Pages

Sunday, 17 May 2020

'Somtum' popular thai street food


Terpengaruh sangat nak beli lesung somtum ni..bila masatu banyak fastival makanan dari selatan thai dibawa masuk ke area jb.macam dah setiap minggu ada je fastival makanan thai ada disini..nak apa semua ada..dari yang viral sampai yang biashe pun ada.
Suami suka sangat beli somtum ni.kalau kerabu meggi tu kami macam kurang minat sikit.bila dah beria beli lesung ni maka kita trylah buat somtum sendiri dirumah..
padahal kalau tak ada lesung ni pun tak apa..ha haa... alaa beli buat koleksi jew .Padahal penuh dah dapur dengan pelbagai barang..tapi tulah nafsu..pantang nampak..ha haa.

Lesung ni saya beli time karnival.murah je tak mahal mana.tak silap dalam 35 atau 40 ringgit macamtu..dan sampai sekarang hanya pakai sekali je.lebihnya buat prop jewlah.

Nak buat somtum betik..maka memburulah betik dekat pasar basah area rumah ni.nasib jumpa walau colour dia hijau semua.
saya lebih suka betik muda yang ada sedikit colour oren atau pink sikit dalam dia.tapi tak dapat pulak.
so oklah dari tak ada kan.bila barang dah lengkap kita cari resepi somtum ori dari thai pulak.jumpa resepi ni di channel youtube thai food.tak mengecewakan sedap jugak.
Somtum
Source :youtube thai food
By @zila_norazila
Bahan
Betik muda secukupnya - sagat
carrot - sagat
Tomato ceri/tomato biasa potong kecil
Kacang panjang - secukupnya
Kacang tanah sangai
3 ulas bawang putih
Udang kering
2 - 3 tangkai cili padi merah
Jus limau nipis
Gula kabung thai - secukupnya
Sos ikan - secukupnya

Caranya
1.Tumbuk bawang putih kasar- kasar.Masuk gula kabung dan udang kering,tumbuk kasar.
2.Perahkan jus limau nipis,masuk tomato ceri,cili padi merah dan kacang panjang,tumbuk sedikit.
3.Perasakan dengan sos ikan.Masukkan betik muda dan carrot..gaul manja.
4.Masukkan kacang tanah sangai dan tumbuk.manja sedikit.Sedia dihidang

7 comments:

  1. Sedap..masam manis dan kacang tanah tu yg buat telan air liur

    ReplyDelete
  2. terliur lah pulak. mmg favorite ni. drp mangga akak suka betik lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak yan nnt buat 🤗🤗jgn biarkn terliur tu..kita nk ujung2 ramadan ni mcm2 teringin 😄😁

      Delete
  3. Sedapnya somtam. Teringin juga nak beli lesung macam tu. memang lawa la gambar buat prop..sesuai sangat dengan masakan thai ni

    ReplyDelete