Assalmmualaikum
selamat tengahri semua..dah makan ke belum..? kalau belum jom jemput makan kek coklat..tapi kena datang rumah la yer..he hehe sebenarnya kek nie buat semalam,sempena pertabalan yang dipertuan agong yang baru semua rakyat malaysia bercuti.so..bolehlah bersuka suki kat rumah sambil mencuba resepi-resepi yang dah lama tersimpan tapi masih tak tercuba..dan saya lah salah sorang darinya..:)
dan semalam juga kita dikejutkan dengan satu gempa bumi kuat berskala 8.7 ritcher berlaku berhampiran tempat yang sama berdekatan dengan bandar Aceh pada pukul 4.38 petang waktu malaysia.dan gegaran kuat juga dirasai di semua semenanjung barat malaysia..tapi semuanya dalam keadaan selamat dan terkawal.
ok la ..berbalik pada resepi nie..rasanya semua pernah mencubanya kot..cuma saya jer yang agak ketinggalan..tu laaa bila BW kt dapur kawan-kawan rasa semuanya nak dicuba..tu yang last-last tak tau yang mana dulu nak dibuat.tapi yang penting kita cuba buat jugak ..walaupun cuma sekali.
kek nie saya bawa ke rumah adik ipar,makan ramai-ramai rasa seronok..sedar-sedar sekejap jew dah habis.resepi nie sepenuhnya dari kak chahaya shiela dan saya share disini juga sebagai rujukan..jom sama-sama tgok resepi..:)
KEK COKLAT PUDING KARAMEL
Sumber : Chahaya Sheila
Sumber : Chahaya Sheila
(A) Bahan (Gula Karamel)
- 2 sudu besar gula pasir (jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nnt)
- taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 180 C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula...jgn pelik lak yea...xpa kejap jer)
- 3 biji kuning telor
- 1 cawan susu cair
- 3/4 cawan susu pekat manis
- 1/2 sudu teh esen vanila
- Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut jer)
- Tapiskan dan tuang atas gula karamel/gula hangus tadi.
- Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit/pekat sikit permukaan puding tu...jangan terlampau keras lak, nnt takleh sebati dengan kek - (*akak set suhu 160 C je dan akak guna api atas bawah).
- Ketepikan dan sejukkan puding lebihkurang 30 minit....(sementara bakar tu sediakan adunan kek coklat.)
(C) Bahan Kek Coklat
- 1 cawan serbuk koko - akak guna brand Van Houten
- 1 cawan susu cair - akak guna susu sejat Ideal
- 3/4 cawan susu pekat manis
- 3/4 cawan gula (akak kurangkan sikit)
- 1 cawan minyak masak *
- 2 sudu besar mentega yang dilembutkan * (bahan * disebatikan bersama)
- 3/4 cawan tepung gandum *
- 1 sudu teh soda bikarbonat *
- 1 sudu teh baking powder * (bahan * diayak bersama)
- 4 biji telor - blend hingga halus
- Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
- Masukkan telor yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
- Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula jer. Kacau sebati semuanya.
- Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan (tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah).
- Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan lebihkurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.