pisang goreng mawar - "port "pisang goreng yang terkenal dibandaraya Johor bahru
pemandangan dari sisi gerai..
Pisang goreng merupakan kudapan wajib dan identity bagi orang johor..malahan disetiap lorong-lorong taman perumahan ada sahaja orang menjual pisang goreng..untuk melengkapkan pisang goreng ini disediakan sambal kicap cair..baru 'kick' kalau ada sambal kicap..
salah satu 'port' pisang goreng yang terkenal di bandar raya Johor Bahru dan menjadi tarikan pelancong adalah Mawar Cafe di Jalan Sungai Chat, berhampiran Hotel Thistle.Gerai pisang goreng yang terletak berhampiran bangunan Majlis Wanita Johor (Mawar) itu juga mempunyai tarikan tersendiri iaitu menjual pelbagai jenis pisang yang menjadi teras perniagaannya.
pisang goreng ini sering menjadi salah satu menu utama minum petang kerabat diraja Johor.. dan yang menjadi kemestian adalah pisang raja, selain nipah dan tanduk.
Lebih mengujakan Mawar Cafe popular dalam kalangan orang kenamaan, para pemimpin negeri dan negara serta artis popular.
walaupun zila dah ada beberapa marking tempat pisang goreng yang sedap tak salah rasanya mencuba juga disini..nak juga merasa keenakkan pisang goreng yang popular nie.
selain menu utama pisang goreng..mee goreng kosong,nasi lemak sambal udang,nasi ambang dan beranika kuih muih pun ada..
nasi lemak udang - yang ini anak sulung cakap sedap sangat..ambil lagi dua bungkus tapau bawa balik..stock untuk malam plak.
cuba juga oder beberapa jenis kuih disini ..kuih talam ubi.bagi tekak zila kurang sedap.
kuih lapis dicuba oleh Muhammad..entah macamana rasa..dia tak dapat nak komen..he hee
gerai ini menepati ciri-ciri Gagasan 1Malaysia kerana dikunjungi semua kaum yang mana pelanggan Melayu, Cina dan India boleh duduk semeja semata-mata untuk menikmati pisang goreng yang merupakan salah satu juadah warisan masyarakat negeri ini.
Dibuka setiap hari dari 11 pagi hingga 6.30 petang dan hari yang paling ramai pelanggan adalah pada hujung minggu.tutup pada hari sabtu.dan kebanyakkan pelanggannya datang dari Singapore.harga pisang goreng Rm 1 untuk 3pcs.
Tak menang tangan..pelanggan sentiasa penuh..kereta kluar masuk ..anak sulung zila suka sangat pisang goreng nie..komen beliau.."pisangnya lembik sedikit..bancuhan tepungnya ranggup walaupun dah sejuk..dan kurang berminyak..sambal kicap sedap..tak pedas sangat"
sedikit panduan untuk kesini.gerai ini betul-betul sebelah signboard
berlonggok-longgok pisang disitu..kedudukan gerai sebelah signboard besar tu .
Address : Banana Fritters Mawar
888, Jalan Sungai Chat,
80100 Johor Bahru,
Johor Malaysia
GPS : N01 27.767' E103 44.474'
Erkkkk...telan airliur sambil memabayangkan makan pisang goreng dengan sambal kicap... :)
ReplyDeleteOhh... kakak pernah singgah di sini Zila. Memang ramai pelanggan. Apa lagi kalau hari cuti.
ReplyDeleteRamai tul orang kat sini yea...penuh..tp tgk ke menu tu mmg patut la orang ramai..byk yg sedap
ReplyDeleteComel jew mee goreng atas daun pisang tu...
ReplyDeleteOh dekat hotel hyatt lama tu ya..tengok jam besar tu baru tahu...ok Insya Allah will survey2 nanti...:)
ReplyDeletedah besar dah Muhammad... dah pandai makan pisang goreng.. eiiii... sy geram mee goreng tu..
ReplyDeleteUbahsuai rumah. Plumbing, pasang tile, tabletop, mengecat dll call 0182233854 khaidir
ReplyDeletekakcik nur
ReplyDeletekalau x der sambal kicap x best kan kak..
kakzakie
ReplyDeletearitu pun penuh jew kak.
cheqda
ReplyDeleteaah penuh btl..bg akk yg sedap nasi lemak tu..
Zila..nanti umi balik kota..kita dating sama2 ya...
ReplyDeleteamie
ReplyDeleteakk mmg comel ..isinye pun ciput jew kak..alas perut bole lh kak..he hee
ayu
ReplyDeleteaah kak ayu sblh hotel hyat lama tu..nnt akk try la. kita pun pestime..dh org kta pames..tu yg tringin..he hee
sk
ReplyDeleteaah skjp jew dh beso..apa kita mkn smua dia nk..pmkan dia ne..mee tu ciput jew sk..klu akk st x cukup
banyak betul makanan pemes kt JB ye. satu hari nak round satu JB cari menu yg sedap2..
ReplyDeleteumi's cupcake
ReplyDeleteok umi..insyaallah jumpa nnt..apa2 msg zila ye..
kak yon
ReplyDeletehe he Nampak sangat kan org joho kuat makan..mmg byk yg best2 kak..tp kena rajin round..
Mesti sedap ni. Macam-macam orang ada.
ReplyDeleteSalam Zila, betul tu.. kalau cakap pasal pisang goreng mawar .. kebanyakkan org yang bermastautin kat JB ni memang tau. Tapi bagi saya pisang goreng dia sekadar biasa biasa saja. Saya lebih suka pisang pisang goreng yang di jual di kampung kampung yang tak menggunakan tepung pra campur. Tapi tak di nafikan ramai pengunjung kat kedai ni. Saya kadang kadang singgah juga kat sini tuk basahkan tekak, tapi pekerja kat sini tak berapa peramah. Kalau ada pilihan pisang goreng mawar ni mungkin tak ada dalam senarai top 10 saya.
ReplyDeleteAnyway .. memang asal Johor ke atau ada urusan di sini?
Tengok sticky wing tu ... nampak sedap dan mengujakan. Kalau ada masa nak cuba jugakla buat
Assalammualaikum.... zila,
ReplyDeletebagi mselim3 pisang goreng kat mawar nie memng boleh tahan sedap.. tapi kat johor nie mselim3 suka gi kat pisang goreng mahmoodiah..
Ahaa..sis JM pernah dgr pasal tabung subuh ni dari blog Kak Yon..in sha Allah sedang di amalkan..
ReplyDeletekat area temapt JM ni ada gak org jual goreng pisang tapi x de sambal kicap
macam dalam minggu ni dah dua orang update pasal tempat ni... sedap benor agaknya tempat ni kan... nak try lah nanti...
ReplyDeletepokok manggis depan rumah
ReplyDeletetulah akk sampai pun meja dah penuh..ditambah lg hujan time tu..lgilah orang x brganjak..
rodi eunos
ReplyDeleteaah zila mmg asal org johor..ye lah kan..tekak orang nie tak sama..ada yg minat campuran tepung mcmtu..ada yg suka tepung sikit jew..dan ada plk yg tak suka pisang yg lembik..klu zila suka pisang yg x brapa nk lembik..dan tepung yg biasa2 mcmtu..tekak org kg katakan..he hee
mselim3
ReplyDeleteowh kat mahmodiah..area mana tue..aritu ada jgk ke sana pergi warong saga..
najib ariyan
ReplyDeleteramai yg pose sbnarnya..tu yg kami teruja nak merasa jgk penangan pisang goreng nie..