Granola merupakan hidangan sarapan yang mudah disediakan.boleh dipanggil juga sebagai snack food bila-bila masa nak makan pun boleh,sebab ianya mengenyangkan.
Hidangan popular di barat merupakan campuran oat,buah-buahan kering,kekacang,coklat chip,badam dan madu,biasanya dihidangkan dalam bentuk bar atau lerai.
Lebihan dari oat buat biskut raya masih banyak sayang pulak dari terbiar macamtu,rajinkan diri sikit buat kudapan untuk anak dan suami.
proses penyediaan yang amat mudah.apa-apa kekacang yang ada di rumah tambahkan jew lah..zila tambahkan biji kuaci dan watermelon seed sebab masih banyak berbaki dirumah.
Bila adunan dah siap kalau malas nak bakar masuk dalam peti ais selama dua jam.tutup dengan aluminum foil.lepas dua jam keluarkan dan potong menjadi bar.bagi bukan pengemar oat boleh kurangkan kuantiti dan tambahkan dengan bubble rice atau pun corn flakes,tapi letak badam banyak banyak lagi sedap..
GRANOLA BAR
Bahan -bahan
1/2 cawan badam - dicincang kasar2 1/2 cawan oat kasar
1/3 cawan madu
35 gram mentega
1/4 cawan gula perang
1/2 cawan cranberry kering
1/4 cawan coklat chip
sedikit esen vanilla
sedikit garam
Cara-caranya
- Sediakan loyang 4 segi alas dengan aluminium foil dan sapukan majerin disekelilingnya.
- Satukan badam cincang dan oat kasar,bakar dalam lima minit suhu 180c.Angkat dan kacau,kemudian bakar lagi sehingga badam dan oat sedikit garing.
- Dalam bekas lain satukan butter dan madu,panaskan dan kacau sehingga cair dan likat.Masukkan gula perang dan kacau lagi sehingga likat.
- Campurkan adunan gula kedalam campuran oat dan badam,kacau rata.Tambahkan cranberries kering dan coklat chip.boleh tukar kepada biji kuaci atau buah-buahan kering yang digemari.
- Tuang kedalam loyang dan ratakan,basahkan tangan dengan sedikit air dan tekan supaya mampat.
- Tutup loyang dengan aluminum foil dan simpan dalam peti sejuk selama 2 jam.
- Jika suka boleh bakar dalam 10 minit.
- Keluarkan dan potong bentuk bar.
Sedapnya kak zila...nti nk cuba jgk la
ReplyDeletemesti sedap kan zila..bagus jugak urk diet ni
ReplyDeletemau nih granola bar....pasti enak banget ini
ReplyDeleteZila.. aduh.. rangup dan sedap ni.. boleh buat bekal untuk hubby kat office..
ReplyDeletegranola bar VS kuih bepang kacang :)
ReplyDeleteyeezy boost 350 v2
ReplyDeleteyeezy boost 350 v2
coach outlet handbags
off white hoodie
yeezy shoes
nike react flyknit
balenciaga
moncler outlet
goyard
adidas superstar shoes