Assalammualaikum
lama tak jengah blog,rindu sebenarnya nak menulis disini,disebabkan kekangan masa nak masuk sini rasa bercinta pulak..kerja sekolah online pun banyak sekarang..sek agama pun ada kerja sek online ..kena mengajar Muhammad buat homework..dah penat memasak ..urus kerja rumah begitu gini dah petang..
Ok aritu balik kampung tengok terung pipit rumah emak banyak berbuah..kalau dikampung ni tak ada yang makan terung pipit.emak pun tak berapa gemar nak makan.petik sikit bawak balik rumah..dalam kepala terbayang sambal..lahai sedapnya kalau dapat cicah dengan ubi kan..dah sampai rumah terus masak sambal terung pipit..nikmat rasa.
Sambal Terung Pipit Lajennn
By @zila norazila
Bahannya
Terung pipit - secukupnya
Lada merah besar 2 batang
Lada hijau besar 2 batang
Cili padi hijau - dalam 20 biji (ikut lavel kepedasan masing-masing ye)
Cili padi Thai merah - Dalam 6 biji
Bawang besar - 2 biji
Bawang Putih - 5 ulas
Sedikit belacan - jika suka (saya tak letak)
Air asam jawa - jika suka (saya tak letak)
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa
Ikan bilis - secukupnya
Caranya
Tumbuk bawang besar,bawang putih ,kesemua lada..ikutlah nak bland kasar atau tumbuk pun boleh.
Panaskan sedikit minyak,goreng ikan bilis hingga garing,angkat dan ketepikan.
Tumis bahan kisar hingga kekuningan dan kering ..tambahkan sedikit air bila dah kering,masuk terung pipit ..garam ..gula jika suka bahan perasa boleh letak juga.
dah sebati semua agak dah masak boleh angkat dan hidang..taburkan bilis goreng.
saya pun kurang gemar terung pipit. Tapi kalau sejenis yang suka terung pipit tu mesti suka gak buat sambal pedas pedas. Seronok petik hasil tanaman :)
ReplyDeleteOwhh ini terung pipit yea? Masa kecik selalu jumpa terung pipit nie tapi tak pernah makan hehehe
ReplyDeleteNampak sedap pulak selepas dibuat sambal. Makan pulak dengan nasi panas 😋😋
sedap ni, buat sambal dengan ikan bilis atau campur dengan masak lemak culi api pun mantap hehe
ReplyDeletetak pernah makan terung pipit
ReplyDeleteSedap pulak tengok sambal terung pipit Ziela tu... lama tak makan. Terungnya pun susah nak dapat sekarang.
ReplyDeleteLama tak jumpa terung pipit. Di pasar pun jarang ada.
ReplyDeleteKak Amie suka masak sambal dengan ikan bilis atau udang kering.
Azhafizah
ReplyDeletebetul bagi yang suka memang mencari terung pipit ni..masak sambal mmg ngam.
Shima Jelani
ReplyDeletememang tumbuh liar terung ni,kalau yg reti makan mmg suka.dulu masa sy kecik suka petik buat main pondok2 hihii
Syaz rahim
ReplyDeleteowhh sy tak pernh try lagi yg masak cili api..k nanti nk trylh
Darling pya
ReplyDeleteAgak kat utara tak famous terung ni,tp sebelah selatan mmg banyak ni.
Fadzillah
ReplyDeleteJarang jumpa orang jual,ada tapi bermusim dan kadang dapat yg dh kering tak cantik.
Amie
ReplyDeletekak memang susah nak jumpa jgk kt sini,tp pokok ni snang nk hidup..