Makanan orang disini..
Sepanjang setengah bulan saya disana banyaklah undangan makan malam yang saya hadiri..oleh kerana saudara mara sebelah suami memang ramai jadi setiap malam kami makan free je.alhamdulillah rezeki jangan ditolak kan.lagipun yang penting bagi saya dapat menikmati hidangan orignal orang punjabi dan original dari dapur mereka.
Memang sangat terharu sebenarnya ada sesetengah family yang dari awal pagi bagun menyiapkan hidangan untuk kami ..
Yang tengah buat chicken tikka tu saya panggil bhai yunos.dia dulu memang penjual tikka chicken. Memang dah bertahun tahun menjual tikka dan menurutnya tikka dia yang paling sedap dikawasan ni..owhh macamtu..sebab teruja yang dia kata paling sedap saya pun minta dia menyediakan tikka chicken untuk saya ..dia cakap kalau saya tak suruh buat pun memang dia akan buat untuk meraikan kehadiran saya kerumahnya..memang baik bhai yunos nie.. orangnya alim.. menjaga adap dan pandagan mata..dia nie sepupu en suami..
Memang betul apa yang dikata..tikka chicken beliau memang sedap sangat..pertama kali saya cuba dan sampai sekarang saya amat merindui tikka beliau.memang cukup rempah ratus dan bahan perapannya..sampai ketulang terasa rempah ratusnya.memang hebat.
Dia suruh komen macamana rasanya..bila saya cakap tersangatlah sedap senyum lebar dia..gembira betul dia bila saya memuji muji tikka chicken beliau..terus dia cakap nak bagi resepi tradisi keluarga nie pada saya..
Baryani pakistan.
pun sedap ..bertambah saya makan sebab memang kena dengan tekak..cukup rasa..hidangan nie makcik firdaous yang masak..menggunakan beras basmathi tak silap saya..disini beras yang diorang guna semua berkualiti ..almaklumlah pakistan pun pengesport beras yang bermutu didunia..
style baryani pakistan disini mesti nasi dan ayam tu di masak bersama..kira macam style timbus macamtulah.
Ok yang ini pulak ikan goreng biasa ..lumur kunyit dan garam..walaupun hanya digoreng dobo dobo je tapi memang sedap..ikan yang digunakan saya tak pasti namanya.ikutkan ikan di sana memang mahal sangat..nak jumpa ikan memang susah..lagi2 ikan spesis kecik macam selar..kembung memanglah tak ada.Sepanjang saya disana hanya jumpa sejenis ikan je yang dijual di pasar ..ikannya besar macam tak pernah nampak pulak kat malaysia jenis ikan tu.
harga ikan lebih mahal dari daging dan ayam disana.
Kofta atau bebola daging.
yang ini memang saya rindui sehingga sekarang..bebola daging memang sedap sangat sangat..saya pernah cuba buat sendiri dirumah tapi rasanya tak sesedap yang diaorang hidangkan pada saya tempohari.
Biasanya disini kofta ini dihidangkan bersama roti capati atau naan..banyak variasi kofta disini..ada yang mencampurkan kacang dhal didalam kuah tu ..ada yang buat kuah tu cair sikit..ada yang pekat ..tapi bagi tekak saya memang sedap yang pekat sikit.
Yang ini saya panggil nasi manis..sebab memang manis sangat nasi nie pada tekak saya ..sampai susah sebenarnya saya nak telan..tapi nasi manis nie memang popular ..bila ada keraian ..atau majlis besar nasi manis sering menjadi hidangan popular.kiranya macam pencuci mulut pun ia jugak..dalam nasi manis tu ada campuran buah badam dan gajus..memang bagus ada campuran kekacang tapi yang manis sangat tu terus menghilangkan sedikit selera nak makan.
Raita
Raita..biasa dimakan bersama nasi baryani..banyak jenis raita nie ..ada raita garlic..ada raita timun ..dan macam - macam lagi..kalau yang biasa en suami buat dirumah yogurt dicampur dengan daun pudina ..daun ketumbar..tambahkan cumin powder ..garam masala sikit lepastu kisar sampai halus...perasakan dengan sedikit garam..dah siap boleh hidang dengan nasi baryani pakistan.
Karahi chicken.
Ayam ni pedas sikit..tapi ayam nie pun sedap..
Dalam pemerhatian saya dalam masakkan pakistan diaorang nie lebih menggunakan bawang besar ..tomato ..bwang putih.disamping rempah garam masala ..jintan manis..jintan kasar..cumin seed atau kalau orang malaysia panggil jemuju..bahan perencah tu semua biasanya tidak ditumbuk atau dikisar..cuma dihiris kasar ..lepastu direbus dalam pressor cooker ..bila daging atau ayam dah lembut dan agak kering baru masukkan minyak atau butter dan rempah ratus..berserta tomato dan daun ketumbar.
semua hidangan pakistan sedap-sedap ..penggunaan santan memang tak ada ye..diaorang memang guna yogurt untuk gantikan santan..dan tak ada istilah tambahkan bahan perasa baru sedap.semua bahan yang digunakan orignal..biasa kita guna asam jawa..tapi diaorang gantikan dengan perahan limau dan fresh tomato.
sebenarnya banyak lagi hidangan pakistan yang telah saya cuba rasa disana.tapi ada banyak gambar yang tak sempat ambil.jadi yang sempat diambil gambar nie jewlah yang saya share ye..
Dan ada ulam timun lobak putih sebagai pengganti sayur.
kalau lobak putih makan macamtu je memang saya tak reti..
Lagi contoh baryani ayam jiran sebelah rumah mak mertua bagi..colour dia macam kekuningan sikit.
Disana diaorang makan nasi hanya seminggu sekali..kalau nak jumpa nasi putih memang takadalah..yang ada memang nasi baryani macamni.
dan makanan harian diorang roti ..atau capati yang dimakan bersama sayuran..kalau nak masak daging atau ayam memang seminggu adalah sekali ..oo lain betulkan dengan gaya kita orang malaysia..hari hari lauk sedap ..kalau makan sayur dengan capati je mau kurus melidi ha haaa.
mana mana masuk rumah orang pakistan sebagai penutup mesti dihidangkan chai atau teh tarik pakistan.
beza ke teh tarik diorang dengan kita disini? ye memang beza..teh tarik diaorang guna susu segar..ada rasa tambahan jintan didalam tehtarik tu.cara buat pun beza ..
Didihkan air dulu dalam pot..dah mendidih ganas baru masukkan serbuk teh..lepastu masak serbuk teh tu agak lama jugak..masauk jintan biarkan lagi sampai mendidih kuat..last masuk susu segar..dan reneh lagi sampai colour teh dia jadi cantik pekat ..masuk garam sikit dan gula..saya tak sempat nak ambil gambar cara diorang buat masa itu.