Semalam alhamdulillah sempat jugalah sama-sama menyaksikan gerhana separa..yang jarang-jarang berlaku..berpeluang juga menunaikan solat gerhana ..dijangka lagi 26 tahun akan berlaku gerhana separa ni..entah masih hidup atau tak lagi time tu..moga dipanjangkan usiaku ..aminn.
Jangan ada yang cakap saya rajin sekarang nie..sebab setiap hari saya makan di luar..JJCM pagi dan tengahari..dan petang juga..ha haaa..dapur saya tak berasap terus..cuma ada kepulan wap masak air jewlah..nak kata malas..memang ye kot.. tapi ada sedikit kerajinan nak buat kek dan kuih-kuih je..itupun bergantung pada mood..
bila terpandang acuan tako kat iklan lazada zila terus oder..lepas satu hari sampai dah acuan..terus pergi bakery..cari barang-barang ..dan bila semua barang complete startlah operasi buat tako dirumah..buat sampai tepung takoyaki satu kilo habis..senang citer si abang sampai jemu nak makan takoyaki..he heee.. sebab banyak kali buat..
sampai sekarang abang dah tak nak makan takoyaki lagi ..jemu katanya..oklah resepi zila ambil dari dapur hana's family dan sos takoyaki zila ambil dari dapur life is beautiful..zila kongsikan didapur zila sebagai bahan rujukan akan datang..silalah cuba ye..memang menepati dengan selera anda..kawan zila yang dah rasa pun cakap lagi sedap dari beli..so apalagi..must try..
TAKOYAKI
Bahan
225gram tepung takoyaki
100gram @ 2 biji telur size M - pukul sekejap
600ml air
minyak untuk melengser acuan
Bahan Isi
tako@sotong - boleh juga crab stick@ udang- potong kecil2
kubis - cincang halus
Negi - daun bawang
Bahan Topping
mayonis
sos takoyaki
fish flakes @ ikan parut @ katsuobushi
nori halus/serbuk seaweed
Cara-cara
Campurkan semua bahan, kacau supaya tidak berketul-ketul.
panaskan acuan takoyaki dengan sapu minyak skit.
tuang adunan tepung ke dalam acuan.
masukkan bahan-bahan isi.
tuang lagi adunan tepung menutupi semua takoyaki.
balik2kan menggunakan chopstick/lidi sehingga jadi bulat dan cantik.
dah masak angkat.
Cara hias :
1. Drizzle sos takoyaki
2. Drizzle mayonis
3. Taburkan serbuk seaweed
4. Taburkan bonito flakes/ katsuobushi
RESIPI SOS TAKOYAKI / OKONOMIYAKI
1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair
1/4 cawan air asam jawa
2 cm halia - tumbuk halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 cawan gula
1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih
3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki
4. Sejukkan sos
5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk mudah drizzle (guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia)
notakaki:
Kalau buat ni guna kicap Jepun/ Kikkoman warna dia gelap sikit compare dengan kicap cair biasa. So kalau guna kicap biasa boleh letak sikit kicap pekat untuk bagi warna gelap sikit. Kalau nak guna kicap Kikkoman/jepun, cari yang tulisan RUMI sahaja ye..
Assalamualaikum sis. kat mana ye nak dapatkan bonito flakes tu?
ReplyDeletesedapnyer...
ReplyDeleteJoeayu
ReplyDeleteWasalam..adik cari di pasaraya aeon bahagian brgn jepun..atau kat bakery pun ada..
Adda syuhada
ReplyDeleteTrima kasih..klu terliur kna buat jgk tu..
Alaihai kak zila..ferevet sy ni..terliur sy..mahu skodeng lazada ni..huhuhu..tp nk buat cam malas plak..
ReplyDelete