Yang ini pic hari kedua,hari selasa kalau dinegeri johor kena pakai baju karektor Johor ,semua murid hari selasa dari cikgu hingga ke pelajar sek rendah dan menengah semua baju sama.
Bermulanya sesi persekolahan bersemuka untuk tahun 2021.
Bermakna PdPR dah berakhir untuk sesi kali ini,lembaran kerja semasa PdPR kedua 28 feb baru Muhammad siapkan sepenuhnya dan 1 mac saya selitkan lembaran kerja tu dalam beg muhammad,kalau cikgu nak kutip suruh dia bagi je.ikutkan tarikh pemulangan pada pertengahan mac nanti,dan bila semua dirombak balik jadi semuanya bertukar.
Bergambar depan pagar sekolah,dua kamera diorang nak kena fokus..ha haa emak masing-masing nak snap gambar .
Kenangan hari pertama persekolahan,Guru besar dan guru bertugas bersedia di hadapan pintu gate untuk menyambut murid tahun 1 dan tahun 2,kalau tahun lepas murid yang pertama hadir kesekolah dapat hamper,tapi tahun ni tak diumumkan lagi.
Persekolahan untuk hari pertama Muhammad kena pakai baju PJ,jadual dah diedarkan siap pada hari sabtu so senang ,cikgu suruh ikut jew pakai baju PJ.Selamat emak tak payah gosok baju uniform sekolah.
Seperti biasa bekal Muhammad hanya biskut,itu jew yang dia suka,cikgu kelas ada jugak open order untuk seminggu menu untuk pelajar tapi semua Muhammad tak nak..ermm memang dari tadika sampai darjah dua biskut,roti ..kadang donut tu jewlah isi bekal dia.
1 mac sebelah pagi kena pergi ke sek agama jugak untuk sesi pembayan yuran dan ambil kitab darjah dua ,tahun ini untuk darjah dua semua kitab baru.
Ada 10 kitab baru termasuk kitab kesultanan islam Johor.Dalam dia menceritakan sejarah awal pentadbiran negeri Johor.
Gambar hari pertama bersiap nak pergi sekolah,
untuk tahun 2 dan tahun satu sesi persekolahan pukul 1:00 hingga 5:50 maka pukul 12.30 dah nak kena keluar,kena meredah jem depan sekolah..
Seperti biasa sebelum masuk cek dulu suhu dan sanitiz tangan.
Ini suasana masa nak balik.Tahun satu masih lagi dalam proses pengenalan dan prosedur masa balik.jadi masih tak tahu arah mana nak nak pergi mencari bus atau family yang datang menjemput.maka bersesaklah di depan pagar sekolah ditambah lagi dengan hujan yang tak berapa lebat.
Masih ramai yang menunggu ibu bapa datang menjemput.
Hari ke tiga sesi persekolahan.Bag Muhammad berat betul,bising dia suruh belikan bag yang ada roda..ermm
Last gambar hari ketiga pakai baju 1 murid 1 sukan,ok habis dah cerita buat kenangan sesi persekolan di tahun 2021.
Wah! Muhammad dah daang ke sekolah! Mesti seronok sangat dapat jumpa kawan-kawan.
ReplyDeleteIbu bapa ikut teruja bila sesi persekolahan dibuka semula.
Kak Amie pun rasa seronok sangat dapat siapkan Firdaus ke sekolah, dan kebetulan masih BDR, adalah peluang curi-curi masa urus Firdaus.