Pages

Wednesday, 4 December 2019

Cuci mata dengan hasil pertanian - Karnival HPPNK 2019





Perut dah kenyang,so kami melangkah keluar bagi peluang orang lain pulak duduk dan merasa pelbagai makanan di Empayar Makanan tu pulak.
suasana kiri kanan berdepan Empayer makanan,ada deretan food truck yang menjual air fresh,ada mangga..kelapa dan kalau nak jus tembikai pun ada..disamping tu ada jugak makanan ringan seperti burger.

Lagi snap sana sini,belon besar berlogo Hppnk pun teguh disitu.nak ambik gambar sharp logo tu berpusing pulak dia ditiup angin.


Suasana sebelah kanan berdepan dengan bangunan angsana mall,orang dah start datang kesini,semakin tengahari semakin ramai nampaknya.

Bertabah nampaknya en suami dokong Muhammad,langsung dia tak nak jalan peluang besar nampaknya dengan alasan sakit perut.so kami pun masuk kew tapak pameran pertanian,walaupun pusing ala kadar jew tapi sempat jugaklah saya ambil beberapa gambar walaupun tak berapa lengkap.


 Sayur dia alahai geram betul tengok,rasa macam nak petik dan balik pergi goreng..ha haa



Diantara hasil pertanian yang menarik mata saya..dalam gambar nampak biasa jew tapi kalau tengok depan mata sebenarnya besar buah nangka,labu dan pisang tu.sure kalau korang tengok memang macam nak grab jew rasa.





Pavilion johor nie saya tak masuk jus tengok dari luar jew,ada bunga orkid dan hasil lain..nampak menarik.yang sempat tersnap tulah terung unggu,disebabkan kedudukannya disebelah luar.


  Berhenti di area buah lemon ni lama sikit,lemon dia memang besar-besar saiz gedang.en suami pun teruja tengok lama jugak dia belek dan baca info.nampak macam berminat.

Buah Gac salah satu buah yang sangat jarang kita jumpa,boleh juga dikatogerikan dalam kelompok timun atau peria sebab dalam tu berbiji.kalau di thailand diorang panggil Fak Khao senonim digunakan untuk majlis perkahwinan ataupun perayaan macamtulah.

 hasil dari buah fig

Yang ni tempoyak ikan patin dan nasi putih,nampaknya sana sini saya terjumpa orang jual ikan patin masak tempoyak.

Ada belangkas fresh disini,patutlah ramai orang kerumun saya pun mencelah jugaklah diantara orang ramai tu,mintak abang nie show close sikit sebab saya nak ambik gambar..masa abang ni angkat bergerak-gerak lagi tu..saya kalau belangkas ni kira tak berapa jakun sangat,sebab dulu dah puas makan arwah ayah rajin beli,sebab keluarga kami ada kedai runcit dan ada jugak menjual ikan maka senanglah kalau nak jumpa hasil laut macamni.cuma en suami jew yang jakun sangat..memang dia tak akan makanlah kalau belangkas ni.



1 comment:

Warisan Petani said...

Rasa tak puas pegi sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang