Pages

Tuesday, 8 May 2018

lahore pakistan kami datang





Dah selamat kami duduk dalam pesawat..urusan semua lancar jadual penerbangan pun sama dengan apa yang tertulis di ticket ..cuaca petang tu pun amat elok.
saya ambil tempat duduk sebelah tepi di tengah tu muhammad dan diikuti dengan en suami.saya lebih suka duduk mengadap ke tingkap boleh ambil gambar sebanyak mungkin ..sebab saya jarang berpuas hati dengan 2 atau 3 keping gambar..biar lebih sebab boleh pilih pilih nanti mana yang elok.




Dah berlepas dan beransur ansur pesawat meninggalkan bumi malaysia.penerbangan kuala lumpur ke lahore mengambil masa lebih kurang 6 jam..agak lama bagi saya.memandangkan saya  bukan jenis orang yang boleh duduk diam berjam jam bermakna penerbangan ini amat membosankan bagi saya.

boleh dikirakan mejoriti penumpang merupakan warga pakistan ..cuma saya je sorang wanita melayu.tempat duduk depan dan belakang saya dipenuhi wanita yang berpurdah ..mata pun ditutup seperti kain net..yang berlubang halus..lelakinya pula berjanggut panjang .

saya banyak mengelamun sambil ambil gambar melihat perubahan cuaca dilangit ..indah sungguh ciptaan Allah.
sambil tu kepala terbayang fikir pasal anak sulung tengah buat apa masa tu.iqbal tak dapat ikut serta sebab terikat dengan jadual di uitm.memandangkan asasi dia cuma setahun saya lebih suka dia lebih focus..
keadaan kesihatan saya sebenarnya kurang mengizinkan dikala itu,seminggu sebelum penerbangan saya iqbal dan muhammad terlibat dengan satu kemalangan dimana kereta saya terbakar ditempat kejadian..kereta yang dipandu iqbal tak dapat dikawal sebab secara tiba2 kenderaan depan berhenti dimana kami pun tak perasan..dengan lampu brek  kereta depan pun tak berfungsi.

alhamdulillah iqbal dan muhammad ok tak ada apa cedera pun ..cuma kaki saya bengkak teruk disebelah kiri..kesan terlipat ..memang sakit..tapi masih boleh berjalan cuma agak perlahan..urusan report polis saya settlekan jugak pada hari yang sama kerana saya tak banyak masa diketika itu sebab keesokknya saya kena memandu sendiri ke kedutaan pakistan di kuala lumpur.nasib ada kereta saya yang lain boleh dipandu.

suami saya berkerja di daya bumi bulan itu.urusan report polis ontow kereta,kelim insurans,report kebakaran bomba dan semua saya kena buat sendiri..saya dah biasa dengan kerja2 urusan kereta macamni .walaupun ada suami memang saya tak mengharapkan beliau memandangkan beliau masih tak boleh berbahasa melayu dengan baik hanya bergantung pada bahasa inggeris sahaja.. so selok belok urusan paperwork dalam bahasa malaysia memang dia kurang arif ..terasa serabut pulak fikiran masa tu..tapi rasa bersyukur sangat saya dan anak anak semuanya selamat..oklah dah melalut pulak saya kelain.


selama 6 jam penerbangan tu mata saya langsung tak mengantuk..en suami dah lena selena lenanya..dia memang kuat tidur..letak kepala memang terus hilang.muhammad pun ikut jejak saya 6 jam tak tido..dia godeh mobile dia tu ..selebihnya dia kejap duduk kejap duduk diriba saya..memang geng dengan saya jenis tak diam.

diantara makanan yang terhidang ..masakkan ni ada rasa pedas2 camtulah tak ada ayam pun vgtarian style ni..memang kearah india menu ni..saya makan jugaklah sebab dah lapar..muhammad tak boleh makan sebab pedas..


Lepas 6 jam mendarat la pesawat kami di Allama Iqbal international airport lahore.pic dibawah tu saya ambil guna mobile je tu yang agak samar2 camtulah..keadaan diairport lenggang sebab dah hampir 10 lebih malam ..kedai2 disitu pun dah banyak yang tutup..beza dengan waktu malaysia pakistan lambat 2 jam setengah.

tengok kiri kanan keadaan airport macam biasa jew tak lah segah KIlA kita jauh kalau nak dibandingkan.tapi design bagunan agak menarik dan unik saya suka..
masing-masing keluar dari perut kawan bukan main laju jalan sama dengan suami ..saya yang terkedek2 dengan kaki sebelah kiri sakit memang jauh ketinggalan kebelakang.




ok berpecah dengan en suami ..sebab kami berlainan negara kan ..uruskanlah diri masing masing muhammad dan saya  beratur cop pasport pulak orang tak ramai sangat lengang ..adalah sekumpulan macam orang tabliq dari indonesia  dihadapan saya.


Dah siap semua urusan kami keluar sepupu suami dan anak sedara sebelah suami pun ada datang menunggu menjemput kami..kami sambung perjalanan menaiki kereta menuju ke rumah en suami di gujranwala.

tempoh perjalanan dari lahore ke gujranwala mengambil masa dalam satu jam lebih macamtulah..cuaca di pakistan masa tu sejuk dan berkabus..memandu dengan keadaan cuaca buruk macamtu kalau saya memang sukar.dalam kereta tu saya terlelap sekejap sehinggalah sampai ke rumah mak mertua saya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang