Pages

Friday, 18 October 2019

Kuih Dangai - guna pembakar roti jew..


Kuih Dangai..
siapa yang tak suka kuih yang satu nie..gabungan tepung pulut dan parutan putih kelapa..bila gigit tu terasa manis dan lemak dari sedikit garam ..lagi-lagi bila dinikmati ketika masih panas..waalaa memang makan berkeping-keping tanpa rasa bersalah.

Ikutkan dah tiga kali jugak buat kuih dangai guna pembakar roti  nie..mudah rupanya..cantik pun ia jugak..tapi guna pembakar roti yang jenis leper ..kapit tu tau jangan pulak guna yang berdiri tu..lama dah saya peram pembakar roti yang jenis kapit nie..hadiah dari oficemate berbangsa cina serene..tak silap masa tu saya nak pindah ke rumah baru..ingat-ingat lupa sebab dah lama sangat .


Biasa kalau buat guna loyang agak tebal kan..bila guna pembakar roti nie dia akan jadi nipis..dan garing sangat..saya lebih suka kuih dangai yang nipis berbanding yang tebal ..yang dalam gambar tu sekeping saya kawinkan dua ..


Kuih Dangai - Guna acuan pembakar roti

Bahan
3 cawan kelapa parut ambil yang putih
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula pasir
sedikit garam halus

Caranya
1.Gaul kelapa parut..tepung pulut dan garam..gaul biar berderai jangan ada ketul-ketul.
2.panaskan acuan..sudukan kelapa yg digaul tadi ..kemudian taburkan gula dalam setengah sudu..tabur dibahagian tengah..bila terkena dibahagian tepi-tepi bila nak angkat nanti melekat.
3.Kemudian sudukan lagi kelapa sehingga penuh menutupi acuan.
4.Tutup acuan dan bakar sehingga 7 atau 8 minit sehingga kekuningan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang