Assalammualaikum
hai semua salam jumaat..dah lama tak muncul dengan menu masakkan kan..asik share masakkan di instagram je hampir terlupa nak update blog..hari jumaat yang mulia ni rasa terpanggil pulak nak menulis blog.
apa khabar sahabat blogger semua..moga sihat dah sarapan ke belum tu..hari ni zila belum ada plan nak masak apa..jengah peti ais banyak kali tapi ikan daging ..ayam semua stock dah habis rasa malas pulak nak pergi pasar.tengoklah kalau rajin cari lauk kalau malas lauk sadin jer lah ..tulah jalan penyelamat kalau mood malas melanda.
ok hari ini nak share resepi kuih lompang ..tiba-tiba tekak teringin sangat nak makan kuih lompang pandan.mungkin sebab stok daun pandan banyak kt rumah hasil bawak dari kampung aritu..kali ini hapi sangat sebab kuih lompang semuanya senyum molek..lesung pipit pun lekuk dalam macam pretty zinta..kalau kt malaysia macam nurul suhada nurul ain ha haa haa..betul kan.
kali ini zila guna resepi kak fha selemak santan..sebab kak fha guna setengah adunan tu yang zila suka memandangkan kami dirumah hanya bertiga..kalau en suami ada pun memang dia tak makan kuih melayu ni ..kurang suka katanya..tak apalah janji saya suka dah la kan..
Kuih Lompang Pandan
oleh : zila norazila
Bahan A
1/2 cawan gula putih
1 cawan air
Bahan B
1 1/4 cawan tepung beras (cap 3 gajah)
1/4 cawan tepung ubi atau tepung sago (saya guna tepung ubi)
1 cawan air + 5 helai daun pandan (diblend dan ditapis)
1 sudu teh air kapur
Bahan C (Gaulkan dan kukus sebentar)
sedikit kelapa parut (putih sahaja)
Sedikit garam
Caranya
1. Masak bahan A hingga gula larut dan tapis.
2. Satukan bahan B dan sebatikan.
Kemudian tuangkan bahan A (Kak Wan sejukkan dahulu tetapi saya masukkan panas-panas) dan gaul sehingga rata, kemudian ditapis lagi.
3. Celupkan jari, jika melekat pada jari, bolehlah digunakan.
4. Panaskan pengukus dan acuan lompang (Pastikan acuan betul betul panas untuk mengelakkan lompang melekat pada acuan. Oleh itu panaskan acuan 10 minit 'kiraan dari masa air mendidih').zila sapu sedikit minyak pada acuan lompang.
5. Tuang adunan ke dalam mangkuk lompang keparas bibir acuan untuk mendapatkan kuih yang cantik.
6. Alaskan tudung pengukus dengan tuala, sebelum menutup tudung untuk mengelakkan air jatuh keatas kuih.
7. Kukus selama 25-30 minit.
8. Setelah masak biarkan sejuk dan keluarkan lompang.
Untuk mengeluarkan lompang dari acuan, gunakan pencukil gigi dan cungkil secara lembut supya kuih tidak rosak.
9. Hidang dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
*zila dah cuba guna acuan lompang yang merah ..letak penuh hingga ke bibir lekuk cantik halus dan dalam..tapi agak besar hasil kuih tu..zila lebih suka lompang yang kecik2 sikit..zila try isi separuh bila keluarkan hasil pun sama lekuk dalam dan melebar sedikit lekuknya.
kalau pakai acuan ceramic macam zila tu pun senang..kecik2 je..kalau ada pakai tu lagi cantik..
Assalam zila...
ReplyDeleteAdes tergelak tau kita baca tajuk tu...mmg xleh blah la..
Comey sungguh haih lekuk lesung pipit si zinta yang pretty tu hahaaa
wsalam..ha haaa nama x boleh blah kan ..sesaja lina bagi nama tengs jengah blog zila yg tenggelam timbul ni ..
ReplyDeleteTak jumpa acuan lompang kaca ni, kalau yg plastik merah tu ada
ReplyDelete