Bertemu lagi hari ini.cheese cake simple yang zila buat sempena birthday suami yang jatuh pada hari rabu 24.04 yang lalu..oleh kerana hari itu hari bekerja zila tak sempat nak buat apa-apa pun.kebetulan kami berdua mengambil cuti untuk menyelesaikan urusan di imigresen so nak masak-masak dirumah memang tak sempat.
untuk kek birthday kali ini zila memang dah plan tak nak buat kek yang ada icing..bukannya apa rasa macam malas pulak nak godeh-godeh..he hhee..mood kelaut nie.zila ambil resepi ini dari dapur kak ita nampak sangat-sangat sedap,dan seri kandi pun dah cuba juga..bila seri kata memang urrmmm..zila menjadi bertambah yakin kesedapannya..
untuk base kek ini zila gantikan dengan biskut marie,pakai mana yang ada stock dirumah.untuk caramel zila buat 2 versi satu lagi zila campurkan perasa oren sunquick rasa masam-masam sikit dan satu lagi sama macam resepi kak ita.
caramel tue zila tak curahkan sepenuhnya atas kek,sebab dirumah nie ada yang tak suka manis-manis..so bila nak menghidang jew zila curahkan caramel.
zila tak sempat nak masukkan dalam peti ais,siap caramel terus potong kek dan curah..h ehhee sebab suami tak sabar nak potong dan rasa.
Pada sesiapa yang tak pernah buat memang kena cuba jugak.rasanya memang sangat-sangat sedap..dah makan sekali memang nak makan lagi..suami kata next time buat lagi ..anak pun puji kata sedap..
Lapisan Bawah
1 1/2 cawan biskut Oreo / Marie / Tiger
5 sudu besar mentega cairkan
Biskut di hancurkan. Boleh juga gunakan campuran biskut, antara biskut Oreo dan biskut Marie atau sebaliknya.
Satukan biskut dan mentega
Letakkan dalam loyang spring form pan ukuran 8 inc
Alas dasar loyang terlebih dahulu dengan kertas minyak
Padatkan biskut dalam loyang
Boleh padatkan pada dasar loyang sahaja, atau pada sekeliling loyang juga
Simpan dalam peti ais sebentar anggaran 1 jam
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 15 minit atau sehingga biskut merenggang sedikit dari loyang.
Biarkan sejuk tapi jangan keluarkan dari loyang. Biarkan ia sejuk dalam loyang
250 gm krim cheese ~ suhu bilik
150 gm gula perang
30 gm mentega ~ dicairkan
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Pukul cream cheese dan gula perang hingga lembut
Tambahkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul
Tambahkan mentega cair dan esen vanilla dan pukul rata
Tuang dalam loyang yang terdapat biskut tadi.
Balut loyang dengan kertas aluminium foil tapi jangan tutup permukaan loyang
Letakkan loyang dalam loyang lain yang lebih besar
Isikan air panas dalam loyang yang besar, jangan sampai loyang kek terapung.
Bakar secara bain marie ini pada suhu 170 C selama 1 jam 15 minit
Bakar guna api atas dan bawah
1 1/2 cawan gula ~ kurangkan
1/4 cawan air
1/2 sudu teh jus lemon
1 cawan krim tenusu Dairy Whipping Cream / heavy cream
15 gm mentega
Masak gula, air dan lemon hingga keperangan
Kemudian tambahkan krim tenusu dan kacau hingga ia pekat
Tambahkan mentega dan kacau hingga ia berkilat
Biarkan ia suam
Tuangkan atas cheese cake tadi
Simpan dalam peti ais hingga dingin
Hiaskan dengan coklat Tofee
Akak dah agak lama tak buat cheese cake. Rasa macam nak buat juga sehari dua ni.
ReplyDeleteuh uh kak norazila kaya dengan keju....meleleh nengok
ReplyDeleteYum...yum...sungguh kutergoda...sedapnya zila..nak lak tengok tang meleleh tu ho..ho..
ReplyDeleteYummy..! yummy..! yummy..!!!
ReplyDeleteAssallamualaikum Zila..
ReplyDeleteBoleh masuk list ni utk bday anak sulung mggu dpn. Dia dh request nk cheese cake...
dahlah sedap, senang pulak tu nak buatnya, kannnn...
ReplyDeletebetul tu...kek ni mmg sedap. tak rugi cuba...
ReplyDeletewahhh...untung la suami ko isteri masak kek special utk birthday..hehehe...hepy besday utk wasim, jeles tau org ada kek besday aku xde...waaaa!!
ReplyDeletewow kak,ini menu tangkap leleh...tunggu next,next dan next utk dicuba...
ReplyDeleteSalam zila sayang,
ReplyDeletesedapnya nampak kek ni cuma belum sempat buat lagi..tunggu cuti la...
Walau nampak senang buat kakak tetap kena abmbil masa kalau nak buat Zila. Memang nampak sedap. Kakak pun suka kek yg tak ada cream..
ReplyDeletenyum!! dh lama xmakan cheese cake. nmpk hersyes kises ingatkan ada masuk dlm kek jugak. hihi
ReplyDeleteOh....great combo caramel dgn cis tu....tetiba rasa nk cari sampai jumpa mana eh saya letak spring form....hegege
ReplyDeleteSedap betul tengok cheese.... Yummy nyer
ReplyDeleteHappy belated birthday untuk hubby dia... moga bahagian menjadi milik bersama hingga ke syurga!
ReplyDeleteTumpang sepotong ye tofee cheese cakenya yang sangat sedap tu!
salam zila,
ReplyDeletekek ni nampak sedaap..
Happy Belated Bday buat hubby nya Zilla. Wishing him all the best.. ;)
ReplyDeletengecess lah tengok cheese cake nya, sememang nya nampak sedap, never go wrong with cheese cake..hehe
Salam kak zila lama x singgah dapur kak zila ni sihat ke ... sedap nya toffe cheesee cake ni memang mudah buatnya... ..
ReplyDeleteMemang mengoda dan nampak sedap sangat. kalau dekat dah lama mintak sepotong...:)
ReplyDeletesedap nampak.. menggoda sangat.. dan sangat2 menggoda teknik shoot tu.. wahhhhh.. sonok layan berkali2 ni.. cantek sangat shoot pics ni..
ReplyDeleteAslmkum Zila
ReplyDeletemoga sihat ceria.
nengok toffee cheese cake itu...yummynya..kalau dpt sepotong...tak 2 potong rasa...bestnya...
happy belated bday buat husben Zila.
nampak mengancam sgtlah kek tu zila... lama juga akak tak buat something menggunakan cream cheese...
ReplyDeletelelehan topingnya sungguh bikin air liur menetes zila. bisa dibayangkan betapa sedapnya, slruuuph...
ReplyDeleteSalam Zila...sedapnya...bak 4 potong...sedapnyaaa....
ReplyDeletenmpk sedap kek tu..QH pon lom penah try buat ape jenis cheese cake
ReplyDelete