Pages

Thursday, 1 August 2019

Kek chiffon Durian wangi semerbak


Kek Chiffon durian..
sedap jugak bila durian dibuat kek light macamni..dalam usia sebegini rasanya lebih suka makan kek yang simple mimple dari kek yang heavy..
Ikutkan kalau buat kek dirumah ni kurang laku..kecuali en suami yang suka makan..tapi dia lebih sukakan kek berat dan ada topping krim..tapi itu bukan fav saya pulak..

Kek chiffon antara kek yang mudah disediakan..tapi jika silap langkah ada kemungkinan kek yang diinginkan tak jadi..dan jadi bingka pulak nanti..

Kalau ikut step yang betul pasti jadi..yang penting telur putih dan kuning jangan tercampur..dan loyang tak payah lah di gris..rasanya ramai yang dah pakar kalau buat kek chiffon kan tapi bagi yang baru nak berjinak-jinal mengenali dunia baking rasanya ianya memang perkara baru..
Dula bila saya berjinak-jinak dengan dunia baking 2 kali jugaklah kecundang bila buat kek chiffon..entah dimana silapnya..tapi lama kelamaan bila saya asik baking kek chiffon je dah tau dimana silapnya..so dah oklah ..


Yang bestnya kek chiffon hanya mengunakan minyak..tak payah nak beli butter..mudahkan..kalau tak jadi tu tak ralat sangat lah sebab bahan yang digunakan tak banyak mana..ha haa
oklah yang nak try buat kek chiffon durian saya simpan resepi ni disini sebagai rujukkan diri sendiri nanti..yang nak cuba silakan..

Kek Chiffon durian
Bahan A
150 gram tepung naik sendiri
100 gram gula kastor
6 biji kuning telur gred B - jika gred A 4 biji
40 gram minyak jagung
20ml susu segar
1/2 sudu teh garam

Bahan B
6 biji putih telur
100 gram gula kastor
1 sudu teh krim tartar

Bahan C
200 gram isi durian yang dikisar

Cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 175'-180'C.
2. Pukul telur kuning bersama, gula kastor dan tepung (yang telah diayak) hingga sebati.Kemudian masukkan minyak dan susu segar.. gaul seketika hingga sebati.
3. Gunakan bekas lain putar putih telur, gula kastor dan krim tartar. Putar pada kelajuan maksima dan kental.
4. Masukkan Bahan B sebanyak 1/3 bahagian dan gaul dengan Bahan A hingga sebati. tambahkan lagi 2/3 bahagian selebihnya  dan gaul hingga sekata.
5.Masukkan dan gaul sebati Bahan C , isi durian yang telah dikisar ke dalam adunan tadi.
6. Tin pembakar chiffon (chiffon cake mould) tidak perlu dilenser (ungreased) dengan minyak atau dialas dengan kertas. Tuangkan sahaja bahan adunan ke dalamnya.
7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 175' - 180'C selama 30-35 minit. ikut tahap kepanasan sesebuah oven .
8. Untuk mengetahui isi kek telah masak atau sebaliknya, gunakan penyucuk lidi sate.
9. Keluarkan kek dari oven dan telungkupkan tin pembakar chiffon sehingga sejuk.
10.Dah sejuk sisip tepi kek dgn spatula dan keluarkan dari loyang.

No comments:

Post a Comment