Pesanan untuk anda
1 Jaga kesihatan anda
2 Jaga makan dan minum anda. Makanlah makanan yang berkhasiat dan yang paling penting adalah halal.
3 Jangan mudah putus asa
4 Jangan lupa dekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan solat lima waktu, solat-solat sunat seperti sunat hajat, sunat tahajut dan sebagainya.
5 Selalu berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala urusan
6 Mohon maaf dan restu daripada kedua ibu bapa dan guru sebelum datang ke sekolah dan masuk bilik peperiksaan
7 Jawab soalan ujian dengan teliti dan memahami betul-betul kehendak soalan yang ditanya serta mengikuti arahan dan peraturan-peraturan semasa di dewan peperiksaan
8 Berusahalah dengan gigih untuk mendapat hasil yang cemerlang.
9 Bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha dengan gigih.Semoga semuanya berjaya dan dapat melakukan yang terbaik. Amin
Bersua lagi..
Thyme dan Rosemarry dua herba popular dalam masakan.. timur tengah spanyol,portugis prancis, syria ..Turki dan juga negara lain.ianya merupakan bahan asas dalam masakan.
dimalaysia pun ramai yang mengemarinya..ada dijual kering dan segar.kalau nak cari yang segar banyak dipasaraya besar..
Banyak versi sebernarnya roasted zila ni..kadang-kadang zila tambahkan paprika,kadang-kadang tambahkan jintan.tapi resepi asasnya seperti dibawah.resepi sama yang zila pernah kongsikan di blog ini pada 2012 tak silap disini
Selain dari carrot dan kentang tambahkan jagung pun boleh..ikutlah kesusaian masing-masing.kadang-kadang selera orang berbeza-beza kan.biasanya zila masak nasi berperisa tambahkan kismis banyak-banyak.. salad timun dan tomato serta sambal sikit.baru best nak makan.
1/2 ekor ayam
5 ulas bawang putih - digoreng dengan minyak olive kemudian ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 1/2 sudu besar rosemary kering
2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus
2 sudu besar madu
3 sudu besar gula perang
1 kiub ayam
1 biji lemon - hiris bulat
1 biji orange - hiris bulat
4 sudu besar olive oil
Daun rosemarry segar dan daun thyme segar- secukupnya
Baby carrot dan kentang - direbus separuh masak
Cara membuatnya
- Bersihkan ayam dan ketepikan.
- Campurkan semua bahan,kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang.
- Lebihan bahan lumur tadi, lumurkan pula pada kentang dan karot dan kemudian susun bersama ayam.Susun lemon dan daun rosemary dan thyme..Perap dalam 1 atau dua jam.
- Bakar pada suhu 200C selama 1 jam atau hingga masak.