Pages

Monday, 22 June 2020

Ke Aeon

Bila sana sini semua dah kena scan,perasaan nak keluar membeli belah tu agak menurun jadinya,lebih rela duduk je dirumah.norma baru yang menjadikan kita insan penyabar..kan..

Disebabkan ada tujuan kukuh nak kesini maka kami pun masuklah ke dalam Aeon Mall nie,dah siap tujuan utama kesini Muhammad pun bising nak mencari mainan,almaklumlah dah lama kami tak kena pau..jadinya dia guna peluang ada.
Dah masuk kedalam belek-belek mana gun yang diidamkan tu,masa dirumah cakap nak beli gun kecik jew..bila dah sampai sini mata dia dah rambang..lambakkan pistol sana sini dengan bermacam jenis..mulalah hati dia tak senang.



Kejap yang itu..kejap yang ini..last yang atastulah pilihan terakhir..seronok bukan main..dapatlah gun idaman dia.

 Posing sikit dengan gun baru..ha haa dah nama budak kan..bila dapat mainan baru tak sabar nak bukak..tak menyempat tunggu sampai dekat rumah.

 
Masuk AEON cari jugaklah barang dapur,stock buah dekat rumah pun dah habis..membelilah mangga thai nie,bau dia wangi menyelerakkan sangat.saya suka beli buah dekat AEON ..sebab fresh dan buah pun cantik jew.
Beli jugaklah buah oren dan Apple.



Sekarang ni kalau nak duduk makan di restoran rasa agak susah jugaklah..bila semua berlimit..Muhammad nak donut..so bungkuskanlah 6 biji untuk dia makan dalam kereta.

Tuesday, 16 June 2020

Enjek untuk murid tahun 1

Cerita 15 Jun 2020
Seperti biasa kerana sekolah-sekolah masih lagi ditutup dan sesi dalam keadaan di mana Malaysia sedang menghadapi wabak COVID-19 dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pemulihan (PKPP) penyampaian perkhidmatan imunisasi di sekolah tidak dapat dijalankan seperti biasa.
Sesi persekolahan masih lagi belum bermula tetapi pemberian imunisasi tetap terus dilaksanakan.
Pemberian imunisasi mencegah penyakit demam campak (Measles), Rubella, Difteria dan kancing gigi (Tetanus) untuk murid Tahun 1, imunisasi Human Papillomavirus (HPV) bagi murid perempuan Tingkatan 1 dan imunisasi ATT (dos tambahan vaksin Tetanus) bagi murid Tingkatan 3.

Maka Muhammad pun terlibat dalam agenda enjek ni,dari awal bulan Mei cikgu sekolah Muhammad dah inform dalam group whatsapp tentang tarikh dan hari yang telah ditetapkan oleh kementrian kesihatan.
Untuk mengelakkan kesesakkan di klinik kesihatan yang berhampiran maka masa untuk setiap murid pun diberikan,cuma datang pada masa yang telah diberi.
Dalam perjalanan saya tak bercerita banyak dengan Muhammad tentang injection yang diambil semalam,sebab utamanya Muhammad ni penakut dalam bab enjek..so untuk jalan selamat kami cuma bagitau kena ambil enjek sebab sekarang banyak penyakit..semua kawan satu kelas pun kena cucuk jugak..dia diam jew ,mungkin tengah membayangkan sakit ke tak..

Sebab dalam PKP ni klinik kesihatan pun lenggang sangat,susah nak merasa lenggang macamni,rasa lega pulak bila orang tak berapa ramai.semuanya berjalan dengan pantas.parking kereta pun senang sangat,tak payah pusing banyak kali..lalu jew depan KK ada pulak parking kosong berhampiran pintu utama,legaaa.tak payah menapak jauh.
Sampai di pintu pagar petugas mengarahkan kami ke bahagian luar Klinik Kesihatan,tak perlu masuk ke dalam..ok dah sampai tunggu sekejap sebab ada seorang murid lain di depan kami.termenung Muhammad ..risau pun ada dalam hati dia. tapi bila saya tanya awak ok tak..dia cakap saya ok ..saya tak takut pun..
Giliran kami pun sampai,penjaga kena isi borang dan anak terus dia ambil dan enjek,tak sempat nak tengok Muhammad kena cucuk sebab sibuk tulis borang..dah siap tulis Muhammad pun siap dah.
Lepas enjek,katanya tak sakit pun macam kena gigit semut.tapi suruh cepat balik ..penat katanya.Alhamdulillah dah selamat semuanya.


Dalam kereta suruh dia bukak Mask,pucat bibir dia macam tak ada darah,risau jugak sebab tadi ada parents cakap anak dia pengsan lepas kena injection,
terus belikan dia makanan,bagi dia happy sikit.terus balik rumah .nak merayap memang tak bolehlah kan sekarang ni,bila rata-rata tempat tidak allowed budak bawah 13masuk ke dalam kedai.

Tuesday, 9 June 2020

Popia inti sayur


Salam selasa.
Lega rasanya bila PM cakap dah boleh rentas Negeri start 10 June ni.,alhamdulillah.dah boleh menzirah keluarga dikampung bagi mereka yang tak dapat balik raya puasa aritu,dan raya haji pun boleh disambut seperti biasa,tapi kena  jaga SOP yang ditetapkan.

Popia goreng inti sayur ..memang menjadi rebutan kalau buat dirumah,lagi-lagi time buat ni di kampung..ada 12 orang dalam satu rumah ..tu campurlah kecik.besar..memang laju jew diorang adap.
siapa lambat memang tak dapatlah nak merasa.

Buat popia kan tak susah mana,tapi kadang yang jadikan orang malas nak buat time menggulung satu..satu..tu yang agak malas.
maaf lah ye gambar hanya ada sekeping jew,time buat ni bulan puasa aritu.tak boleh berlama-lama nak ambik gambar..banyak kerja kalau bulan puasa..nak berkarya ambik gambar cun..cun lepas masak memang terbatas aishh.

Popia Sayur
By @zila_norazila
Popia
carrot
Taugeh
sengkuang
telur

Bahan ditumbuk
bawang putih
bawang merah
Ikan bilis
.
.
Tumis bahan tumbuk hingga wangi..masuk carrot
kacau rata.masak hingga carrot sedikit lembut.masuk sengkuang dan taugeh.pecahkan telur.
Masak sekejap.perasakan dengan garam dan perasa jika suka,angkat dan masuk dalam penapis,kita toskan air dia.
sediakan kulit popia.letak inti dan gulung.gamkan dihujungnya dengan gam tepung gandum yg dibancuh dgn sedikit air.
Dah siap semua goreng popia hingga keemasan.angkat dan hidang.cicah dengan sos cili dll.

Wednesday, 3 June 2020

Kek Permaisuri - kek lama yang sentiasa diminati

Selamat pagi..
malam ini mata lambat pulak nak terlelap..biasanya waktu bergini dah hanyut lena dibuai mimpi..dan akan terjaga pukul tiga lebih atau 4..tapi hari ni nampaknya pukul enam baru nak terjaga kot..dan harap jangan bagun lewat sudah.

Kes Covid19 di negara kita nampaknya dah ada penurunan yang ketara,cuma bukan warga negara jew yang banyak kes sekarang ni.tapi masih lagi terkawal.Dan SOP baru pun akan dibentangkan sabtu ni,risau tengok rambut anak-anak panjang tapi kalau nak hantar anak ke kedai gunting pun risau jugak..bila kerajaan suruh vote mana SOP yang hendak dilonggarkan ramai yang vote pergerakkan merentas negeri dan pendidikkan.apapun kita tengoklah apa yang keputusan pehak kerajaan kelak.

Aritu sebelum cuti sekolah sempatlah saya mengemas almari buku dan dalam tu memang banyak tersimpan majalah masakkan lama.memang banyak .dulu masa belum ada internet memang buku masakkanlah yang jadi rujukkan utama.Selain tu resepi yang dikongsi dari kawan-kawan sekerja pun jadi penyumbang besar pada kita yang baru berjinak-jinak nak masak.
Semak-semak ternampak pulak kek  permaisuri..lahai terberkenan pulak nak buat,kek ni nostalgia sangat.dulu kalau raya rumah orang memang jumpa kek nie..suka kutip ceri sebelah atas tu..kadang orang letak kismis,
terus apalagi mulakan projek baking..baca resepi betul-betul baru buat,ni kalau silap tengok takut tak menjadi pulak kan,kalau bab buat kek memang saya lebih berhati-hati sikit.kalau masak tak per..campak-campak dah jadi..kalau buat kek salah sukat jadi bantat pulak kan..
Seronok bila kek naik gebu elok,rasa pun tak berapa manis sangat.sesuai sangai buat minum petang,cicah dengan teh o panas pun rasa nikmat jugakkan.


Bolek ke Youtube channel zila norazila untuk video lengkap .mohon subscribe dan follow channel youtube moga lebih semangat saya upload video baru lain nanti.

Kek Permaisuri
Source Majalah Masakkan
Bahan
230 gram marjerin pelangi
190 gram gula halus
1/4 sdt garam halus
4 biji telur
250 gram tepung naik sendiri
(kalau guna tepung gandum tambah 1 sdt baking powder)
2 tbs susu tepung
1sdt esen ros
sedikit kismis - untuk hiasan

Caranya
1.Pukul gula dan marjerin hingga putih gebu.
2.Masukkan telur sebiji demi sebiji..dan pukul rata.
3.masukkan esen ros dan pukul sekejap.
4.Campurkan tepung,garam dan susu tepung.ayakkan kedalam adunan.
5.Guna spatula kaup balik adunan hingga sebati.
6.sediakan paper cup dan acuan..masukkan adunan dalam piping bag.picitkan kedalam papercup 3/4 penuh cup...letak kismis ditengah.
7.Bakar pada suhu 170c..dalam 30 minit atau sehingga masak .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang