Pagi..
rehat sikit harinie..budak cuti sekolah..kejap jew puasa dah setengah bulan..lagi setengah bulan dah nak berlalu Ramadhan..kan..
tart telur tu buat sebelum puasa..project paid review bersama seri pelangi FGV ..kuih muih kalau guna marjerin kan rasa dia lain sikit..lemak2 camtu kan..kadang ada orang lebih suka marjerin dari butter..tapi kalau nak sedap biasanya orang akan guna butterlah kan..ok resepi tart telur kat bawah ea..cara buat boleh tengok video kat atas.insyaallah jumpa lagi nanti ea..
Resepi tart telur
Egg tart
Crust
150 gram butter
1 tbs gula kastor
1 biji telur
250 gram all purpose flour / tepung gandum
Caranya
1.Satukan kesemua bahan uli rata hingga menjadi doh yg boleh dibentuk.
2.Masukkan doh dalam acuan tart..tekan nipis dan ratakan..kalau nak crust yg rangup sikit boleh bakar dahulu..cucuk sikit dengan garpu..kalau tak nak pun boleh terus masukkan filling.
Bahan filling
150 ml susu pekat manis
200 ml air
4 kuning telur
15 gram tepung custard dalam 1 1/2 sudu besar
sedikit esen vanilla.
Cara membuatnya
1.Campurkan kesemua bahan kacau rata..dah sebati semua tapis.
2.Tuang dalam kulit tart .bakar hingga masak sempurna
3 siap hidangkan makan..😊😊😋😋