Pages

Sunday, 3 April 2016

Bolu Jadul



Bersua lagi..
Dah masak? hari minggu biasanya bagi suri rumah memang hari off..tapi bagi yang bekarja hari minggu inilah masa yang sesuai untuk mencuba resepi-resepi baru.
tapi sejak negeri johor tukar hari cuti jumaat dan sabtu pogram masak-masak hari minggu memang kuranglah..kerana anak-anak dah bersekolah..kadang masak ala kadar jelah..asal kenyang..


Alhamdulillah sempat jugak mencuba resepi bolu jadul untuk kali ini..bolu yang tengah hot nie kalau tak cuba buat memanglah rugi..rasanya tak mengecewakan memang lembut dan sedap..beberapa hari lepas zila buat dan bawak balik kampung..makan ramai-ramai sedap..
zila hiaskan atasnya dengan coklat dan cheese..
kalau tak tabur apa-apa pun sedap jugak sebab kek nie memang gebu..zila kongsikan resepinya disini sebagai rujukan bersama..selamat mencuba ..





Bolu Jadul

Bahan-bahan
4 biji telur 
120 gram gula pasir
100 gram tepung gandum 
1/2 sdt baking powder 
1/2 sdt vanila esennce 
70 gram butter dicairkan 
20 gram susu tepung

caranya

  1. Panaskan oven,siapkan loyang ukuran 20×20 sapu keliling loyang dengan majerin dan alas kertas minyak.
  2. Pukul telur dan gula sehingga kembang lebih kurang 15 minit,sehingga kental dan warnanya menjadi pucat,matikan mixer .
  3. masukkan tepung gandum,baking powder dan susu tepung,kacau dengan spatula kemudian masukkan butter yang telah dicairkan,masuk essen vanilla dan kacau rata.
  4. masukan kedalam loyang bakar kurang lebih 30 minit ..angkat segera setelah masak.
  5. Hias mengikut krativiti masing-masing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang