Pages

Wednesday, 26 April 2017

Karipap Pusing versi guna minyak

 Assalammualaikum
bersua lagi hari ini.beberapa hari lepas zila sempat buat karipap pusing..lama sangat-sangat sebenarnya zila tak buat karipap pusing ni..last buat pada january 2k14..lama kan..biasa bila teringin zila suka beli di pasar malam kawasan tempat kerja zila dulu..kali ini terpangil sangat nak buat karipap pusing sebab resepi yang dikongsikan kak esah kitchen difacebook yang menggunakan minyak ..biasanya zila buat guna majerin dan shortenng boleh semak di SINI untuk karipap pusing versi yang zila guna majerin dan shortening.

untuk resepi kak esah cuma pakai anggaran dan gambar step by step je tak ada sukatan tetap..biasalah kak esah meniaga karipap pusing memang kalau orang meniaga tak main timbang-timbang dah ..lagipun dah hari-hari buat karipap pusing mesti dah cekap mengolah keadaan doh yang diperlukan.
untuk percubaan pertama zila pun main agak-agak jugaklah..tapi zila gunakan cawan senang nak rujuk balik resepi yang zila pernah cuba tu nanti.jadi elok layer karipap tu..rasa pun ok ..biasalah karipap pusing ni kalau makan banyak memang kita rasa muak sikit kan..tapi keseluruhannya doh ok..goreng pun tak terbukak.
oklah pada sesiapa yang nak cuba karipap pusing versi yang guna minyak zila kongsikan disini sebagai rujukkan diri sendiri.

Karipap Pusing
Bahan doh A 
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak masak - tambahkan sedikit lagi minyak jika doh masih kurang lembut

Cara
Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan. Bulatkan kecil mengikut besar karipap yang diingini dan ketepikan. 

Bahan doh B
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak 
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
 Air secukupnya anggaran hingga doh tidak melekat ditangan - air jangan terlalu kurang biar doh lembut sedikit nanti senang nak diolah.

Cara

  1. Campurkan kesemua bahan B dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan. Doh di bahagi kecil dan dibulatkan.
  2. Gelekan satu bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan satu bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh-doh seterusnya.
  3. Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis
  4. Kemudian gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.



 Doh A sebelah depan dan doh B sebelah belakang. buat doh B biar agak lembut sedikit senang nak olah.


 Doh A dan B  yang telah dibulat-bulatkan kecil.yang ini agak-agaklah nak besar mana ye.doh ni kena selalu ditutup dengan kain sebab doh cepat kering.masukkan doh A kedalam B dan bulat-bulatkan.

Gelek adunan yang telah dibulatkan memanjang.jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat agak-agaklah ketebalannya tu.kemudian gulung sampai hujung.


 Selepas digulung jadilah macamtu kemudian gelek memanjang lagi jangan tebal dan nipis sangat.

 Kemudian gulung lagi seperti gambar diatas.gulung sampai hujung.


 Potong doh  menjadi 4 bahagian atau lebih ..lebihan tepi tu lipat ketengah tujuannya untuk jadikan penyokong jangan terbukak nanti.terbalikkan dan tekan-tekan sedikit permukaan dengan tangan baru gelek dengan roller.bahagian layer yang cantik pastikan disebelah luar.bahagian dalam tu letak yang terlipat tadi.
masukkan inti,sapukan sedikit air pada keliling doh dan tekan sedikit.. kelim guna tangan..yang tak tau nak kelim tangan boleh guna acuan karipap.kemudian goreng.


Last jadilah karipap pusing versi minyak ..itulah hasilnya seperti dalam gambar diatas.sesiapa dah cuba tapi tak jadi jugak janganlah salahkan resepi ..sebab karipap pusing ni memang sangat rumit sikit nak membuatnya..jangan putus asa kadang-kadang ada kesilapan pada kita gelek doh ..cuba dan terus cuba pasti dapat apa yang kita ingin kan tu..insyaallah next zila nak cuba karipap pusing versi guna tepung jagung pulak..nanti kalau jadi zila share disini ye.ok jumpa lagi .

Wednesday, 19 April 2017

Donut inti cheese


Bersua lagi..
beberapa hari ini zila agak sibuk..nak ambik gambar masakan pun tersangkut-sangkut..bukan tak masak..acara masak-masak masih seperti biasa..lagipun emak zila minggu ini seminggu duduk rumah zila jadi memasak tu memang wajip.

seronok bila ada orang datang kerumah..time itulah nak masak semua menu yang kita rasa sedap..kasi diorang cuba dan rasa hasil air tangan kita kan..mak zila teringin nak makan donut katanya..dah dua hari dia sebut kalau ada donut petang-petang kan best..tapi hari ini baru berkesempatan zila buat kan untuk emak..lepas balik dari pasar borong terus bergegas keluarkan tepung roti nasib ada lagi tepung tu dalam setengah kilo..muai dapat berbiji-biji..

zila timbang setiap satu 40 gram..isi dengan slice cheese untuk muhammad..dan separuh lagi zila tabur gula..separuh zila buat donut versi bakar .jadi dapatlah berbagai rasa dalam satu adunan..zila makan sebiji je untuk rasa..ikutkan zila memang bukan penggemar donut.tapi anak zila memang fav donut mungkin tarikan gula tu yang membuatkan diorang suka.jom semak resepi donut yang biasa zila guna.


Donut inti cheese
0leh - zila_ norazila

500 gram tepung roti atau
(400 gram tepung roti 100 gram tepung gandum)
50 gram susu tepung
50 gram gula pasir
11 gram yis kering
4 biji kuning telur
200 ml air biasa
1/2 sdt garam
80 gram majerin

Bahan inti - slice cheese secukupnya
salutan - gula aising secukupnya

caranya
campurkan kesemua bahan kedalam mixer kecuali majerin dan garam mix rata.kemudian masukkan majerin dan garam.mix lagi sampai menjadi doh yang elastik.

keluarkan doh dari mixer dan uli sekejap.rehatkan doh lebih kurang setengah jam atau mengembang dua kali ganda.kemudian tumbuk doh dan uli sekejap..timbang 40 gram setiap satu ..masukkan slice cheese dan bulat2kan..tekan sedikit bahagian atas doh.susun diatas loyang yang ditabur sedikit tepung.

rehatkan 10 minit ..kemudian goreng dan tabur gula aising diatasnya.untuk donut biasa lubangkan tengah dengan jari kemudian goreng.

Friday, 14 April 2017

Kuih Lompang lesung pipit preity zinta


Assalammualaikum
hai semua salam jumaat..dah lama tak muncul dengan menu masakkan kan..asik share masakkan di instagram je hampir terlupa nak update blog..hari jumaat yang mulia ni  rasa terpanggil pulak nak menulis blog.

apa khabar sahabat blogger semua..moga sihat dah sarapan ke belum tu..hari ni zila belum ada plan nak masak apa..jengah peti ais banyak kali tapi ikan daging ..ayam semua stock dah habis rasa malas pulak nak pergi pasar.tengoklah kalau rajin cari lauk kalau malas lauk sadin jer lah ..tulah jalan penyelamat kalau mood malas melanda.

ok hari ini nak share resepi kuih lompang ..tiba-tiba tekak teringin sangat nak makan kuih lompang pandan.mungkin sebab stok daun pandan banyak kt rumah hasil bawak dari kampung aritu..kali ini hapi sangat sebab kuih lompang semuanya senyum molek..lesung pipit pun lekuk dalam macam pretty zinta..kalau kt malaysia macam nurul suhada nurul ain ha haa haa..betul kan.
kali ini zila guna resepi kak fha selemak santan..sebab kak fha guna setengah adunan tu yang zila suka memandangkan kami dirumah hanya bertiga..kalau en suami ada pun memang dia tak makan kuih melayu ni ..kurang suka katanya..tak apalah janji saya suka dah la kan..



Kuih Lompang Pandan
oleh : zila norazila
Bahan A
1/2 cawan gula putih
1 cawan air

Bahan B 
1 1/4 cawan tepung beras (cap 3 gajah)
1/4 cawan tepung ubi atau tepung sago (saya guna tepung ubi)
1 cawan air + 5 helai daun pandan (diblend dan ditapis)
1 sudu teh air kapur

Bahan C (Gaulkan dan kukus sebentar) 
sedikit kelapa parut (putih sahaja)
Sedikit garam


Caranya
1. Masak bahan A hingga gula larut dan tapis.
2. Satukan bahan B dan sebatikan. 
Kemudian tuangkan bahan A (Kak Wan sejukkan dahulu tetapi saya masukkan panas-panas) dan gaul sehingga rata,  kemudian ditapis lagi.
3. Celupkan jari, jika melekat pada jari, bolehlah digunakan. 
4. Panaskan pengukus dan acuan lompang (Pastikan acuan betul betul panas untuk mengelakkan lompang melekat pada acuan. Oleh itu panaskan acuan 10 minit 'kiraan dari masa air mendidih').zila sapu sedikit minyak pada acuan lompang.
5. Tuang adunan ke dalam mangkuk lompang keparas bibir acuan untuk mendapatkan kuih yang cantik.
6. Alaskan tudung pengukus dengan tuala, sebelum menutup tudung untuk mengelakkan air jatuh keatas kuih.
7. Kukus selama 25-30 minit.
8. Setelah masak biarkan sejuk dan keluarkan lompang.  
Untuk mengeluarkan lompang dari acuan, gunakan pencukil gigi dan cungkil secara lembut supya kuih tidak rosak.
9. Hidang dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

*zila dah cuba guna acuan lompang yang merah ..letak penuh hingga ke bibir lekuk cantik halus dan dalam..tapi agak besar hasil kuih tu..zila lebih suka lompang yang kecik2 sikit..zila try isi separuh bila keluarkan hasil pun sama lekuk dalam dan melebar sedikit lekuknya.
kalau pakai acuan ceramic macam zila tu pun senang..kecik2 je..kalau ada pakai tu lagi cantik..