Pages

Monday, 31 December 2012

disepanjang 2012

Moist Supreme Cake Mix


Assalammualaikum 
salam sejahtera dan salam sayang semua...

Bertemu kembali di penghujung 2012..kita tinggalkan 2012 dengan seribu kenangan yang terindah dalam diri masing-masing..
Innoki Mushroom Tomyam

Banyak kenangan manis dan pahit disepanjang tahun ini..yang pahit kena buang jauh-jauh..ambil yang indah-indah jew untuk disimpan didalam hati..he hhee..

biasalah dalam kehidupan tak semuanya itu indah..rintangan dan cabaran tu pasti ada..kena sentiasa sabar dan reda atas ketentuanya..tak semua apa yang kita inginkan itu berjaya jadi milik kita..betul tak?..

 Apple Asam Kulit Limau

hari ini tak ada resepi alam maya nak dikongsikan..cuma nak sharekan masakan yang paling digemari family zila disepanjang 2012..
pada sesiapa yang nak resepinya ada didapur zila nie..kena godeh-godeh sendiri yer..pasti akan jumpa.....


 Frambozen Kenari Berkuaci

 Nasi Mandhi dan Ayam Bakar Mandhi

Kek Pisang

 Ayam Blackpepper Daun Bawang

 Mee Sarang

Durian Crepe

Sotong Dalam Tin Tumis Bercili

oklah dikesempatan ini juga zila nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua pengunjung blog..yang tak pernah jemu kemari..pada follower baru dan lama..atas komen-komen yang indah..
terima kasih juga pada yang sudi mencuba resepi disini..memberi sokongan atas kewujudan blog kecil ini...semoga sedikit ilmu yang zila ada ini dapat lagi dipanjangkan..dan memberi menufaat kepada semua..

semoga kita diberi kesihatan yang baik dan dapat bertemu dan berkongsi lagi resepi-resepi yang akan  dicuba di 2013..i love u all..

Thursday, 27 December 2012

3 layer tea / nasi lemak ayam bakar kicap lada hitam


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang untuk pengunjung yang sentiasa kesini..
sihat tak??..wahhh rindunya dengan semua..dah beberapa hari nak update blog..tapi masa tidak mengizinkan langsung..

Almaklumlah cuti persekolahan berbaki beberapa hari jew lagi..bagi kita ibu-ibu memang time nielah banyak kerja..tolong anak sampul buku dan menyediakan kelengkapan untuk sesi persekolahan yang baru..



Bagi sesetengah negeri awal persekolahan mungkin ditunda..sebab banyak kawasan di pantai timur di landa banjir..pada yang terlibat zila doakan semuanya selamat,bersabar dan jaga kesihatan masing-masing dan kena ikut arahan yang diberi..semoga semuanya akan kembali seperti sediakala ..secepat mungkin ..

Berbalik pada resepi alam maya kali ini,nasi lemak..makanan senonim rakyat malaysia ..tak kira berbilang bangsa sentiasa digemari ...



zila buat minggu lepas,makan bersama ayam bakar kicap lada hitam..tekak nie asik nak makan yang sedap-sedap jew..kalau nasi lemak makan dengan sambal macam tak selera sangat.mesti nak ada lauk sampingan ..he h ehheee ngada-ngada ler tu kan..biasanya buat ayam goreng berempah..tapi bila tahap kerajinan tue melebihi.. bakar jew la ayam sekali..bukan susah mana kan..perap-perap kemudian masuk jew oven settle..



dan bila dah makan pedas-pedas,nak jugak minum ais..zila buat 3 layer tea untuk penghilang dahaga..3 layer nie sebenarnya kegemaran hubby..bila buat sendiri dirumah rasa berbaloi-baloi..boleh minum banyak mana kita suka kan..



oklah sampai disini dahulu untuk kali ini..bertemu lagi ..salam sayang semua..i lap u all..bye











Friday, 21 December 2012

ketam goreng telur masin


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..terima kasih  pada follower baru kerana sudi mengikuti blog zila nie..dan terima kasih juga pada teman-teman yang meninggalkan komen yang indah..i love u semua..


semalam merupakan hari cuti buat warga johor.Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar ..dikesempatan itu ramai yang membawa anak-anak berjalan..walaupun hanya satu hari ..cukup kew h ehhe..

zila ambil peluang tue pergi ke angsana..sebenarnya tak ada tujuan yang tetap nak kesana ..sekadar nak tengok pameran kraf yang diadakan sehingga 25 december ini..

hasil kraf semuanya ada disitu..kompang,keris,tembikar dan yang paling banyak baju batik..oleh kerana camera tak dibawa tue yang tak ada pic nak tunjuk..he hhee sesiapa warga johor yang nak pergi bolehlah kesana..parking masih ok semalam..


ok lah berbalik pada menu alam maya hari ini..
ketam goreng telur masin..ramai yang dah pernah buat kan?..tapi tak semua orang suka makan ketam..kadang-kadang ada yang alah dengan ketam..

bagi zila ok jew lah..he hhee rasanya memang sedap ..lemak-lemak kuning telur masin tue yang jadi sedap..



tapi kalau budak-budak agak leceh sikit nak makan..isi pun tak banyak..nak ketuk-ketuk jari ketam tue yang malas kan..h ehhe memang tak boleh jadi lauk..kena ratah camtu jew baru sedap..


biasa zila buat guna bahagian kuning  telur tue jew ..tapi kali ini saja nak letak bahagian putih tue pulak..rasanya tak jauh beza..cuma tak payah letak garam sebab masin tue dah ok..

pada sesiapa yang nak mencuba zila sertakan resepinya disini seperti biasa..sebagai rujukan diri..dan memanjangkan lagi ilmu ..semoga bermunafaat kepada semua..

sampai disini dulu ..bye semua..



ketam goreng telur masin
bahan-bahan:-

  • 3 ekor ketam bunga
  • 10 biji cili api - dihiris ikut kepedasan masing-masing
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar butter
  • 5 biji telur masin 
  • 1 sudu kecil gula
  • 3 sudu besar susu cair
  • 2 biji bwg putih - di ketuk
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • garam
  • serbuk lada sulah secukupnya
  • minyak masak utk menggoreng





cara
  1. rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan - zila tambah 1 biji bahagian putih telur masin.
  2. bersihkan ketam potong kepada dua bahagian,goreng dengan tepung jagung.
  3. goreng deep fried - asingkan
  4. panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi sampai wangi
  5. masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
  6. masukkan susu segar,gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya.
  7. kacau rata,tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih ,masukkan ketam kacau rata dan sedia dihidang.



Tuesday, 18 December 2012

oreo crepe


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..
alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik dan masih lagi diberi peluang kesini..berkongsi segala masakan yang pernah zila cuba..


crepe memang dah jadi fenomena sekarang kan..masing-masing mesti nak mencuba membuatnya..mana yang tak berkesempatan bolehlah oder..banyak versi crepe sekarang nie..bagi zila semuanya sedap..tak kesahlah yang ada durian atau yang tidak..

bagi yang rajin bolehlah letak filling tu macam-macam..ikut selera kita yang membuatnya,yang penting habis dimakan..betul tak....


zila  cuba buat crepe oreo pulak..idea asal dari rahel..bagi zila ianya sangatlah sedap..bagi penggemar biskut oreo memang wajib cuba..pilihlah filling oreo yang anda gemari..sekarang oreo dah ada filling macam - macam kan...memang best.



untuk resepinya sama seperti resepi durian crepe.cuma tukarkan durian kepada oreo jew..
colour zila guna colour biru..letak sikit jew..zila suka colour macamnie..cantik dan lembut jew di pandang..ok lah sampai disini dulu buat hari ini..bertemu kembali semua..i love u all...bye..


oreo crepe

bahan-bahan
-20gm tpg gandum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pwrna kuning
-perisa durian 


cara-caranya
masuk semua bahan kedalam mangkuk.sebatikan dengan whisk dan tapis..
kalau pekat  tambah air sedikit
boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu.untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih..
ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yangg dipegang..
layangkan kuali agar adunan sekata
masak atas api kecil.
masak hingga kering angkat tak perlu terbalikkn semasa  mengangkat.

filling
-150ml fresh cream diputar hingga kental

- oreo secukupnya

-letakkan fresh cream letak oreo dan letak lagi fresh cream di atasnya.
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.

-siap



Saturday, 15 December 2012

langkawi part 4

Assalammualaikum salam sayang dan salam sejahtera semua.bersambung kembali langkawi part 4..inilah diantara tempat-tempat yang kami lawati..

Galeri Perdana, galeri yang menempatkan pelbagai hadiah yang diterima oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Yang ni memang kena singgah sebab zila tak pernah tengok apa yang beliau pernah terima sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut.



Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Walaupun kadangkala cetusan idea dan wawasan beliau kurang difahami, namun hakikatnya beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan terkehadapan, malah lebih jauh daripada pemikiran orang Melayu khususnya.


Kini, kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilangan membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada 8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu.



Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.


kami menyambung perjalanan kami di Kompleks Kraf Langkawi ialah One Stop Craft Centre yang telah ditubuhkan di Langkawi pada tahun 1996 untuk memudahkan para pelawat membeli kraf Malaysia..

Kompleks Kraf Langkawi menyediakan ruang niaga bagi usahawan-usahawan menjual pelbagai produk kraf buatan Malaysia kepada pengunjung dari dalam dan luar Negara yang berkunjung ke Langkawi. Kompleks ini terletak kira-kira 21km perjalanan dari Bandar Kuah dan 24 km dari Lapangan Terbang Padang Mat Sirat yang menjadi pintu masuk utama ke Pulau Langkawi.


cantik kan hasik kerja tangan diorang..wahh saya sangat kagum



Kompleks Kraf Langkawi mempunyai dua buah Muzium iaitu Muzium Adat Istiadat Perkahwinan dan Muzium Warisan yang memaparkan budaya dan adat Perkahwinan kaum-kaum utama di Malaysia serta pameran barang-barang seperti keris-keris dan artifak-artifak lama yang mempunyai nilai dan sejarah yang tersendiri.
kami tak sempat ambil banyak gambar disini sebab masing-masing sibuk..h ehhe



dari awal pagi kami dah plan nak kesini..cable car..tapi memang amat menghampakan sebab hari itu cable car tidak beroperasi..petir dan hujan tidak selamat untuk penggunjung..wahh amat frust giteww kan..so saya hanya mampu mengambil gambar dari jarak jauh jew lah kan...


tgok tue..bestkan bila dapat berada di puncak tue..keciwaa..tapi hubby saya kata next time bolehlah naik..kalu dah semua tempat dilawati next time dah malas nak datang lagi...errmmmm saya dengar jew la..h ehhee



deretan kedai di area cable car..






dalam perjalanan nak balik kami singgah disini sekejap..sebab pemandanganya sangat cantik..dua model saya pose la sampai letih..last-last pic saya yang tak ada rupanya..he hhee.



plan nak balik ke hotel kami batalkan..lagipun baru pukul 6 lebih masa tue..kami pergi cari tempat makan dan menunaikan solat maghrib..siap semua kami pergi ke idaman suri..

tempat orang perempuan membeli belah..first time saya ke idaman suri..memang ramai pengunjung..tak banyak yang saya beli ..cuma round-round jew.pukul 9 permis perniagaan pun hendak ditutup...wahhh cepatnyaa..terperanjat jugak la..sebab kalau kat jb sampai ke 10.30 atau 11.00 baru nak tutup..he hhe alahaii tak puas cuci mata..esok dah nak balik..


hari terakhir di pulau langkawi..sebelum pulangkan kereta yang kami sewa..sempat lagi saya kesini..bersebelahan dataran lang..cantik tempat nie..sempat saya ambil beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan.

 tengok..cantik kan..tapi time tue rumput-rumput baru lepas dipotong..tue antara longgokan rumput yang belum di pungut..tapi saya tetap suka pemandagan disini..memang mendamaikan.

pokok-pokok pun baru lepas dicantas..tapi tetap damai..


inilah dia dataran helang..tak lengkap rasanya jika tidak kemari ..ramai pelancong-pelancong menggambil gambar disini..

Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi Malaysia.. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. 


Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat dipulau ini.

berakhir sudah percutian saya disini..pukul 12 tengahari kami beli tiket feri ke kuala kedah..ambil kereta dan  pulang ke jb..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang