Pages

Sunday, 20 April 2014

colmar tropicale - bukit tinggi


Assalammualaikum..
hai..jumpa lagi hari ini..kesinambungan dari bengkel chef Amer aritu..sebelum pulang semula ke negeri Johor Darultakzim kami meluangkan sedikit masa untuk kesini..memang tak ada dalam perancangan pun..tapi kalau turun ke KL balik-balik ke tempat yang sama jew kadang-kadang membosankan jugak.


Bukit Tinggi ..
terletak dinegeri pahang selain cameron highland Genting highland dan Fraser hill ..bukit tinggi juga merupakan salah satu tempat tarikan pelancung.time kami datang hari itu banyak pelancung dari timur tengah..



Bukit tinggi nie dekat dengan highway karak,jalan menghala ke kuantan..mempunyai keluasan 16 000 ekar..terletak pada 2700 kaki dari aras laut.walaupun terletak tinggi tapi tak rasa sejuk pun..macam suam-suam kuku..nak kata panas sangat pun tak jugak.nak menuju kesini laluannya lebih kurang macam nak ke cameron highland jugak..pusing-pusing.
bayaran yang dikenakan cuma rm12.00 untuk dewasa..ok lah murah..untuk kanak-kanak rm 8.00..tapi kalau stay kat hotel refund semula tiket tu..so FOC..


Colmar Tropicale-bangunan ala-ala perancis..
Salah satu tempat menarik di Malaysia yang diilhamkan dari luar negara ialah, Colmar Tropicale. Ia adalah sebuah perkampungan Perancis yang teletak di Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi, Pahang.reka bentuk yang diilhamkan oleh Perkampungan asal Colmar di Perancis. bangunan disini merupakan replika bangunan dari perkampungan Colmar di Perancis tu la. Susah nak jumpa bangunan macam ni kat tempat lain di Malaysia, kecuali kat Bukit Tinggi.cantik dan sangat terpegun tengok,


tempat ni takde lah besar mana.sehari pun dah memadai untuk jalan jalan di tempat ni. kami pergi tengah hari, petang dah balik.syurga bagi pencinta photography..sesiapa yang datang disini memang bertujuan untuk bergambar..memang cantik..setiap pengunjung wajib berposing he hee..


hahh kan tengok baby muhammad pun pose sampai nampak perut..he he hee dah tak larat ibu dia nak dukung..



sebenarnya tak banyak aktiviti yang dapat dijalankan disini,umpama datang bayar untuk scene ambil gambar jew.sesuai untuk relax tempat nie..memang santai sangat.
deretan kedai makan ala-ala perancis..tapi harga memang mahal sikit la..ada gerai cenderamata jugak..sempat jugak beli t-shrt dan key chain untuk anak sulung..kesian dia tak dapat ikut sebab sekolah.



Japanese vellage
Terletak 3,500 kaki di atas paras laut, Kampung Jepun adalah yang pertama seumpamanya di luar Jepun. Taman ini telah direka oleh arkitek terkenal Jepun, Kaio Ariizumi dan dibina oleh satu pasukan 22 tukang mahir dari Jepun.


 Satu tempat percutian yang tenang dan santai, taman ini adalah disertakan dalam hutan hujan tropika yang subur dan mempunyai tempat-tempat seperti Jepun Tea House , Tatami Spa , Taman Botani , Ryo Zan Tei Restoran Jepun dan Ume Tatami Suite.



Dah alang-alang round dalam nie nampak apa yang menarik semua nak amik gambar..



Tetamu boleh memilih untuk mengambil bahagian dalam Majlis Teh ( 4 sesi setiap hari) di mana kita akan belajar sedikit lebih lanjut mengenai budaya Jepun atau menyewa kimono untuk satu atau dua gambar.
Sewa Kimono berharga rm20.00 sepasang.tak sewa pun sebab rasa malas nak sarung-sarung baju..baby muhammad pulak dah nak meragam..tunggu pergi melancung kejepun nanti baru nak pakai kimono he hehee..



Kalau nak masuk Rabbit Park bayaran dikenakan  RM3. Japanese Village free. Untuk pengetahuan semua ada disediakan Shuttle Bas ..takpayah la nak drive sendiri..leh duduk sambil tengok kehijauan alam di sepanjang jalan..




Apabila masing-masing dah penat..almaklumlah nak mendaki ke japanese village nie bukan mudah..sangat mencabar betul..tapi kira masih ok lagi daripada mendaki telaga tujuh di langkawi..kalau fikir-fikir balik memang tak sanggup nak naik lagi..


Pic diatas tak ada kena mengena dengan bukit tinggi ye..lepas hantar baby muhammad ke rumah pengasuh setiap pagi mesti lalu jalan nie..tengok pokok nie berbunga cantik sekali..ramai kawan pose pic pokok nie..dah macam kat korea pulak..jadi dengan gigihnya pagi-pagi snap gambar pokok nie..he h hee ok kan..

oklah sampai disini dulu untuk kali ini..jumpa di next entry salam sayang semua..

13 comments:

  1. Btul la kak...tmpt ni takat best nak posing2 je n jln2 je...klau stay 2 3 mlm...mcm x best je...sbb x bnyk xtvt bole buat...bg sy la...

    ReplyDelete
  2. bestnya baby muhammad dah sampai ke bukit tinggi. cheq sue yang dok plan ni tak sampai2 lagi. adehhhh

    ReplyDelete
  3. senangnya bisa jalan-jalan rekreasi. Picnya cantik lagi...

    ReplyDelete
  4. waaa.... senangnya tengok baby ahmad dah besar... ^_^

    ReplyDelete
  5. Bestnya zila...terasa macam dok ober C pulak...
    Bunga2 tu skrg ni dah takde kat penang...2 minggu lepas macam musim bunga kat sini

    ReplyDelete
  6. dah lama berangian nak pergi, tp x kesampaian lagi.. huhu

    ReplyDelete
  7. Bestnya, selalu lalu je tak penah nak singfah pun, akak tido sana ke, klu tido sana boleh bg review tak thanks

    ReplyDelete
  8. Dah banyak kali kakak tengok kawan-kaan published N3 tempat ini tapi kakak tak pernah sampai lagi Zila..

    Hero comel tu bukan main lagi:)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum zila aduh teruja pulak Uj nak pegi..memang dah ada dlm perancangan tapi x tau nak pegi biler..cantik picnya zila..comel sugguh baby zila tu...

    ReplyDelete
  10. Assalam zila,
    waduh baby mohamad, suka dapat jalan2 tu ya..bukan main dia happy akak tengok...akak pernah sampai sini beberapa tahun yang lalu..betul tu satu hari dah boleh cover the entire area.. cuma pemandangan dan building dia serta temperature dia yang seronok ..nak naik tu masyaallah pening kepala..huhu..

    ReplyDelete
  11. salam zila waaa besar dah muhammad semangat lak tu.....sekejap jerk masa berlalu mana abg dia...x ikut

    ReplyDelete
  12. Akak pernah sampai sana 2 kali saja. Itupun dah lama sangat.....

    ReplyDelete
  13. Cantiknya kak zila..pandai tul shot gmbar2..teringin nk ke bukit tinggi la plak

    ReplyDelete