Pages

Thursday, 11 February 2016

oreo slice kek


Salam khamis..
masih dalam mood bercuti kan..sebab budak sekolah naik hari Ahad bagi negeri johor dan negeri lain yang cutinya Jumaat dan sabtu..tapi bagi yang bekerja kerajaan dan start kerja dari hari rabu lagi..nampak jiran-jiran dan mula sibuk seawal pagi lagi.hari ini kami tak kemana-mana pun..tapi awal pagi dan keluar pergi sarapan sebelum menghantar anak sulung iqbal kerumah kawannya..
singgah kejap pasar,plan nak cari lauk untuk masak tengahari tapi penjual ikan masih lagi tutup..lengang pulak pasar hari ini..adalah beberapa gerai yang jual sayuran..last-last zila tak beli apapun..terjumpa mak kawan iqbal dipasar..sembang sekejap..almaklumlah lama sangat tak jumpa.zila kalau dah start borak memang lambatlah nak stop..he hee hee..

ok cerita kek pulaklah..Oreo slice kek.zila buat tahun lepas jugak tak salah masa cuti sekolah,kes nak habiskan biskut oreo yang ada..anak zila muhammad nie kalau makan biskut memang ambil sebelah bahagian jew ..bahagian inti yang melekat dibiskut..yang tak lekat inti dia tak makan..dipaksa makan pun memang tak nak..jadi kumpulkan jewlah yang sebelah lagi tu..lama-lama penuh balang.
puas pikir nak buat apa..nak makan macamtu jew pun abangnya tak suka..kalau bagi zila pun tak minat jugak..kurang sebenarnya zila makan biskut.cari-cari resepi kek yang berasaskan oreo jumpa resepi kak ita nie..terus jew buat..terima kasih kak ita perkongsian resepinya.alhamdulillah tak membazir biskut tu.

zila buat kek span guna loyang empat segi,senang sikit nak potong kecil-kecil...lagipun kek tu zila bawak balik kekampung..kalau nak habiskan kami anak beranak memang berhari-harilah nanti simpan di peti sejuk..kalau bawak balik kampung anak sedara ramai yang bercuti kerumah emak..sekejapan jew habis kek nie...alhamdulillah rezeki diorang..insyaalah jumpa lagi nanti sampai disini dulu kali ini..

'Janganlah anda menjadi buih yang pecah apabila melanda pantai, tetapi jadilah angin yang sanggup melahirkan gelombang'




KRIM COKLAT
3 biji kuning telur
120 gm mentega tanpa garam
4 gm gelatin
50 ml air
150 gm coklat masakkan gelap
300 gm Krim Bukan Tenusu


  • Larutkan gelatin dan air
  • Cairkan coklat masakkan gelap
  • Putar sebentar telur dan kemudian panaskan sambil di putar dengan kaedah kukusan/double boiler. 
  • Masukkan gelatin dan putar lagi.
  • Dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan pucat warnanya
  • Masukkan krim telur dan terus putar
  • Masukkan coklat masakkan gelap yang telah di cairkan dan terus putar hingga rata ketepikan.
  • Dalam mixer bold lain putar Krim Putar Bukan tenusu hingga kental
  • Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
  • Masukkan krim di dalam piping bag.
  • Krim sudah tersedia untuk digunakan tanpa perlu di sejukkan. 


Kaedah Penyediaan
2 keping kek span coklat
Krim coklat
Oreo di hancurkan atau di kisar kasar
Mini Oreo untuk hiasan
Sedikit air Nescafe ~ jika suka

  1. Letakkan sekeping kek coklat atas lapik kek
  2. Basahkan kek dengan sedikit air nescafe. Anda boleh masukkan air nescafe dalam sprai dan spray pada kek . Spray sedikit aje jangan sampai kek basah lencun pulak ya.
  3. kemudian ketakkan krim coklat di atasnya ratakan
  4. Taburkan oreo yang telah di kisar
  5. Ulang proses yang sama
  6. Letakkan kek span coklat
  7. Spray dengan Nescafe
  8. Letakkan krim coklat
  9. Akhir sekali letakkan Oreo hancur
  10. Simpan dalam peti ais
  11. Bila krim dah mengeras bolehlah di potong
  12. Hiaskan kek dengan krim dan kepingan oreo atau apa-apapun untuk menambahkan lagi keindahan kek slice anda.

KEK SPAN COKLAT
CHEF AMER majalah saji

4 biji telur gred A

180 gm gula halus
150 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base
  • Mula-mula satukan, tepung kek, baking powder dan serbuk koko kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok.
  • Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung
  • Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
  • Speed perlahan untuk ratakan dia dahulu.. supaya tepung tu tak berterbangan.
  • Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
  • Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun
  • Bila dah gebu, tutup mixer.Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata.Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
  • Kemudian tuang di dalam loyang  8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
  • Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C.Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah.Bakar selama 30 ~ 35 minit
  • Proses yang ini kena fahamkan betul-betul ya
  • Bila kek kita dah masak, terus keluarkan dari oven.Biar dia sekejap lepas tu cepat-cepat keluarkan dari loyang
  • Toreh tepi loyang dengan pisau untuk keluarkan kek.Terbalikkan kek atas redai sekejap aje 1 minit
  • Lepas tu terus terbalikkan semula.Ok buat cepat-cepat.. sebab kalau lambat nanti kek akan turun sebab tarikan graviti..Ingat kek span ni dia sensitive sikit.Biar kek betul-betul sejuk sebelum kita nak potong dia kepada kepingan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang