Kuih lajen katanya,
kami memang penggemar kuih lama..mungkin kerana faktor usia dan mungkin jugak kuih lama ni lah makanan kami masa kecik dulu.sekarang ni kalau nak buat abuk-abuk memang agak bercinta sikit.nak mencari daun pun satu hal jugak,lagi duduk di kawasan perumahan taman.ada tak ada memang kena beli daun pisang,yang jadi masaalah bila dapat daun pisang yang panjang sangat maksudnya lebar..dah nak kena repair bahagian atas kelongsong..kena gunting sikit bahagian atas bagi nampak elok dan kemas.
Membungkus abuk-abuk ni pun kena ada cara jugak,nie kami bungkus ikut style emak.macam kun segitiga jew,lepastu pin kan.
ada jugak yang buat bentuk kon runcing dan lipat jew bahagian atas tu..ikutlah kan cara masing-masing.Tapi yang paling senang biasanya saya letak dalam loyang dan kukus,menjadi jugak tapi tulah seni pada pembungkusan tu hilang ..dah tak seronok pulak tengok duduk dalam loyang macamtu jew.hihii.
Pemilihan sagu pun penting jugak,kadang ada sagu yang tak elok,bila kita dah cuci sagu tu dengan air sagu tu lembik dan melekat,dan bila kita kukus abuk-abuk tu tak menjadi..keras dan berbiji-biji.pernah dua kali jugak terkena kejadian macamtu,seeloknya cari sagu yang kecil dan nampak jernih untuk mendapatkan kuih abuk-abuk yang elok.
Bahan
2 cawan sagu biji
2 cawan kelapa parut putih
Gula melaka - Secukupnya
Gula putih - sedikit
Garam secukupnya
Daun pisang untuk dibuat kelongsong
Lidi secukupnya
Caranya
1. Basuh sagu dan toskan .
2. Gaulkan sagu, kelapa serta garam.
3. Dalam bekas lain, campurkan gula melaka dengan gula putih.
4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian masukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhir sekali, masukkan 1 sudu campuran sagu.
5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus selama 10 minit..atau hingga masak .
Kuih-kuih lajen ni sememangnya sedap, pekena pulak dengan kopi O panas dipetang hari...
ReplyDeletememang best.
model cekci le hehehe
ReplyDeletetapi kuih ni memang sedap
seksinya model tukang pegang kuih.. kuih ni sedap.. org2 lama suka sangat buat. yang mudah sibuk nak dessert2 viral je
ReplyDeletefadzilah
ReplyDeletebetul sangat kan mengenang zaman kecik2 hihii
cik pya
ReplyDeleteha haa biasalah dia..memang gitu kat umah
Han Hani
ReplyDeleteha haa biasalah duk umah memang tak berbaju selalu jimat baju tak yah beli ..ha haa
stephen curry shoes
ReplyDeleteyeezy boost 350 v2
kevin durant shoes
kd13
goyard handbags
longchamp handbags
kobe basketball shoes
kd 12
balenciaga sneakers
golden goose outlet