Pages

Wednesday, 19 July 2023

cuci mata di SENTAI ..pemborong barangan dapur




SENTAI
pemborong barangan dapur..terletak di No 4, Jalan Mutiara 3, Taman Perindustrian Plentong, Masai, 81750 Johor Bahru, Johor.

Sempena dengan cuti maal hijrah ni jomm saya bawa semua cuci mata di kedai pemborong barangan dapur ni,ada 3 rangkaian kedai SENTAI ni di malaysia..dua di kl dan satu di johor bahru..
dapatlah orang johor cuci mata kat sini walaupun kebanyakkan barangan dia sesuai untuk mereka yang berniaga..


sangat sesuai untuk sesiapa yang nak bukak restoran atau kedai makan..banyak jenis pinggan mangkuk..cantik dan nampak berkualiti..



Ini pun cantik ..set hitam batu..bukan plastik ya..




Yang gemar kumpul cap ayam pun ada ya..mangkuk..kole dan pinggan..cantik jugak.

Yang ni kalau nak bukak kopitiam memang ngam sangat cantik..ada jenis yang cawan tebal dan ada yang sedikit nipis..mug pun ada didatangkan bersama.


Tempat lada sulah atau nak letak gula atau garam pun boleh..cantik 


set baking pun banyak jugak..




set mangkuk ala korea..gold lembut jew colour dia..














Panjang ni sebenarnya..dekat gambar macam pendek je..


Yang ini bukan enamalware atau lebih sinonim orang panggil pinggan ayan ye..ni ni design je macam pinggan ayan..tapi sebenarnya ceramic  jadi tak ada plumbum bahaya didalamnya..


 

Tuesday, 18 July 2023

Acar Buah Lagend - Mak Saka

Acar Buah

acar buah macamni biasanya akan ada di majlis perkahwinan..tapi kira nasib jugak kalau terjumpa.. ritu masa kami menghadiri majlis perkahwinan di Air Baloi Pontian ada diorang hidangkan acar buah..lahaii seronok rasa..lelagi bila dapat acar buah yang seketul..seketul..puasati rasa..


Ritu dapat paid review acar buah ni dari @maksaka_empire..

acar buah dia ni pun boleh tahan jugak rasa dia..sedap..sayang pulak rasa nak habiskan..ada lagi satu bekas dalam peti ais tu..makan sikit-sikit..lawankan dengan nasi berperisa memang sedap..






 

Monday, 17 July 2023

Kek Pisang Lembap

Kek Pisang
banyak simpan resepi kek pisang ..ada yang sempat dicuba..dan banyak juga yang terbiar sepi..hihii.
banyak cara orang buat kek pisang kan..
Kali ini menerai yang versi kuning telur dan putih telur diasingkan,,walaupun dah guna tepung naik sendiri tapi resepi ni tetap jugak ditambah dengan serbuk penaik ya ,tapi tak guna soda bikarbonat..

Hasilnya tak mengecewakan,bagi kami sedap..lembut..saja guna loyang petak yang agak besar..supaya dapat makan kek garing atas bawah..tapi tak meninggi..
Kalau nak nampak cantik dan tinggi guna jew loyang bulat biasa tu ..7 atau 8 inci..



Moist Banana kek
By @zila_norazila

Bahan A
180 gram butter
4 biji kuning telur
120 gram pisang -dilecek halus

Bahan B
140 gram gula kastor
4 biji putih telur

Bahan C
140 gram tepung naik sendiri
1/2 sudu teh baking powder

Caranya
  • Panaskan oven 170c
  • Pukul butter hingga kembang
  • Masuk kuning telur dan pisang lecek,gaul rata.
  • Dalam bekas lain,pukul putih telur dan gula kastor hingga kembang dan pekat.
  • Masukkan adunan putih kedalam adunan btter tadi.mix rata.
  • Ayak tepung dan baking powder,gaul sebati.tak payah gaul lama ok.
  • Sediakan loyang.sapu butter pada loyang dan alas dengan baking paper.
  • Bakar hingga kek masak srmpurna.45 minit .



Tuesday, 4 July 2023

Bilis Gred A


Suka kalau dapat ikan bilis bersih..lepastu dah siap kopek pulak..memang senang kerja memasak..tinggal cekut je sikit bila nak buat perencah lauk..atau untuk digoreng macamtu dimakan bersama nasi panas dan nasi lemak..



Ikan bilis gred A ni dari @aquada malaysia..boleh ke facebook atau tiktok dia yer..semua addrs id dia sama ..instagram dia ritu kena hack..mungkin dah create baru  sekarang..tapi biasanya dia letih aktif di fb.. kalau berminat nak order boleh cari dia atau agent dia ok....banyak stock bilis yang dia hantar kepada kami haritu untuk di shoot..alhamdulillah bos @aquada malaysia ni nama dia zira..memang tak lokek dan senang nak berkerjasa dengan dia...senang cerita tak cerewet ..



Bukan bilis jew yang dia ada ye..@aquada malaysia ni ada jual bermacam jenis product..tapi yang paling top product dia ni pekasam ..ada berjenis pekasam dia ada..yang hot biasanya pekasam telur sotong..

Mesti dengar je pekasam memasing rasa terliur kan..jadi bertambah nasi kalau ada pekasam depan mata kan..hihhi..ok nak order boleh ke facebook @aquada malaysia ok.