Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..isnin 10 dec..semoga semuanya hari ini diberi kesihatan yang baik..dan dapat meneruskan aktiviti harian seperti biasa.
dah sarapan belum?..zila hari ini tak makan apa-apa lagi..masih tercari-cari makanan apa yang best untuk dibeli nanti..macam nak makan nasi kerabu la pulak..he hehee..
memang betul sedap ..bagi zila kesedapan tu terletak pada sos pad thai tu sendiri..sebab gabungan masin,manis dan masam..dan mee kering tue jugak sedap..kalau nak pakai mee teow basuh macam dah lari tajuk pulak kan..
mee tue cari di giant atau jusco..memang ada..zila sertakan gambar diatas .
masa nak makan kena tabur dengan kacang tumbuk dan cilli flaks tue ..kalau tak bubuh memang tak sedap..zila goreng lada kering dan tumbuk ..tapi terover goreng sampai hitam la pulak..he hhee kira halal jew la kan..
oklah sampai disini dulu..jumpa lagi dan selamat mencuba..bye semua
PAD THAI
Bahan bahan
kway teow kering - celur dengan air panas
bawang putih - dicincang
tahu - potong dadu dan digoreng
udang segar - dikupas kulitnya
daun kucai - dipotong 1 inci panjang
taugeh - ikut suka
2 biji telur - dipukul sedikit
lobak masin - hiris kecil-kecil
sos pad thai - air asam jawa,gula melaka sos ikan thai campurkan kesemuanya,agak-agak masin,masam dan manisnya seimbang
kacang tanah -ditumbuk kasar
- tumiskan bawang putih hingga harum,masukkan udang segar dan masak seketika.
- masuk kway teow letak sedikit air,campurkan taugeh,tahu dadu,daun kucai,lobak masin dan siramkan sos pad thai gaul rata.
- ketepikan mee disebelah kuali,goreng telur yang sudah dikocok diruang kosong hingga setengah masak..agak kering telur tu gaulkan dengan mee.
- pad thai seharusnya basah sedikit,tambahkan air sedikit jika mee kering.
- hidangkan mee bersama red chilli flakes dan kacang tanah tumbuk.mesti letak kalau tak ada memang tak sedap.
- boleh makan bersama ulam-ulam dan limau nipis.