangat la sedap...mungkin ada beberapa blogger lain yang dah mencuba.



lepas nie kan tak payah la ke hadnyai nak makan sup nie..he hhe duduk jew rumah buat sendiri amat-amat berbaloi..rasanya memang-memang sedap..betul la macam diaorang komen..sesiapa yang tak pernah cuba memang kena cuba jugak..kalau tak cuba memang kita tak akan tau rasanya.


saya pun sama macam tun suka kuah pekat-pekat sikit..tapi dirumah nie diorang suka hirup kuah..so saya lebihkan sikit..tapi tak la sampai cair..kiranya masih pekat lagi la.makan bersama nasi hangat..kalau suka boleh letak samball kicap..rasany alagi sedap..



jomlah sama-sama semak resepi yang sangat la sedap nie.

sup ayam hadnyai
resepi asal:pyhonda
telah dicuba bersama oleh: tun telani,quinnie,ika

Bahan-bahan ( 3 orang makan )

  1. Sebelah ayam dipotong-potong
  2. 3 ulas Bawang putih dan 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4 cm halia ditumbuk lumat.
  3. 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya.
  4. 5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan.
  5. 2 sudu besar Ketumbar ditumbuk lumat, 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat.
  6. 2 biji bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 3 ketul kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
  7. daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri - zila masukkan daun ketumbar







Cara-cara

  1. Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. 




selamat mencuba..tata..muaahhh love u allz.;P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang