Pages

Thursday, 27 February 2020

Shaksuka sedap

Panas..
dengan cuaca sekarang ni yang memang tengah panas,dan ditambah lagi dengan pergolakkan politik di negara kita,dah beberapa hari tak senang rakyat malaysia menunggu news dari kerajaan..semalam dah berakhir sesi temubual Sultan dan wakil rayat dari seluruh negara..dan kini kita masih menunggu lagi jawapan dari pengunduran parti Bersatu dari Pakatan Harapan.dan yang pastinya siapakah Perdana Menteri yang ke 8 nanti..
Apa yang dapat saya simpulkan rakyat malaysia semakin matang menghadapi setuasi ini dengan aman.tapi politik malaysia yang masih kurang matang nak menguruskan negara.

Shaksuka
semestinya saya suka,selalu jugak sebenarnya kami buat cuma bila masakkan yang berulang-ulang dah jarang nak snap gambar.so guna jew koleksi gambar-gambar yang ada.
saya suka buat shaksuka ni sebab utamanya mengenyangkan,kalau ratah macamtu jew pun dah sedap.


Shaksuka
Daging kisar
Bawang holland
Lada benggala merah
Bawang putih
Tomato
Telur
Tomato paste
Serbuk ketumbar
Paprika powder
Jintan
Garam
mix herbs
Daun pasley /daun ketumbar



Wednesday, 26 February 2020

Jom buat 'Sup Mamak'

Bersua lagi..
tuan rumah kebelakangan ini memang agak sibuk,sejak Muhammad masuk darjah 1 memang agak susah sikit nak selit time nak menulis disini.
hari ini bangun awal sikit,dari malam tadi plan nak menulis disini,masuk bilik kejap temankan Muhammad tido ..dah sudahnya dengan emak dia tido awal sekali.Pukul 3 lebih dah tersedar,mata terkebil-kebil tak boleh tido balik lepas solat.

Nak cerita sup mamak yang entah berapa lama buat,nasib gambar masih ada tersimpan rapi..memang menu kegemaran saya yang berasaskan sup macamni.tapi cuma saya dan Iqbal je yang suka makan sup,Muhammad dan suami memang kurang minat,bukan tak makan langsung..makan tetap makan cuma diaorang macam kurang minat sangat.
Sup mamak ni saya gengkan dengan roti perancis..roti ni bukan yang jenis keras..tapi yang jenis lembut..saya kurang gemar makan roti yang agak keras..memang suka cari yang lembut macamni baru kena dengan selera.
Bila suruh suami pergi beli roti memang 2 tiga bungkus dia bawak balik..ermmm sudahnya tak terabis..terpaksalah mencari idea nak perabih roti perancis tu.


SUP MAMAK

Bahan
1 ekor ayam/daging
4 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
Kiub pati ayam secukupnya
Garam secukup rasa
Cili padi – diketuk
2 sudu makan ( atau lebih) tepung gandum – bancuh dengan sedikit air yang ni akak skip
1 batang lobak merah- potong
3 biji ubi kentang – potong
2 liter air

Bahan kisar
Sepeket kecil rempah sup( 25gm)
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 buku bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 Akar ketumbar ( satu sepanjang 3 inci) – jangan ambil yang halus-halus.

Bahan pelengkap
Daun ketumbar/daun sup/ daun bawangBawang goreng

Cara Memasak
1.Kisar semua bahan kisar hingga halus. Kemudian panaskan minyak dan tumis bersama buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau.
2.Masukkan daging diikuti ubi kentang, lobak merah, cili padi, air dan perasakan dengan garam serta kiub pati ayam.
3.Setelah empuk, masukkan bancuhan tepung gandum mengikut kepekatan yang dihendaki.
4.Angkat dan tabur bahan pelengkap sebelum dinikmati
.

Sunday, 16 February 2020

Chapli Kebab - Pakistani food street

Bersua lagi..
Agak sibuk sikit kebelakangan ini..nak mengadap blog dan nak menulis sesuatu disini agak terbatas pulak.
Dah habis cuti sem iqbal anak yang sulung..malam tadi hantar dia kat bus station sedih pulak tengok dia balik ..dah tak ada geng makan-makan dirumah ni..tengok bilik dia sunyi je..tunggulah seminggu sebelum puasa nanti baru dia balik lagi.
Si Muhammad pun sekarang dah banyak homework,lepas maghrib bergegas mengajar dia..larut sampai ke pukul 9 lebih..lepastu suruh dia tidur..esoknya kena ke sekolah agama pulak masuk pukul tujuh suku.Petang ke sekolah keb pulak.

Ok cerita makanan pakistan lagi kali ini.chapli kebab sebab diberi nama chapli kata suami sebab bentuknya macam capal ..ikutkan chapli ni diorang buat lebih besar dan lebar.Saya tukar buat bentuk yang lebih kecil sedikit sebab bagi senang anak nak makan.
Kalau berkesempatan pergi ke negara Pakistan rata-rata kita akan jumpa diorang jual chapli kebab nie,ianya dihidangkan juga bersama telur mata,bawang hiris dan ada ulam timun.disamping tu disediakan jugak Raita sebagai bahan pencicah.
Lebih kurang kalau orang kita panggil macam daging burgerlah.tapi rasa chapli kebab ni memang sangat sedap..rasa rempah ratus dia dalam tu.saya sertakan resepi disini sebagai rujukkan diri sendiri dan kalau sesiapa yang nak mencuba silakan.


Chapli Kebab

Daging kisar secukupnya
Tomato - didadu
Bawang besar - didadu
Biji ketumbar - di tumbuk kasar
Jintan manis - ditumbuk kasar
Garam masala
Cili padi - secukupnya
serbuk lada -sedikit
Daun ketumbar -hiris halus
1 biji telur
sedikit tepung jagung

Caranya
Campurkan semua mix rata..simpan sekejap dalam peti sejuk ..dalam setengah jam..kemudian keluarkan dan letak sedikit garam.
Bentukkan bulat..ikut suka nk besar mana..kalau yang ori paki diorang buat besar ..akak buat versi tekak sendiri ..sedang2 jewlah..
sediakan pan..letak minyak ..nk goreng minyak banyak sikiit pun boleh..masak hingga daging masak sepenuhnya.

Tuesday, 4 February 2020

Donut Dendan ..

Morning.
Selamat pulang dah warga Malaysia yang terkandas di Wuhan.mereka selamat tiba pada 5.57 minit pagi tadi,Seramai 107 orang dibawa pulang melalui penerbangan khas yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe.
Penerbangan itu turut membawa 12 kru, lapan petugas misi dan enam pegawai dari Kedutaan Malaysia dari Beijing, menjadikan 133 orang jumlah keseluruhan yang menaiki pesawat dari Wuhan.

Pesawat turut membawa 500,000 pasang sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada kerajaan China untuk membantu menangani penularan koronavirus di negara itu.
Tapi mereka ni masih lagi di kuarntin hingga 14 hari hanya boleh menghubungi saudara mara melalui telifon sahaja.ya lah saringan khas wajip dilakukan sehingga sahih diorang ni bersih dan bebas dari Coronavirus yang menggegarkan dunia diketika ini.

Dah ..
cerita donut dendan atau pintal pulak.donut senang dan tabur gula jew..laris sebenarnya kalau donut versi macamni dekat rumah.budak2 suka makan lagi-lagi  kalau tabur gula pasir lebih sikit..baik abang atau adik berebut makan.

Saya try resepi dari fb yang mendapat like ribu-ribu nie..terkesima jugak nakk mencuba seronok bila dapat resepi macam-macam bila ada masa boleh try kan.segala ilmu yang orang share tu sebenarnya banyak menufaat pada diri kita kan.


Donut
sumber FB

1 peket yis kering
1/2 kilo tepung gandum
2 sudu besar gula (dibancuh dengan yis)
1 biji telor
1 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat manis
Secubit garam

Menurut kata tuan punya resepi, donut gebu ini terletak pada cara penggunaan atau kaedah penyediaan yis.

1 peket yis dibancuh dengan 200ml air suam, kemudian masukkan 2 sudu besar gula.
Kacau sehingga sebati dan tutup jug. Biarkan selama 10 minit.

Dalam bekas lain satukan tepung gandum,marjerin,telor,susu pekat manis dan secubit garam.
Gaul kesemua bahan tersebut dengan yis yang kembang tadi sampai jadi doh. Boleh tambah sedikit air jika anda rasa adunan tadi tak cukup menjadi doh. Gaul sehingga doh tidak melekat di tangan dan jangan terlalu lembik.
Proses seterusnya anda perlu tutup doh lebih kurang 15 minit dah kembang, kena tumbuk untuk keluarkan angin.
Kemudian uli semula.
Nak bentuk bulat ke apa pun boleh terpulang kepada kreativiti anda.spray dengan air dipermukaan roti sebelum dibakar. 

Sunday, 2 February 2020

Fried Wontons guys - жареный вонтон

Good Morning.
sebelum arrange Muhammad nak ke sekolah agama sempat lagi menulis sekejap disini.Sekolah masuk pukul 7.15 dan balik nanti pukul 8.45 sekejap je,satu jam setengah.
dari malam tadi sibuk membalut buku teks sekolah agama,agak lewat sedikit kitab sekolah agama diedarkan pada anak-anak tahun 1.
Sebabnya tahun ini semua buku tahun satu digantikan dengan buku baru,ada 9 buah semuanya,tapi sempat sampul 3 buah dulu yang  dia belajar hari ni je,yang lain siang nantilah baru sambung.

Wonton goreng.
Semalam petang mengeteh anak beranak ke Kluang station orderlah wonton,dan pagi ni sibuk pulak mencari gambar wonton yang dah lama terperap dalam folder,korek sana sini nasib jumpa hihii bolehlah simpan resepi disini sebagai rujukkan kan.lagipun penat snap gambar lepastu dibiarkan terperap.
Kadang bila buat inti dia ni saya skip halia tu,kadang masuk jugak..Muhammad tu tak minat kalau ada rasa halia.ok semak resepi kalau korang nak cuba.


Bahan inti

1 ketul dada ayam bahagian isi - didadu halus
1/4 bawang besar holland - didadu
1 pokok daun bawang-dihiris halus
Carrot - disagat halus
1 cawan kobis - dihiris halus
2 biji bawang putih-diparut halus
1/2 inci halia - diparut halus
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam jika perlu

Cara membuatnya

1.Campurkan kesemua bahan inti kecuali daun bawang,kobis dan tepung jagung.
2.Gaul rata kesemuanya,masuk kobis,carrot dan daun bawang.sebatikanKemudian masukkan tepung jagung gaul rata.
3.Simpan didalam peti ais selama setengah jam.tutup mangkuk dengan plastik wrap ye.
4.Sediakan kulit wonton secukupnya,masukkan inti ditengah tengah kulit sapu sedikit air pada keliling bahagian atas kulit kemudian lipat seperti membuat lisu/sketting meja makan.kemaskan.
5.Siap dah boleh goreng.

Saturday, 1 February 2020

Wadai Kiping وادا كيڤيڠ resepi warisan orang 'Banjar'

Wadai kiping/kipeng atau bubur gayam memang senonim dengan masyarakat Banjar.biasanya diidangkan pada musim perkahwinan atau ada keraian.
wadai yang bermaksud kuih dan kipeng tu pulak bermaksud keping.bagi kami bubur ni dah senonim sebab jiran kami di kampung ada yang berketurunan banjar..dan walaupun emak saya bukan orang Banjar tapi dia boleh menguasai bahasa banjar dengan begitu baik.

Iras dengan Putri mandi jugak wadai kiping ni kan.ok nak buat dia bukanlah susah mana bahan yang digunakan pun mudah dan murah,cuma nak menggentel satu-satu tu kalau buat banyak memang lenguh tangan jugaklah.sebab tu hidangan ni diorang buat pada musim perkahwinan jiran tetangga akan datang bergotong royong dan buat kuih ni bersama-sama,meriah suasana macamtu.tapi kini nak buat majlis kawin dah senang.acara gotong royong macamtu dah pupus rasanya kan.

Wadai kiping saya ni nampak cerah sedikit sebabnya saya letak gula merah/gula melaka tak berapa banyak sangat,kadang ada yang buat colour  kuah dia lebih kecoklatan,terpulang pada kita nak adjust gula tu macamana ye.

WADAI KIPENG (kalau nak banyak gandakan sukatan)
Bahan
800ml santan pekat
250gm tepung pulut
Sedikit air kapur
200gm gula pasir
100gm gula merah
Secubit garam
2 helai daun pandan |disiat & simpul
Air secukupnya

Caranya
1. Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk beserta secubit garam serta sedikit air kapur Tuang air sedikit demi sedikit lalu uli hingga menjadi doh yang lembut . Pastikan air tidak terlalu banyak.
2. Bulat-bulatkan doh menjadi sebesar ibu jari, kemudian leperkan di tengah-tengah.
3. Sementara itu, didihkan air yang banyak di dalam periuk. Masukkan doh tadi ke dalam air mendidih dan masak hingga ia terapung. Toskan.
4. Di dalam periuk lain, satukan santan, gula, gula merah, daun pandan dan secubit garam lalu didihkan dengan api yang kecil hingga semua bahan sebati dan agak likat.
5. Masukkan doh yang telah direbus tadi ke dalam periuk berisi kuah dan kacau sebati.
6.Angkat dan hidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang