Minggu ini zila agak kurang sihat sikit..dah seminggu selsema macam tak baik-baik pulak..asik sok sekkk sok sekk ..ketat rasa lubang hidung nak bernafas..
nak berjalan kemana pun agak malas..tunggu sihat betul baru plan nak bawak budak-budak berjalan dekat sini-sini jewlah..lagipun barang sekolah belum berbeli lagi..kena jimat sikit duit..
Bila first time buat kek pandan guna resepi ni..alahai memang sedap..tapi sukatan gula dari resepi asal memang sangat manis bagi citarasa zilalah..tapi kalau yang suka manis boleh lebihkan.
bila bakar cupcake nie harum satu rumah bau pandan..ermmm..zila tak tambahkan pewarna dalam adunan kek nie..mengekalkan warna asal pati pandan..cantik hijau-hijau kuning..
Resepi ini hanya dapat beberapa biji kek sahaja..kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak kena gandakan sukatan resepi dibawah.bagi zila yang menjadikan kek nie lagi sedap sebab adanya gula melaka diatas tu..buttercream zila ikut resepi kak ita,guna italian buttercream..rasanya sedap dan kurang manis..dan senang diolah.
Resepi kek pulak zila guna resepi bitter sweet spicy...
Untuk gula melaka renjisan atas kek zila gantikan dengan gula melaka pekat segera,stock dirumah banyak..sebab zila selalu guna gula melaka ni untuk buat 3 layer tea..lagipun gulanya pekat tak cair.
Pandan Cup Cake
Resepi Oleh : Bitter Sweet Spicy
200 gm tepung kek
1/2 sudu teh baking powder ~ double acting
125 gm unsalted butter ( butter tanpa garam ) ~ lembutkan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla
200 gm gula halus atau gula caster ~ kurangkan 160 sahaja
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
75 gm santan KARA + 25 gm air
2 sudu besar jus pandan ~ 5 helai daun pandan kisar dengan sedikit air ambil jusnya
sedikit pewarna hijau
Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek pada suhu 180C
Sediakan muffin pan atau cup cake secukupnya
Satukan tepung dan baking powder kemudian ayak ~ ketepikan
Satukan santan, air, jus pandan dan pewarna hijau dan gaul rata ~ ketepikan
Dalam bekas pemutar, satukan butter, esen vanilla dan garam dan pukul sebentar
Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar rata
Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan ( mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung ) putar atau kaup balik hingga adunan sebati
Tuang dalam cawan kek 3/4 cawan penuh sahaja
Susun dalam loyang muffin dan bakar selama 25 minit
Setelah masak, sejukkan atas redai
Gula Melaka Italian Meringue Buttercream
50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1/8 cawan air
Satukan semua bahan di atas dan masak hingga gula larut
Kemudian sejukkan
80 ml air
150 gm gula halus
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
250 gm butter tanpa garam ~ di potong dadu
1 sudu besar caramel gula Melaka ( adunan gula Melaka yang di masak tadi )
- Satukan air dan gula dan masak hingga pekat dan suhunya mencapai 117C.
- Jika tak ada jangka suhu anda boleh gunakan garfu. Celup garfu dalam larutan gula. Bila anda angkat garfu, larutan gula akan terbentuk macam kaki itik. Itu bermakna gula tu dah cukup pekat.
- Kemudian tuangkan caramel gula Melaka tadi , gaul rata biarklan sekejap ia pekat.
- Sementara anda lihat gula dah didih dan dah terbentuk kaki itik tadi, baru putar telur dan kuning telur dalam mesin pemutar hingga kembang, bila dah kembang terus tuang gula yang panas-panas ke dalam telur tadi sambil terus putar hingga sebati
- Bila dah sebati, simpan dalam peti sejuk dengan pemutar dan mangkuk pemutarnya sekali ( ingat !! bukan mesin pemutar ya, hanya mangkuk dan alat pemutar sahaja )
- Bila dah betul- betul sejuk ( sejukkan 1 ~ 2 jam ) keluarkan
- Putar semula dan masukkan esen vanilla, dan butter satu persatu sambil putar hingga kembang dan halus.
- Kemudian masukkan dalam piping bag dan paipkan atas cup cake tadi.