Assalammualaikum.
biasanya nak makan prosperity burger kena tunggu nak raya cina baru ada set hidangan ini.bila mula diperkenalkan dimalaysia tak mahal sangat..sejak beberapa tahun kebelakangan ini harga pun dah naik sampai ke belasan ringgit.
menu-menu macam ini akan keluar pada musim cuti sekolah ...bila dah buntu nak memasak apa bolehlah cuba buat burger macamni dirumah.menjimatkan..anak-anak pun suka sebab boleh makan berulang-ulang.boleh seimbangkan rasa kepedasan lada hitam mengikut selera.kalau original prosperity buger memang agak pedas bagi tekak zila..
Untuk roti zila beli roti yang dah siap.boleh cari dikedai runcit atau pasaraya.daging buger pula zila guna jenama ramli.daging oblong.satu pack berharga 14 ringgit lebih..ada beberapa slice jugak..kalau makan berdua memang puas sangat.
resepi sos blackpaper pula zila dah pernah kongsikan diblog ini beberapa tahun lalu..tengok SINI zila sertakan lagi resepinya disini untuk memudahkan anda mencari.bagi sesiapa yang nak bawa anak-anak bercuti ke pantai boleh buat buger nie..lepas mandi-manda memang lapar kan.
Sos lada hitam
Bahan-bahan
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam (tumbuk halus) boleh lebihkan amaun ikut selera - zila letak 2 sudu besar dan tumbuk kasar.
sedikit tepung jagung
2 sudu besar sos black paper - zila tambah
Cara-cara
- Cairkan butter dengan api kecil.
- Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
- Masukkan kiub ayam dan kacau. Masukkan air tadi dan kacau.
- Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak) dan sos black paper..
- Kacau hingga sebati.
- Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tak cantik bila dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau- Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
- Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit.
- Kacau hingga menggelegak. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.
- Apabila sejuk sos akan lebih likat.
- Boleh dihidangkan semasa panas.
selit story oder semalam ..Dua biji Kek marble yang dioder oleh sahabat zila fatin.terima kasih banyak dear sudi oder dengan zila..harap halalkan segala kekurangan..dan thanks banyak support zila.