bersua lagi hari ini.beberapa hari lepas zila sempat buat karipap pusing..lama sangat-sangat sebenarnya zila tak buat karipap pusing ni..last buat pada january 2k14..lama kan..biasa bila teringin zila suka beli di pasar malam kawasan tempat kerja zila dulu..kali ini terpangil sangat nak buat karipap pusing sebab resepi yang dikongsikan kak esah kitchen difacebook yang menggunakan minyak ..biasanya zila buat guna majerin dan shortenng boleh semak di SINI untuk karipap pusing versi yang zila guna majerin dan shortening.
untuk resepi kak esah cuma pakai anggaran dan gambar step by step je tak ada sukatan tetap..biasalah kak esah meniaga karipap pusing memang kalau orang meniaga tak main timbang-timbang dah ..lagipun dah hari-hari buat karipap pusing mesti dah cekap mengolah keadaan doh yang diperlukan.
untuk percubaan pertama zila pun main agak-agak jugaklah..tapi zila gunakan cawan senang nak rujuk balik resepi yang zila pernah cuba tu nanti.jadi elok layer karipap tu..rasa pun ok ..biasalah karipap pusing ni kalau makan banyak memang kita rasa muak sikit kan..tapi keseluruhannya doh ok..goreng pun tak terbukak.
oklah pada sesiapa yang nak cuba karipap pusing versi yang guna minyak zila kongsikan disini sebagai rujukkan diri sendiri.
Karipap Pusing
Bahan doh A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak masak - tambahkan sedikit lagi minyak jika doh masih kurang lembut
Cara
Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan. Bulatkan kecil mengikut besar karipap yang diingini dan ketepikan.
Bahan doh B
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
Air secukupnya anggaran hingga doh tidak melekat ditangan - air jangan terlalu kurang biar doh lembut sedikit nanti senang nak diolah.
Cara
Doh A sebelah depan dan doh B sebelah belakang. buat doh B biar agak lembut sedikit senang nak olah.

- Campurkan kesemua bahan B dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan. Doh di bahagi kecil dan dibulatkan.
- Gelekan satu bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan satu bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh-doh seterusnya.
- Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis
- Kemudian gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.
Doh A sebelah depan dan doh B sebelah belakang. buat doh B biar agak lembut sedikit senang nak olah.
Doh A dan B yang telah dibulat-bulatkan kecil.yang ini agak-agaklah nak besar mana ye.doh ni kena selalu ditutup dengan kain sebab doh cepat kering.masukkan doh A kedalam B dan bulat-bulatkan.
Gelek adunan yang telah dibulatkan memanjang.jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat agak-agaklah ketebalannya tu.kemudian gulung sampai hujung.
Selepas digulung jadilah macamtu kemudian gelek memanjang lagi jangan tebal dan nipis sangat.
Kemudian gulung lagi seperti gambar diatas.gulung sampai hujung.
Potong doh menjadi 4 bahagian atau lebih ..lebihan tepi tu lipat ketengah tujuannya untuk jadikan penyokong jangan terbukak nanti.terbalikkan dan tekan-tekan sedikit permukaan dengan tangan baru gelek dengan roller.bahagian layer yang cantik pastikan disebelah luar.bahagian dalam tu letak yang terlipat tadi.
masukkan inti,sapukan sedikit air pada keliling doh dan tekan sedikit.. kelim guna tangan..yang tak tau nak kelim tangan boleh guna acuan karipap.kemudian goreng.
Last jadilah karipap pusing versi minyak ..itulah hasilnya seperti dalam gambar diatas.sesiapa dah cuba tapi tak jadi jugak janganlah salahkan resepi ..sebab karipap pusing ni memang sangat rumit sikit nak membuatnya..jangan putus asa kadang-kadang ada kesilapan pada kita gelek doh ..cuba dan terus cuba pasti dapat apa yang kita ingin kan tu..insyaallah next zila nak cuba karipap pusing versi guna tepung jagung pulak..nanti kalau jadi zila share disini ye.ok jumpa lagi .
rasa2 akak lah, akak buat karipap pusing ni kot zaman anak dara kot. heeeeee.. tolong mak buat ni..
ReplyDeletenow, jangan harap. packet beli je lah..
Kita pun last 2k14 ..nilh baru buat lg kak..ank yg kecik ni suka plk karipap pusing..
Deletesedapnya nampak karipap pusing ni..
ReplyDeleteTq zura..tp klu mkn byk muak lah..elok lg kripap biasa tu..
DeleteMohon share..terima kasih
ReplyDeletereplica bags nyc click here now a4o78l0e48 best replica bags online 2018 Discover More Here a7c28x3j69 aaa replica bags replica bags philippines wholesale b6h13d6x98 replica bags in london gucci replica a6n66b1i45 replica bags in dubai
ReplyDeleteTerima kasih kongsi resepi. Mohon share.semoga sentiasa dirahmati Allah
ReplyDelete