Salam selasa.
Lega rasanya bila PM cakap dah boleh rentas Negeri start 10 June ni.,alhamdulillah.dah boleh menzirah keluarga dikampung bagi mereka yang tak dapat balik raya puasa aritu,dan raya haji pun boleh disambut seperti biasa,tapi kena jaga SOP yang ditetapkan.
Popia goreng inti sayur ..memang menjadi rebutan kalau buat dirumah,lagi-lagi time buat ni di kampung..ada 12 orang dalam satu rumah ..tu campurlah kecik.besar..memang laju jew diorang adap.
siapa lambat memang tak dapatlah nak merasa.
Buat popia kan tak susah mana,tapi kadang yang jadikan orang malas nak buat time menggulung satu..satu..tu yang agak malas.
maaf lah ye gambar hanya ada sekeping jew,time buat ni bulan puasa aritu.tak boleh berlama-lama nak ambik gambar..banyak kerja kalau bulan puasa..nak berkarya ambik gambar cun..cun lepas masak memang terbatas aishh.
Popia Sayur
By @zila_norazila
Popia
carrot
Taugeh
sengkuang
telur
Bahan ditumbuk
bawang putih
bawang merah
Ikan bilis
.
.
Tumis bahan tumbuk hingga wangi..masuk carrot
kacau rata.masak hingga carrot sedikit lembut.masuk sengkuang dan taugeh.pecahkan telur.
Masak sekejap.perasakan dengan garam dan perasa jika suka,angkat dan masuk dalam penapis,kita toskan air dia.
sediakan kulit popia.letak inti dan gulung.gamkan dihujungnya dengan gam tepung gandum yg dibancuh dgn sedikit air.
Dah siap semua goreng popia hingga keemasan.angkat dan hidang.cicah dengan sos cili dll.