Pages

Wednesday, 21 August 2019

Kek Marble Sponge ..tersedap



Menulis lagi disini..walaupun mood nak membebel macam hilang ha haa..
Sesungguhnya saya masih lagi suka menulis di blog ..walaupun tak sekerap mana muncul..bagi saya blog masih ada keistimewaanya tersendiri ..saya lebih menganggap blog sebagai catatan diary kehidupan ..dan project masak-masak yang boleh saya abadikan sebagai kenangan bila usia meningkat kelak..sambil  menyimpan resepi yang pernah saya cuba..

Beberapa hari tak menjengah disini..tuntutan masa tuan tanah kesana kesini..sibuk urus mana yang penting dulu..
kita cerita tentang kek marble sponge pulaklah..kek lagi...ya betul memang saya gemar buat kek tapi bab makan kek memang saya kurang..biasanya akan makan sepotong dua je untuk merasa..selebihnya anak dan suami yang tolong habiskan..

Kalau dah nama kek Sponge memanglah kena guna minyak kan..kek yang ringan dan sesuai sangat bila buat minum petang ..kek yang guna minyak macamni memang kegemaran emak ..berbanding kek yang guna butter ..sebab tu orang tua2 ni susah sikit nak dapat panyakit kan..memang diorang jaga makanan betul.

Kek Marble Sponge

3/4 cawan tepung naik sendiri
1/3 cawan susu tepung
1/2 cawan gula kastor
1/4 susu segar
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar minyak jagung
3 biji telur gred A
1 sudu besar ovalete
1 sudu besar serbuk koko

caranya
Panaskan oven 160c
Satukan kesemua bahan kecuali serbuk koko dan minyak.

Pukul hingga gebu dan bertanduk....lebih kurang 10 minit
kemudian masukkan minyak jagung kacau sebati guna spatula.

Bahagi kepada dua bahagian.
1 bahagian letak serbuk koko..dan satu bahagian lagi letak pewarna pink.

sediakan loyang 8 inci atau petak.sapu butter ..alas loyang dengan kertas minyak..tak payah sapu butter pada keliling loyang.

Tuang adunan selang seli ..buat hingga habis.
Bakar hingga masak 35 hinnga 45 minit ikut oven masing2.

Dah masak keluarkan dari oven..hentakkan sekejap lbh kurang 3x kmudian terbalikkn..biarkn sejuk.
siap ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang