Pages

Friday, 18 December 2020

Resepi Sambal terung pipit

 





Assalammualaikum
lama tak jengah blog,rindu sebenarnya nak menulis disini,disebabkan kekangan masa nak masuk sini rasa bercinta pulak..kerja sekolah online pun banyak sekarang..sek agama pun ada kerja sek online ..kena mengajar Muhammad buat homework..dah penat memasak ..urus kerja rumah  begitu gini dah petang..
Ok aritu balik kampung tengok terung pipit rumah emak banyak berbuah..kalau dikampung ni tak ada yang makan terung pipit.emak pun tak berapa gemar nak makan.petik sikit bawak balik rumah..dalam kepala terbayang sambal..lahai sedapnya kalau dapat cicah dengan ubi kan..dah sampai rumah terus masak sambal terung pipit..nikmat rasa.

Sambal Terung Pipit Lajennn
By @zila norazila

Bahannya
Terung pipit - secukupnya
Lada merah besar 2 batang
Lada hijau besar 2 batang
Cili padi hijau - dalam 20 biji (ikut lavel kepedasan masing-masing ye)
Cili padi Thai merah - Dalam 6 biji
Bawang besar - 2 biji
Bawang Putih - 5 ulas
Sedikit belacan - jika suka (saya tak letak)
Air asam jawa - jika suka (saya tak letak)
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa
Ikan bilis - secukupnya

Caranya
Tumbuk bawang besar,bawang putih ,kesemua lada..ikutlah nak bland kasar atau tumbuk pun boleh.
Panaskan sedikit minyak,goreng ikan bilis hingga garing,angkat dan ketepikan.
Tumis bahan kisar hingga kekuningan dan kering ..tambahkan sedikit air bila dah kering,masuk terung pipit ..garam ..gula jika suka bahan perasa boleh letak juga.
dah sebati semua agak dah masak boleh angkat dan hidang..taburkan bilis goreng.

Monday, 23 November 2020

5 kilo pakistani mango/dan cara membuat mango milkshake ala pakistan

 


Jika berpeluang ke negara Pakistan selain memburu makanan mereka jangan lupa ya mencuba buah mangga diaorang,yang dapat disimpulkan buah mangga pakistan nie merupakan antara buah mangga yang terbaik didunia.

Ianya bermusim antara Mei hingga September, terdiri daripada pelbagai jenis dan boleh dinikmati keenakannya melalui pelbagai cara.

Mangga pakistan dengan mangga malaysia nie memang berbeza sangat,kalau negara kita ada harum manis diaorang pun berbangga dengan beberapa jenis mangga yang mereka ada.Jenis mangga Pakistan
Langra
Chaunsa
Anwer Ratol
Sindhri
Dussehri


Semua jenis ni berbeza dari segi saiz dan rasa.suami bercerita kalau musim buah mango tiba semua rumah biasanya akan membeli berkilo-kilo,kira macam buat party mango..dulu masa suami memperkenalkan mango pakistan pada kami rasa tak teruja sangatlah...
sebab bagi kami alaa manga jew pun mana-mana sama je kan..tapi bila dia keluarkan dari kotak ..dan bau dia dah semerbak,memang bau wangi mango diorang ni lain sangat..bau dia lebih wangi dari mangga kita..rasa manis ..dan padat...terus jatuh cinta dengan buah mango ni.


Bila setiap tahun suami balik ke Pakistan manggo lah pesanan utama kami,berangkut suami bawak naik flight..tapi sejak ada covid nie tak dapat dah nak balik kesana,nasib ada restoran pakistan di kuala lumpur tempat biasa suami makan ada import buah mango pakistan ni.kita boronglah 5 kilo..bagi puas makan..
Selain dimakan begitu sahaja,diaorang pakistan ni suka buat milkshake dengan mango ni..termasuklah suami.


Mango Milkshake
By zila norazila
2 biji mangga masak ranum
2 sudu besar gula/ikut kemsnisan sesusi selera ok
2 cawan susu segar

Caranya
Kopek dan hiris buah mangga.sediakan blander.masukkan mangga kedalam blander,gula pasir dan susu..kisar hingga semua tercampur.
Sediakan gelas..letak ketulan ais dan tuang mangga kisar tadi.sedia dihidang

Tuesday, 17 November 2020

Penyejuk tekak - Resepi Puding Buah Naga

 


Puding Buah Naga..
Masa balik kampung aritu terpandang tiga biji buah naga di pokok rumah emak,rezeki nampaknya jarang dapat makan buah naga nie,sebab tak kena time bila balik kampung selalu buah dah tak ada..pokok buah naga emak ni isi dia merah..dia punya pekat colour tu sampai kat tangan bila potong..buat pewarna pada makanan pun elok kan buah naga nie..

Benih asal pokok naga ni hasil pemberian supplier barang di kedai runcit abang saya ,Tan nama dia..Tan nie baik selalu bagi macam-macam..batang pokok naga tu dia suruh tanam,abang bawak balik dari kedai dan bagi pada emak..emaklah yang tanam..tapi pokok tu sebenarnya kurang zat sebab terhimpit dengan pokok kelapa.
Dulu masa pokok kelapa tu tak ada buah naga nie berbuah lebat,sekarang nak berbuah macam malu-malu kucing pulak..hihii.
Buah naga nie antara buah yang kira mahal jugaklah kalau dipasaraya..sebiji tu mau lima ringgit jugak kalau yang besar sikit.so saya bawak balik tiga biji tu,dua biji buat makan macamtu je..dan sebiji lagi buat puding buah naga..saja nak buat puding sebab agar-agar tali dirumah ni macam tak terusik..takut menghampiri ke tarikh luput baik godeh buat sesuatu kan.

Resepi asal dari Facebook..tengok gambar yang dishare mengiurkan sangat,tu yang cuba buat.korang yang nak cuba buat resepi di bawah,dan boleh tonton video untuk cara membuatnya.

Puding Buah Naga
1 biji buah naga (isi merah) dipotong kecil
1 paket agar-agar bertali (20gm)
750 ml susu cair
750 ml air 
1 cawan gula kastor (Boleh kurang kan)

caranya
1.Potong agar - agar tali supaya cepat hancur.
sediakan bekas dan tuang air ,masukkan agar-agar tali tadi.biar hingga hancur .
2.Masukkan gula pasir,kacau rata.Masuk susu cair dan kacau lagi.kena kerap kacau ye supaya  puding tidak berketul.
(nak masukkan buah naga dulu pun boleh)
kacau rata .tutup api.
3.Sediakan bekas/acuan,basahkan bekas/acuan terlebih dahulu supaya puding kita mudah dikeluarkan.
4.Tuang puding,masukkan buah naga yang telah dipotong kecil.kemudian sejukkan.biar hingga mengeras.
5.Dah keras boleh potong dan hidang

Wednesday, 11 November 2020

Cara membuat Pakistani Chai/Teh tarik pakistan

 


Bersua lagi,
Dah beberapa hari tak keluar rumah,nak pergi beli barang dapur pun suruh Iqbal yang pergi beli.rasa malas pulak nak keluar sejak covid19 mengganas semula.
Dan dah dua hari Iqbal pergi ke sek collect buku yang cikgu Muhammad tak sempat nak pulangkan aritu,sebab secara tiba-tiba kan arahan PKPB keluar.

Ok hari ini nak kongsi cara buat teh tarik pakistan.
Teh tarik kita orang melayu dan teh tarik pakistan memang berbeza,kalau di pakistan diaorang akan buat teh tarik guna susu segar ..di masak di dalam periuk kecil hingga 15 atau 10 minit dan ditambah pulak dengan rempah ratus,walaupun banyak rempah ratus tapi rasanya sedap.,susah nak digambarkan tapi memang boleh diterima dengan tekak kita orang melayu.

Saya sertakan video cara nak buat teh tarik pakistan boleh rujuk di video ye kalau nak cuba buat.


Pakistani chai
By @zila_norazila

Bahan
Susu segar
Serbuk teh 3 sudu besar
Air biasa
Buah pelaga 3 biji
Cengkih 3 biji
Jintan manis 1 tsp
Kayu manis 1 btg kecil
Gula secukupnya

Caranya 
Didihkan air..bila dah menggelegak masuk buah pelaga....masuk kayu manis..cengkih,jintan manis,serbuk teh..biar lama sikit..bagi sebati.
Kemudian tambahkan susu segar..
Masukkan gula pasir...garam sikit..bagi rasa dia lemak² sikit..rasa agak manis sedang elok..boil lg lbih kurang 5 minit camtu..dh siap boleh tapis..dan hidangkan.



Saturday, 7 November 2020

Cara membuat kuih Bingka Tumis/Bengkang/kuih bakar/Lemak sedap tak lekat di acuan.

 

Salam sabtu..
tak kemana kami hari ni,biasanya sabtu dan ahad atau kadangkala jumaat memang kami akan merayap..JJCM sejak suami di KL kena PKPB tak dapatlah dia balik ke JB setiap minggu,dan khabar hari ini PKPB berlanjutan hingga empat minggu lagi..dan mungkin berakhir hingga 6 Disember 2020.
Disebabkan banyak masa dirumah hari ini lepas maghrib godehlah blog ,menulis sesuatu disini boleh juga hilangkan penat selepas seharian main masak-masak ..

Ok hari ini nak share resepi kuih bingka,diorang panggil ni bingka tumis..resepi asal dari Kakak yang berniaga di melaka..sedap bingka versi nie,saya pernah jugak share resepi bingka pandan berempah dulu disini boleh semak balik jika nak tengok resepi.
Tapi kali ini yang membezakannya cara pembuatan dia,bila dah tumis sekejap bijan tu dalam acuan memang kuih kita jadi lebih senang nak dikeluarkan,rasa sedap lemak-lemak macamtulah..lelagi saya pakai santan perah dan guna pandan asli.lagi sedap kuih kita kalau guna yang asli .


ok yang nak mencuba silakan ye.saya ada share video Youtube sekali bagi senang sesiapa yang kurang faham.

Bingka Pandan Tumis
By @zila_norazila

1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
3/4 cawan gula
3 biji telur
1 cawan air pandan (8/10 helai daun pandan)
2 atau 3 helai daun limau purut (dikisar bersama air pandan ya )
1/2 tsp serbuk kayu manis
Sedikit garam
Sedikit minyak -diletak pada acuan
Bijan hitam/putih -secukupnya

Caranya
1.Sediakan bekas..masukkan tepung gandum..gula..serbuk kayu manis dan garam..mix pakai whisk..rata.
2.Kemudian masukkan air pandan dan santan..kacau hingga sebati.masukkan telur..kacau lagi.
3.Tapis adunan..sediakan acuan..panaskan acuan atas dapur gas..letak sedikit minyak dan tabur bijan..biar srkejap.
4.Tuang adunan kedalam acuan..tunggu sekejap..tabur lagi bijan jika suka.
5.Masukkan kuih dalam oven yang telah dipanaskan dahulu.
suhu 180c bakar selama 50 minit.
6.Dah masak angkat kuih dan sejukkan baru potong ye





Sunday, 1 November 2020

'Pengat Ubi Kayu' Pengat lajenn yang lemak dan sedap..


Bersua lagi.
hari ini kebanyakkan sekolah di sekitar Johor Bahru diarahkan tutup oleh Kementrian Pendidikan Malaysia .langkah awal berjaga-jaga sebab kes covid19 semangkin meningkat di sekitar Johor Bahru dan sekeliling.Bagus jugalah tutup awal sebagai ibu bapa sebenarnya kami agak risau.
Ikutkan budak ni tak faham sangat SOP.mana yang dah fahampun kadang tak ikut inikan budak.

Bercuti start 1 November hingga 14 November dan cuti bersambung hingga 16 November sambutan Depavali dan akan dibuka semula pada 17 November..setengah bulan jugaklah kan diorang bercuti moga kes akan reda.

Oklah bukak cerita makan pulak.aritu sempat buat pengat ubi,beli ubi seketul..tapi seketul panjang rasa muai sebab panjang dan isi dia elok sangat.walaupun dah simpan beberapa hari didapur..time beli tu semangat sangat nak buat.bila ubi dah depan mata bertangguh jadi 3..4 hari terperap ubi tu.ha haaa

Pengat ubi ni sinonim makanan kami time childhood.emak rajin buat terutama time buka puasa.time nak buka tu emak letak ais ketul dalam tu..nikmat sangat masatu bila kami adik beradik seramai 7 orang makan berebut,kenangan sangat ni..

Aritu time balik kampung sempat kutip buah kelapa kering,banyak jugak hasilnya dapatlah sebakul besar..Abang long akan kopek dan letak dikedai dia.saya amik lah 4 biji bawak balik rumah sendiri..kalau nak guna hantar parut jew..sekarang upah parut kelapa 40 sen..kelap pun dah mahal kan sekarang ni..tapi masakkan yang menggunakan santan saya jarang masak dirumah ni..tu amik kelapa sikit jewlah ..

Cara buat boleh tengok video pengat ni saya ada sharekan di youtube ya.

Resepi Pengat Ubi
By zila norazila  - Youtube channel https://www.youtube.com/watch?v=MWoedcCo2qQ&t=44s&ab_channel=zilanorazila

Ubi kayu - secukupnya kopek dan potong dua atau tiga cuci bersih
Santan kelapa -secukupnya
Gula melaka - letak sedikit je,ikut suka kalau nak letak lebih pun boleh 
Gula Pasir 
Sedikit garam
Daun pandan  - simpul

Caranya
1.Rebus ubi dengan air hingga ubi lembut,jangan sampai lembik ya..nanti lebik sangat tak sedap pulak pengat kita.
2.Masuk gula melaka,tambah santan ikutlah nak kuah banyak mana ye.masuk gula pasir biasa..tambahkan sedikit garam bagi rasa dia lemak masin sikit.
3.last masuk daun pandan..biar hingga mendidik sikit..padamkan api rasa manis dia .sedia dihidangkan.

Friday, 16 October 2020

Tikka Chicken..menu pakistan



Jumpa lagi ..

Dah dua pagi mata tak mengantuk lagi..takut esok ni ada yang bangun lambat,nasib esok anak tak sekolah,boleh rehat sikit luruskan kaki.

PKPB di Kl,Selangor dan putrajaya,makanya en suami tak dapatlah balik merentas negeri.nasib Iqbal ada lagi dirumah masih sambung study online,adalah kawan sembang dan merangkap kawan gaduh..ha haa.

Nak cerita tikka ayam,menu orang pakistan.kerap jugaklah buat tikka ni dirumah..nak buat dia bukanlah susah sangat.Barang rempah dia senang nak cari..kalau malas nak adun rempah tu beli tikka chicken rempah yang dah siap pun ada jual.

senang tinggal tuang je..campurlah dengan yogurt.




Diatas tu antara bahan yang digunakan untuk perap ayam tu,,Garam masala,serbuk kunyit,serbuk cili,yogurt dan bawang putih berserta halia tumbuk.
Ayam tu potonglah dadu,masuk semua bahan kemudian perap..biasanya saya perap sehari ..baru rasa dia meresap.garam letak ye jangan lupa.

Bahan yang kita guna untuk cucuk dengan ayam tu..saya guna bawang besar ..kalau ada bawang holland pun boleh..dan lada benggala..nak merah ..kuning ..hijau pun ok je.

Lepastu cucuklah macamni,selang seli.buat sampai habis..
Dah boleh bakar..letak minyak zaitun sikit atas dia,terbalikkan biar masak sekata..kalau guna dapur arang tu lagi best bara dia sekata.


Ok dah siap ..kalau korang nak bakar lagi garing pun boleh ikut suka lah ya..biasanya orang pakistan makan ni dengan roti naan dan raita..macam tak sesuai kalau makan dengan nasi putih..tapi saya lebih suka ratah jew..kira macam makan sate gitu..hihii..oklah jumpa lagi next yer..
 

Wednesday, 7 October 2020

Nasi Lemak Royale

Test Nasi Lemak Royale Kedah..macamna rasa dia? sedap ke tak?..
First time sebenarnya masuk ke ke sini,walaupun lalu depan kedai ni tiap minggu tapi belum tergerak lagi nak mencuba,so hari Ahad haritu kita kasi jadi lah..Mirip nasi kandar jugak..nasi lemak yang berwarna kuning...oo patutlah di panggil Royale,sebab nasi tu berwarna kuning keemasan.

Suasana masih sama,cek suhu scan ..entah bila akan berakhir..


Suasana dalam kedai,bersih ..mungkin tempat masih baru lagi.jadi semuanya nampak bersih jew..sedap mata memandang.
Kudapan ringan pun ada.Buat kunyah depan tv memang elok ni,selain itu kuih muih pun banyak anika talam.Maaflah sebab tak amik pulak gambar,sebab amik video ..so kelam kabut nak setting..hihii
Ni dia ..
tuan tanah punya,saya try ikan..tak banyak pilihan ikan hanya kepala ikan Bawal je yang ada.Selebihnya banyak kepada ayam dan daging...dan peria goreng,tapi tak krukkk krukk peria ni..rasa sedap tapi kalau dapat yang rangup lagi sedap.
Iqbal ambik sayur kobis goreng style mamak dan telur ikan.Dia ingatkan sotong goreng..hihii memang susah nak cam rupa lebih kurang je .
Dua lagi tu Muhammad dan En suami yang punya,satu berlaukkan Ayam goreng dan satu lagi ayam goreng dan kobis goreng.
Order air fresh orange dan teh ais dua.
Nasi lemak Royale ni bukan macam nasi lemak kita orang melayu tu,yang nie macam lemak dia sedang jew..light-light macamtulah.
Lepastu dia akan ceduk beberapa jenis kuah campur atas nasi.yang saya punya tu hanya 2 kuah jew..
En suami tambah roti telur sekeping,saja dia nak test roti canai dia sedap ke tak.
Harga seperti tertera diatas.selain Nasi Lemak royale ada bermacam stall disini,banyak pilihan kalau teringin nak makan lontong pun ada.


 

Tuesday, 22 September 2020

Bingka Ubi Nyonya yang lembut dan wajip dicuba


Kalau dikampung sebut je nak cari ubi memang senang je nak dapat.
Jiran emak dikampung memang menanam ubi secara komisal,kalau terasa nak makan ubi rebus pergi je kerumah dia..beli dalam 3rm atau 5rm dah puas sangat dapat makan.ubi baru cabut rasa dia memang lain..masih segar tak masuk angin.
Hasil olahan dari ubi yang kami beli dengan jiran emak.maka terhasillah bingka ubi.bukan satu perkara mudah nak bersemangat memarut ubi.kerah tenaga Muhammad suruh dia tolong parut.Budak-budak kalau ada benda baru macam tak pernah dibuat memang rasa seronok nak menolong.

Bersemangat Muhammad memarut..hasil kerja anak ni kena selalu dihargai kan.abadikan gambar dia memarut ubi disini,nanti dah besar boleh dia tengok balik gambar ni..hi hiik.

Resepi asal bingka ubi ni dari dapur che mat..tapi saya copy resepi dari dapur kak fha.korang boleh cuba memang sedap ..lembut sangat.buat kuih ni masa saya dikampung mak pun cakap sedap sangat.berketul jugak dia makan.kalau family ramai gandakan resepi tu ya.sebab ikut resepi ni hasil dia sikit jew.


Bingka Ubi Nyonya

Bahan A

500 gram 'parutan' ubi kayu

180 gram gula halus

1/2 camca teh garam

70 gram kelapa parut putih

250 ml santan pekat - jika guna santan kotak 200 ml, sila tambah air biasa 50 ml

2 biji telur gred A

2 camca teh esen vanilla

2 camca besar 'penuh bun-bun' mentega

1/4 camca teh pewarna kuning makanan


Bahan B

Loyang/Tin pembakar (8 inci X 8 inci x 3 inci) 

Alumium foil - tak pakai pun boleh


Caranya

1. Panaskan oven pada suhu 190C , Api atas, bawah dan tanpa kipas.

2. Cairkan mentega dan biarkan ia sejuk pada suhu bilik. Ketepikan.

3. Lenser tin pembakar dengan mentega, alas dengan aluminium foil dan biarkan berlebih pada bahagian kanan dan kiri tin. (Tujuannya ialah bila kuih masak, senang nak tanggalkan kuih dari tin). Lenser kan juga aluminium foil tadi. Ketepikan.

3. Dalam satu bekas, masukkan kelapa parut, garam dan ubi parut, kacau hingga rata dan ketepikan.

4. Sementara itu dalam bekas lain, masukkan gula dan telur. Kacau dengan whisk hingga sebati dan berkrim.

5. Tuang santan pekat dan kacau rata.

6. Masukkan bancuhan ubi parut tadi, gaul hingga sebati.

7. Masukkan pewarna kuning makanan, esen vanilla dan mentega cair. Gaul hingga rata dan sebati.

8. Sementara itu masukkan Loyang/Tin pembakar (kosong)  ke dalam oven dan biarkan  ia panas selama 10 minit.

9. Berhati2 keluarkan tin dari oven dan curah bancuhan kuih bingka ubi ke dalamnya. Ratakan dan masukkan kembali ke dalam oven.

10. Bakar selama 55 minit hingga 1 jam atau hingga permukaan kuih kelihatan kering keperangan. Uji dengan mencucuk lidi sate pada bahagian tengah kuih, jika keluarnya bersih, tanda kuih anda cukup masak.

Untuk mendapat permukaan kuih yang keperangan, tukar fungsi api oven pada 'grill' (api atas saja dan tanpa kipas). Bakar untuk 5 - 8 minit lagi. * Jangan tinggal untuk mengelakkan ia hangus !!!!

11. Sejukkan kuih sebelum dipotong.  Kek akan lekang dari tin pembakar apabila ia berada pada suhu bilik.


Wednesday, 9 September 2020

Lepat ubi ke Belebat ubi ni..

Assalammualikum

9/9/2020

Lama kan tak bersiaran..moga kawan blog semua sihat ye.saya beberapa hari ni sebenarnya tak berapa sihat.batuk dan selsema kemudia membaw ke demam.cuaca panas dan hujan yang tak menentu menjadikan badan pun dah tak menentu..hihii.

Bercinta rasanya nak menulis disini bila dah start malas,masak tu memanglah tiap hari masak..kadang nak snap gambar pun malas..nak try snap gambar pakai mobil tapi macam tak reti lagi pulak..nak kena ambik masa study sikit ambik gambar guna mobile.



Lepat ubi,makan laju jew ..nak membuatnya macam leceh..sebab saya lebih suka memarut ubi guna stail orang lama,baru puasati..kalau guna blander macam serat ubi tu hilang..lari sikit nak feeling macam makan macam zaman chilhood dulu ..ecehhh 

Buat lepat ubi ni masa di kampung time PKP..timetukan rancak sangat orang memasakkan..bila masing-masing terkurung memasak adalah aktiviti paling membahagikan bila ada masa terluang..kan,

oklah jom semak resepi lepat/belebat ubi..ikut orang jugak kan ..ada yang panggil belebat.


Lepat Ubi /Belebat Ubi

Bahan

4 cawan ubi parut

1 1/2 cwn kelapa parut (putihnya saja)

1/4 cwn santan pekat

1 1/2 cwn gula pasir

2 sudu besar tpng ubi

1 cwn gula merah*

1/2 cwn air*

2 helai daun pandan, simpulkan* (*bahan yg perlu dimasak,sejukkan dulu dan tapiskan)

secubit garam

Daun pisang secukupnya,-di layurkan dan lapkan bersih

Caranya

1.Buang kulit ubi, bersihkan dan potong kecil. Buang sekali empulurnya dan parut.

2.Setelah siap, ambil kanji yg terdapat pada air tos ubi tadi(yg keras dibawah dan airnya di buang).

3.Satukan kanji ubi bersama ubi kisar tadi dan gaul sebati.

4.Masukkan kelapa parut, garam, gula pasir, santan pekat, tpng ubi dan air gula merah yg telah ditapis tadi.

Gaul rata semuanya dan ketepikan dulu.

5.Ambil daun pisang bersih tadi dan sudukan 2 sudu besar ke atas daun. Lipatkan kanan kiri dan bungkus dngn kemas. Bungkus sehingga habis adunannya.

6.Kukus lepat ubi selama 40 minit dngan api sederhana kuat.

Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dihidangkan.



 

Tuesday, 4 August 2020

Nasi Kabsa Ayam - sedapnya makan dalam dulang.



Selasa
Pejam celik dah bulan Ogos,bila anak dah mula sekolah mak mulalah sibuk sikit.ada masa terluang kita update disini.
Nasi Kabsa,kali ini kami guna beras Basmathi cap Rambutan hasil collaboration dengan Syarikat beras cap rambutan,pertama kali guna beras jenama ni,biasa kalau memasak dirumah memang kami guna beras basmathi sepenuhnya tapi guna jenama lain.
Beras basmathi PusaKing Parboiled dari Cap Rambutan ni beras dia panjang,memang sesuai kalau dibuat nasi berperisa.
Gambar dekat macamni beras dia.



Bila dah ada beras ni mulalah kepala memikir nak masak nasi apa,biasanya memang menu pakistan Pulao menjadi hidangan kebiasaan kami sekeluarga,Iqbal cadangkan nasi Kabsa sebab dah lama katanya tak buat sendiri dirumah.oklah memenuhi permintaan anak-anak maka terhasillah nasi kabsa.

Diatas tu antara bahan yang saya gunakan untuk buat nasi kabsa,kalau korang nak guna rempah yang ready made pun boleh.sekarangkan dah banyak yang jual.
Kalau rajin makan ke restoran arab pasti setiap resepi nasi Kabsa diorang ni berbeza-beza,ada yang sedikit merah..ada yang sedikit kemerahan.saya lebih suka yang kemerahan sedikit.bagi tekak kami rasa dia lagi sedap.
Ok siapa yang nak cuba buat resepi saya sertakan sekali,cara buat ada di Youtube channel saya zila norazila,link dibawah ye.







Chicken Kabsa
By @zila_norazila
Video cara buat boleh ke YouTube channel zila norazila 

1 biji bawang besar didadu
5 ulas bawang putih didadu
Penumis 4 sekawan
1 biji tomato didadu
2 helai daun bay
2 tbs tomato paste
3/4 ekor ayam
3 cawan beras
Garam secukupnya
Kiub pati ayam
2 batang cili hijau

Bahan rempah
1 tsp serbuk kunyit
1 tsp serbuk ketumbar
1 tsp jintan putih
1 tsp serbuk cili
1 tsp curry powder
1 tsp serbuk lada hitam

Oil dan butter/ ghee
Caranya
1.Panaskan minyak dan butter.tumis bawang putih dan merah..masuk empat sekawan dan daun bay...bila bawang dah agak kekuningan masuk ayam..
2.Tuang air..air tu ikut pada sukatan beras ye.masukkan bahan rempah,tomato paste ..dan tomato ..serta kiub ayam dan sedikit garam..tutup periuk biar ayam masak sempurna.
3.keluarkan ayam dan toskan..masukkan beras dan cili hijau kedalam air rebusan ayam dan masak nasi seperti biasa.
4.sediakan ayam..lumur ayam dengan minyak zaitun..tabur paprika dan lada hitam..letak sedikit garam jika suka.
5.Bakar ayam dalam oven 200c hingga ayam keperangan.
6.Nasi dah masak boleh hidang dengan ayam...dan sambal

Sambal
Daun ketumbar..cili padi..1 biji tomato ..2 biji bawang putih.air perahan limau dan sedikit garam.
Kisar semua bahan,siap dihidang bersama nasi kabsa.