Assalammualaikum
salam ramadan..salam sayang untuk semua sahabat zila diluar saya..bersua lagi hari ini..puasa hari ke sembilan..
sebenarnya dari awal ramadan lagi nak berkongsi menu berbuka disini..tapi tulah kita mampu merancang ..tuhan yang menentukannya..
kedatangan ramadan kali ini mengigatkan zila pada ramadan yang lepas..dimana sepanjang bulan puasa zila warded di hospital..isshh kalau kenang balik memang tak sanggup rasanya..berbuka hari-hari dihospital tak terasa nikmat langsung suasana ramadan..ermmm tapi demi baby yang dikandung waktu itu..kami redha atas ketentuannya..
lama rasanya tak berkongi menu masak-masak..bulan puasa nie kalau show gambar makanan bukannya apa..kadang-kadang nak bagi idea kepada kawan kawan yang tengah tercari-cari menu untuk memasak waktu berbuka..semoga perkongsian ini dapat memberi idea buat semua ..
suhun goreng kucai
Ini merupakan hidangan berbuka kami hari ke 7.macam rajin sikit melayan tekak tu yang masak macam-macam..kalau hari biasa memang tak masak..beli jewlah di bazar..jom semak resepi.
SUHUN GORENG KUCAI
2 Pack suhun sedang
2 ekor sotong bersaiz besar - potong bulat
8 ekor udang
taugeh - secukupnya
daun kucai - secukupnya
Bahan kisar
2 batang lada merah
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sos tiram - 1 sudu besar
1/2 kiub ayam
Caranya
- rendam suhun hingga lembut.
- bersihkan udang dan sotong,cuci bersih tabur tepung gandum,serbuk kunyit garam dan lada sulah,goreng hingga masak angkat dan ketepikan.
- tumis bahan kisar hingga wangi dan garing,masuk sos tiram..tambah kiub ayam..agak karing masukkan suhun.kacau rata dan sebati.
- masuk sayur kucai dan taugeh.kacau lagi hingga sebati ,masuk udang dan sotong gaul rata.
- sedia dihidang.
tepung pelita
TEPUNG PELITAsumber dapur kak jee
Lapisan hijau
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
7 cawan air daun pandan
sedikit pewarna hijau
cara
Larutkan bahan2 atas hingga sebati kemudian jerang atas dapur guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat
Padam api dan curahkan bancuhan dalam bekas atau sampan daun pisang.Tepikan.
Lapisan Putih (Santan)
¾ cawan tepung beras
½ sudu besar tepung jagung
7 cawan santan
½ sudu kecik garam
cara
Larutkan bahan dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat.
Padam api dan curahkan atas lapisan hijau. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.
selepas keluar dari peti ais..sedappp
kurma susu
Air kurma susu
beberapa biji buah kurma
2 cawan susu segar
2 sudu besar gula pasir
cara
masukkan kesemua bahan dalam blander..kisar hingga sebati
sedia dihidang
siakap tiga rasa
1 ekor ikan siakap
Tepung jagung
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit lada hitam
Untuk Kuah
2 biji bawang besar - dipotong dadu
6 biji bawang putih - dititik
10 biji cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu
Kiub nanas
daun limau purut -beberapa helai
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 batang serai - dititik
Beberapa helai daun limau purut
Garam -secukup rasa
Gula -secukup rasa
caranya
- bersihkan ikan,lumur dengan serbuk kunyit,garam lada hitam dan tpung jagung.goreng hingga garing.angkat dan toskan.
- tumis bawang merah,bawang putih,cili padi dan serai,tumis hingga layu dan wangi
- masuk tomato dan kiub nenas,kacau rata.
- masuk bahan sos dan sebatikan.
- masukkan daun limau purut.
- masak hingga pekat..perasakan garam dan gula.
- siap curahkan diatas ikan.
Kak zila cam mudah jea tepung pelita tu..
ReplyDeleteselera tengok susu kurma tu..rasa nak tegok jer dari botol tu..:)
ReplyDeleteassalam zila,
ReplyDeletewaduh..sedap2nya menu berbuka zila..
tengok ikan tu yg confirm kalau dapat..mesti tinggal tulang aje..habis diratah2..kalau nasi dah habis dipinggan!..salam ramadan buat zila & family ya..;)
Yeahhh boleh try utk berbuka esok....
ReplyDeleteMeriahnya hidangan berbuka! Paling best bila nampak tepung pelita tu! Tradisionalpunya... mmmmm sedap!
ReplyDeleteSedapnya makanan berbuka akak. nak kena cuba juga nanti bauat resepi berbuka.
ReplyDeleteps: Saya follow blog akak.TQ.
Bila tak kerja mestilah macam-macam juadah Zila buat. Dah jenis pandai masak dan kreatif mesti menjadi punya..
ReplyDeleteSedap dah tu menu Zila. Bulan-bulan puasa ni, makan pun tak berapa boleh nak banyak. Terkejut perut tu nanti.. :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteenaknyaaaa....bikin ngeces menu ini....
ReplyDeleteAduhhhhh mngancam jiwa btk menunya dear
ReplyDeleteAssalamualaikum zila aduh sedap bagat kesemua makanannya ;)....
ReplyDeletesedapnyeee tepung pelita..selalu beli kat bazar jek..peberet husbd aku tuuu..
ReplyDeletesalam dan selamat hari raya maaf zahir batin....sedap semua menu...yumee...
ReplyDeleteSalam aidilfitri Zila.
ReplyDeleteDah raya ni Zila... kenapa sunyi sepi. Cuti panjang nampaknya ni.
smokeless cigarettes, electronic cigarette reviews, electronic cigarette, electronic cigarette, electronic cigarettes, e cigarette
ReplyDeleteggdb
ReplyDeleteyeezys
pg 1
kyrie 7 shoes
yeezy boost
kd shoes
supreme clothing
pandora jewelry
lebron 18
balenciaga