Pages

Monday, 24 June 2019

Solok Lada versi guna ikan rebus



Solok Lada..
yang mengemari masakkan kelatan terengganu ..makanan pantai timur mesti suka makan solok lada kan..
kami orang johor..mengenali solok lada ni pun bila dah berusia 20an ..tapi memang tak reti nak makan apatah lagi nak membuatnya memang tak terfikir pun masaitu..dah berusia cicah 30an baru menjadi pengemar tegar makanan pantai timur..disebabkan area office tempat saya berkerja tu ada restoran pantai timur..
setiap hari saya merupakan customer tetap dia..sampai kalau saya tak muncul pasti dia tertanya-tanya..

Kini makanan pantai timur memang dah sebati dengan tekak dan jiwa saya..cuma budu jew yang saya tak pandai sangat nak makan..yang lain semua saya sapu habis..


Salah satu makanan fav saya ..solok lada..
banyak versi jugak solok lada ni rupanya..ada yang isi ikan tu direbus dulu kemudian baru di campur dengan kelapa..dan ada jugak yang menggunakan isi ikan mentah ..rasanya lebih manis ..
tak kesahlah mana-manapun saya on..


Nak buat solok lada bukanlah susah sangat ..
dan nak dapatkan lada solok tu yang susah bagi saya..kalau tak ada lada solok diorang tukar kepada lada besar hijau yang biasa ada dikedai tu..tapi bagi saya macam lagi sedap kalau guna lada solok,
lada solok panjang-panjang macamni saya beli di Hero supermarket kadang-kadang di aeon pun ada jugak..molek sangat lada solok ni..besar dan nampak bersih.
Biasa kalau saya buat solok lada memang banyak..bila dah ada solok lada macamni memang tak pandang lauk lain,,lauk satu ni pun dah cukup membuatkan kami bertambah makan nasi.


Solok Lada
versi guna ikan rebus

Bahannya
lada solok -hijau muda
kelapa parut
Ikan selayang
Lada hitam
Bawang merah
Garam
Gula
Santan

Caranya
1.Rebus ikan dan ambil isi ikan sahaja
2.Potong tengah lada solok dan buang biji bersihkan.
3.Tumbuk bawang merah,halia dan lada hitam hingga lumat.
4.Kemudian masukkan isi ikan dan kelapa tumbuk lagi hingga semua sebati,perasakan dengan garam dan gula.
5.Sumbatkan kedalam lada hingga penuh.susunkan dalam kuali dan tambahkan santan.bukak apa kecil biarkan hingga masak
6.Sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment