Pages

Wednesday, 28 March 2012

Kuih Lompang


Assalammualaikum dan selamat pagi..
dah sarapan ke belum?..kalau belum jom jemput makan kuih lompang..kuih lompang merupakan kuih tradisi yang tak lapuk dik hujan.Namanya timbul dari bentuk kuih yang mempunyai lompang atau lekukan dibahagian tengah.enak dimakan bersama kelapa atau dimakan begitu sahaja.

biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama kerana ia dihidangkan bersama kelapa parut. Kelapa perlu diasingkan untuk disimpan. Pada kebiasaannya ia dihasilkan dengan pelbagai warna bagi menambahkan kemeriahan.




sebenarnya tekak nie dah lama sangat teringin nak makan kuih lompang rasanya dah lebih lima tahun tak beli kuih nie.terdetik kat hati  nak buat tapi dari hari kehari tak terbuat.minggu lepas pergi ke kedai barang-barang kuih ternampak acuan nie..terus beli 2 dozen. dan kini tertunailah hasrat di hati.. he ehee hee


pembuatanya tak la susah mana rupanya,simple jew.:) boleh jugak buat colour coklat semua tapi saya lebih gemar yang berwarna -warni.lebih-lebih lagi warna yang terang-terang ..meriah jew rasa..ok lah jomm tengok resepi sama-sama.resepi ini saya CNP dari dapur kak rose my kuali.so saya kongsikan disini juga sebagai rujukan sebab akan datang memang nak buat lagi ...sebab sangat sedap..x caya....dtg sini ambil satu dan rasa...he hee hee.



KUIH LOMPANG


Bahan -Bahan

  • 110 gm tepung beras
  • 80 gm tepung ubi
  • 200 ml air
  • (Satukan dan gaul rata)

  • 250 gm gula pasir
  • 200 ml air
  • 2 helai daun pandan
  • Didihkan atas api sehingga gula larut, sejukkan sebentar

  • ½ biji kelapa parut
  • (bubuh secubit garam, gaul & kukus sebentar)
Cara-caranya
  • Satukan tepung beras dan tepung ubi. Masukkan air dikacau rata. 
  • Masak gula bersama air dan daun pandan sehingga gula larut. Biarkan sejuk sebentar. Kemudian masukkan air gula ini kedalam bancuhan tepung tadi, dikacau rata lalu ditapis.
  • Letakkan acuan kuih lompang (Chinese teacups) ke dalam kukusan. Biarkan air dalam kukusan itu mendidih. 
  • Setelah itu, tuang adunan kuih ke dalam acuan-acuan tadi sehingga 3/4 penuh. Kukus selama 8 to 10 minit. Bila dah masak, keluarkan.
  • Masukkan acuan kuih yg baru dan ulang proses mengukus sehingga adunan selesai. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum di keluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kelapa parut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang