Pages

Tuesday, 25 May 2021

Step by step - Menganyam dan merebus ketupat Nasi

 


Sementara masih dibulan Syawal kita poslah cerita raya serba sedikit..
Disebabkan raya tahun ini tak berkumpul adik beradik maka buat jugaklah ketupat nasi untuk keluarga Bagi saya macam hilang suasana raya kalau tak jumpa ketupat..kadang tak buat tapi jiran kiri kanan ada yang memberi ..jadinya dapatlah merasa.

Kali ini terasa ada sedikit kerajinan nak buat video langkah demi langkah buat ketupat.ikutkan memang malas nak buat video yang lecehnya bahagian mengedit tu..makan dua tiga hari jugak kalau nak mengedit video ni..kadang raw video dah siap tapi mood nak mengedit tak datang..so terperap terus video..
Bab yang paling suka tengok bila ketupat siap digantung di grill tingkap macamtu..hilang rasa penat lelah menganyam sesorang..bila dah tergantung macamtu tinggal amik bila dah sejuk pastu potong..

Kali ini berbuka pada hari terakhir berpuasa siap dah hidangan ketupat dan sayur lodeh berserta rendang ayam..esoknya baru sempat buat sambal tumis udang..nak sekali arung tapi rasa tak sempat pulak,almaklumlah sambal kan kena masa betul baru rasa sedap..tak boleh nak terkejar kejar nanti jadi tak kena pulak rasa.
so dalam video ni tak dapatlah nak share sambal udang..hanya sayur lodeh dan rendang je yang inteprem.

Selit sikit gambaar raya PKP 3.0 ..buat kenangan sendiri.paling seronok tengok anak-anak bergambar..muhammad jew tak suka kalau nak suruh bergambar..paksa baru onzz.itupun ikut suka dia jewlah gaya.

Petang raya pertama kita ronda bandar jb sekejap,saja pusing-pusing nak beraya rumah orang memang tak boleh kan..walaupun jiran depan rumah ..hanya borak dari jauh je yang mampu.



Oklah itu jew cerita raya kali ini..walaupun bersama keluarga sendiri tapi tetap meriah je rasa.


ketupat Nasi 1.Beras - jangan guna beras basmathi ye..guna beras yang berkanji. 2. Isi beras yang telah dicuci pada kelongsong ketupat,isi separuh kelongsong. 3.Rebus hingga 4 jam jika guna periuk biasa.1 jam setengah jika guna prassure cooker. 4.Masuk sedikit garam semasa merebus.dah masak angkqt dan bilas guna air masak. sejukkan baru potong.

Cara membuatnya boleh semak divideo ya.

6 comments:

Aina Ina said...

selamat hari raya zila, maaf zahir batin.

Amie said...

Selamat hari raya Zila sekeluarga.
Rajin buat video. Saya dah gulung tikar hahahahaa....

mama sara nur @ Cik Nor said...

seronok zila pandai anyam daun ketupat
akak dulu jenuh belajar dgn arwah mak he hee tak juga reti2

Unknown said...

Agar-agar santan
Kari ayam tanpa santan
Santan pekat
Perniagaan santan

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Syoknya kak tengok ketupat tergantung di dapur

fairus said...

Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin...Alamak, syawal dah berakhir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang