Assalammualaikum,
salam sejahtera dan salam sayanggg untuk semua...bertemu lagi hari ini..semoga semuanya diberi kesihatan yang baik..aminnn..
pada follower baru yang sudi kemari dan meniggalkan jejak terima kasih zila ucapkan..pada yang masih zila tak follow tue tinggalkan link ok..insyallah zila akan follow balik..i lapp u..
berbalik pada entry hari ini...hari ini zila nak sharekan kek yang zila buat pada 22/11 haritue...sebenarnya kek ini istimewa buat anak tunggal zila.. Iqbal Aiman..kebetulan birthday dia sama dengan birthday sultan johor..so satu johor semua dapat cuti...anak zila pun turut berbangga..sebab setiap kali birthday dia orang johor dapat cuti..h ehhee
buat anak ibu yang tersayang..semoga kamu menjadi anak yang soleh..membahagiakan ibu dan ayah..berjaya didunia dan diakhirat..sentiasa diberi kesihatan yang baik..dan semoga tercapai segala cita-cita apa yang kamu impikan..aminnn..
dah lama dia impikan kek red velvet nie..memang sebelum nie zila tak pernah buat..so sempena hari jadi dia zila tunaikanlah apa yang dia hajati..walaupun deco yang ala-ala nie..tapi dia tetap suka..hehehe..tak apalah kan asal anak happy..sebab dia anak lelaki dari awal dia dah beritahu zila supaya buat simple-simple jew..dan hasilnya nielah..memang sangat simple..h ahha a
oklah pada sesiapa yang nak mencuba zila sertakan resepinya disini..resepi asal zila ambil dari myresepi sumbangan life..
bagi zila resepi nie sedap..sesuai dengan tekak kami..dan krim cheese tue resepi dari ayu..rosri kitchen.. tq kepada kedua-dua insan ini yang sudi berkongsi resepi..i love u ..
Red velvet cake
Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung kek
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar cocoa powder
1/2 cawan unsalted butter
1 1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan susu segar di campur dengan 1 sudu kecil cuka
2 sudu kecil pewarna merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil baking powder
cara-caranya
- Panaskan oven (175 degree) dan griskan loyang dengan mentega.
- Ayak tepung, garam dan cocoa powder. Ketepikan.
- (**) Dalam bekas yang lain, pukul mentega hingga lembut (1-2 minit) masukkan gula dan pukul hingga kembang (2-3 minit).
- Masukkan telur, sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan esen vanilla.
- Dalam bekas yang lain, masukkan campuran susu + cuka dengan pewarna merah. Gaul hingga rata.
- kemudian masukkan campuran pewarna berselang-seli dengan campuran tepung ke dalam (**)
- Dalam mangkuk kecil, campur cuka dengan baking soda dan segera masukkan ke dalam campuran di atas.
- masukkan ke dalam oven dan bakar sehingga masak.
Cream Cheese Frosting
Bahan-bahan
250 gm cream cheese
2 cawan fresh cream
50 gm gula icing
2 sdb butter
1 sdb krimwell
Cara-cara
Mix gebu cream cheese.masukkan gula icing, butter dan krimwell.mix sebati dan masukkan fresh cream.
mix dengan kelajuan tinggi dan boleh lah make-up kan pada kek tadi.