Assalammualaikum
jumpa lagi..maaf beberapa hari tak bersiaran dan update resepi disini.sebabnya beberapa hari ini zila sibuk sedikit meyiapkan beberapa tempahan biskut.alahai bukan banyak mana pun ambil oder cuma ambil oder dari kawan terdekat dan adik beradik.tahun ini memang malas nak buat biskut yang sebenarnya.memang saja nak freekan masa pada bulan ramadan ni untuk lebih menghayati bulan yang mulia ini.
Oleh kerana kelmarin zila menerima beberapa tempahan kuih tart so zila cuba jugak buat tart bentuk jagung.tart bentuk ini amat popular di negara seberang indonesia mereka panggil nastar jagung.dari segi rasa tak berbeza dari tart nenas kita yang biasa tu cuma dibentuk seperti jagung,memang nampak cantik sangat kecil dan comel .lepas dah bakar rasa sayang pulak nak makan.cara membuatnya agak cerewet sikitlah sebab nak kena lonjongkan supaya mirip macam jagung.garisan bahagian atas gunalah lidi untuk menekannya.zila punya tu pakai pisau tajam terover menekan tu yang sampai terbelah..ha haaa.kalau nak cuba gunalah lidi ok.tekan lembut-lembut sure lawa.
bahagian intinya zila letak inti nenas.kalau nak tukar inti apa-apa pun boleh.oklah siapa yang nak mencuba silakan ye.pada yang suka buat cookies lawa-lawa boleh try.
Tart Jagung
Bahan
250 gram butter - pilih butter yang berkualiti
50 gram gula halus
1 biji kuning telur
50 gram tepung jagung
50 gram tepung susu
250 gram tepung gandum
Bahan inti
400 gram nenas parut
100 gram gula pasir - tambah jika suka manis
1/8 sudu teh garam
sedikit kayu manis/cengkih - jika suka
cara membuat inti
- masak nenas sehingga airnya kering
- kemudian masukkan gula pasir,garam dan kayu manis masak sehingga airnya kering.masuk sedikit butter untuk mengilatkan inti.
- sejukkan.
Cara membuat kulit tart
- Pukul butter dan gula halus sampai kembang.kemudian masukkan kuning telur mix sebentar asal bersatu.
- Kemudian masukkan semua campuran tepung dan tepung susu.ratakan dengan spatula sehingga menjadi doh yang lembut.
- Ambil sekepal adunan dan letakkan sedikit pewarna hijau.
- Ambil sedikit doh,nipiskan dan isi inti nenas kedalamnya,bulatkan dengan tangan dan lonjongkan sedikit bahagian hujungnya.
- bentukkan permukaan atasnya dengan lidi dan tambahkan bentuk daun dibahagian atasnya.sapukan kuning telur diatasnya.
- Susun di dulang pembakar dan bakar sehingga masak lebih kurang 30 minit suhu 160'
wiiiih kaya nya enak bingit tuh chef boleh nyobain ga ? hehe
ReplyDelete