Pages

Friday, 25 April 2014

kelas biskut raya chef amer


Assalammualaikum..
salam sayang semua sahabat zila diluar sana..sihat tak? 
Alhamdulillah dapat jumpa lagi hari ini..smoga semua diberikn kesihatan yang baik..amin.

bila dah show cookies raya nie bahang raya dah terasa kan..he heee 
bagi peniaga kuih-kuih raya masing-masing dah sibuk buat sample ..ada juga yang attend class cookies juga.


tengok penggelek chef tu..sama saiz dengan tuan punya badan..he hee
zila pun sama ..tak nak melepaskan peluang menghadiri kelas cookies..dah alang-alang ada peluang kan..kalau ikutkan masa memang sentiasa sibuk..

diantara peserta yang hadir..dan yang depan tu orang kuat chef amir..


6 resepi telah kami pelajari secara teori dan amali..dan ada 3 resepi extra chef amer kasi..
kesemua biskut chef amer nie dari segi rupa macam biasa-biasa jew..
tapi dari segi rasa..Allah huakbar..tersangat la sedapnya..betul ..seyess..memang tak tipu..


Dalam bekas kecik-kecik camnelah kami dapat bawa balik..hasil dari pembelajaran hari itu..
sampai rumah husband test..dia comment pun sedap mati..
anak cakap pun sedap..bawak pergi kerja sikit..kawan pun cakap sedap..wahh memang terbukti kan..


anak cakap pun sedap..bawak pergi kerja sikit..kawan pun cakap sedap..wahh memang terbukti kan





sempat pose lagi..


ending..bergambar ramai-ramai..tanda kenangan..tengahari kak ct masak ayam asam pedas..sedappp..buh daun kantan lebih..


hasil cookies untuk hari itu..banyak kan..

oklah sampai disini dulu buat hari ini..jumpa lagi di next entry ..salam sayang semua..

pada sesiapa yang berminat nak oder boleh message di facebook zila.wechat atau wassup di 017-7828172 .

Sunday, 20 April 2014

colmar tropicale - bukit tinggi


Assalammualaikum..
hai..jumpa lagi hari ini..kesinambungan dari bengkel chef Amer aritu..sebelum pulang semula ke negeri Johor Darultakzim kami meluangkan sedikit masa untuk kesini..memang tak ada dalam perancangan pun..tapi kalau turun ke KL balik-balik ke tempat yang sama jew kadang-kadang membosankan jugak.


Bukit Tinggi ..
terletak dinegeri pahang selain cameron highland Genting highland dan Fraser hill ..bukit tinggi juga merupakan salah satu tempat tarikan pelancung.time kami datang hari itu banyak pelancung dari timur tengah..



Bukit tinggi nie dekat dengan highway karak,jalan menghala ke kuantan..mempunyai keluasan 16 000 ekar..terletak pada 2700 kaki dari aras laut.walaupun terletak tinggi tapi tak rasa sejuk pun..macam suam-suam kuku..nak kata panas sangat pun tak jugak.nak menuju kesini laluannya lebih kurang macam nak ke cameron highland jugak..pusing-pusing.
bayaran yang dikenakan cuma rm12.00 untuk dewasa..ok lah murah..untuk kanak-kanak rm 8.00..tapi kalau stay kat hotel refund semula tiket tu..so FOC..


Colmar Tropicale-bangunan ala-ala perancis..
Salah satu tempat menarik di Malaysia yang diilhamkan dari luar negara ialah, Colmar Tropicale. Ia adalah sebuah perkampungan Perancis yang teletak di Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi, Pahang.reka bentuk yang diilhamkan oleh Perkampungan asal Colmar di Perancis. bangunan disini merupakan replika bangunan dari perkampungan Colmar di Perancis tu la. Susah nak jumpa bangunan macam ni kat tempat lain di Malaysia, kecuali kat Bukit Tinggi.cantik dan sangat terpegun tengok,


tempat ni takde lah besar mana.sehari pun dah memadai untuk jalan jalan di tempat ni. kami pergi tengah hari, petang dah balik.syurga bagi pencinta photography..sesiapa yang datang disini memang bertujuan untuk bergambar..memang cantik..setiap pengunjung wajib berposing he hee..


hahh kan tengok baby muhammad pun pose sampai nampak perut..he he hee dah tak larat ibu dia nak dukung..



sebenarnya tak banyak aktiviti yang dapat dijalankan disini,umpama datang bayar untuk scene ambil gambar jew.sesuai untuk relax tempat nie..memang santai sangat.
deretan kedai makan ala-ala perancis..tapi harga memang mahal sikit la..ada gerai cenderamata jugak..sempat jugak beli t-shrt dan key chain untuk anak sulung..kesian dia tak dapat ikut sebab sekolah.



Japanese vellage
Terletak 3,500 kaki di atas paras laut, Kampung Jepun adalah yang pertama seumpamanya di luar Jepun. Taman ini telah direka oleh arkitek terkenal Jepun, Kaio Ariizumi dan dibina oleh satu pasukan 22 tukang mahir dari Jepun.


 Satu tempat percutian yang tenang dan santai, taman ini adalah disertakan dalam hutan hujan tropika yang subur dan mempunyai tempat-tempat seperti Jepun Tea House , Tatami Spa , Taman Botani , Ryo Zan Tei Restoran Jepun dan Ume Tatami Suite.



Dah alang-alang round dalam nie nampak apa yang menarik semua nak amik gambar..



Tetamu boleh memilih untuk mengambil bahagian dalam Majlis Teh ( 4 sesi setiap hari) di mana kita akan belajar sedikit lebih lanjut mengenai budaya Jepun atau menyewa kimono untuk satu atau dua gambar.
Sewa Kimono berharga rm20.00 sepasang.tak sewa pun sebab rasa malas nak sarung-sarung baju..baby muhammad pulak dah nak meragam..tunggu pergi melancung kejepun nanti baru nak pakai kimono he hehee..



Kalau nak masuk Rabbit Park bayaran dikenakan  RM3. Japanese Village free. Untuk pengetahuan semua ada disediakan Shuttle Bas ..takpayah la nak drive sendiri..leh duduk sambil tengok kehijauan alam di sepanjang jalan..




Apabila masing-masing dah penat..almaklumlah nak mendaki ke japanese village nie bukan mudah..sangat mencabar betul..tapi kira masih ok lagi daripada mendaki telaga tujuh di langkawi..kalau fikir-fikir balik memang tak sanggup nak naik lagi..


Pic diatas tak ada kena mengena dengan bukit tinggi ye..lepas hantar baby muhammad ke rumah pengasuh setiap pagi mesti lalu jalan nie..tengok pokok nie berbunga cantik sekali..ramai kawan pose pic pokok nie..dah macam kat korea pulak..jadi dengan gigihnya pagi-pagi snap gambar pokok nie..he h hee ok kan..

oklah sampai disini dulu untuk kali ini..jumpa di next entry salam sayang semua..

Tuesday, 15 April 2014

Terima kasih SAJI - "Bengkel sehari Chef Amer bersama SAJI"



Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua sahabat zila ..
Alhamdulillah dapat menulis lagi disini..di blog kesayangan..lama benar rupanya zila tinggalkan blog nie tanpa khabar berita..he hee terima kasih pada kawan-kawan yang sudi menantikan entry terbaru dari zila ye.




ok cerita seminggu yang lepas.Sabtu 5 April 2014 bertempat di Academy Chef Amer no 26 lorong Raja Nong 1A Off Jalan Raja Nong Klang Selangor.pada awal tahun 2013 majalah SAJI telah mengadakan pertandigan dalam ruangan "Terokai Rahsia Coklat bersama Chef Amer"pemenang yang menjawab soalan dengan betul akan memenangi hadiah "Bengkel sehari Chef Amer bersama SAJI" yang bernilai RM600.00 .

pemenang yang datang dari seluruh malaysia ..diorang memang sangat bertuah diantara ribuan yang menjawab kuiz terkumpul selama 12 bulan.zila pun terasa sangat bertuah walaupun tak masuk kuiz tapi SAJI mempelawa beberapa blogger untuk memeriahkan lagi bangkel itu.


Inilah orang yang bertanggungjawab menginvite zila ke bengkel chef amer..wartawan eksekutif dari majalah SAJI adik zana..sangat gembira dapat bertemu beliau..yerlah biasanya berinbox di fb dan wchat jew..kali ini dapat jumpa depan-depan..kecik jew orangnya..chumill..

salah seorang blogger masakan yang tersohor..kak umi.home sweet home..alahaii terasa segan bila jumpa kak ummi..almaklumlah kak ummi diantara blogger yang sangat zila kagumi..
seorang yang peramah.baru jumpa firstime macam dah bertahun mengenali beliau..sayang akak .


seorang lagi blogger terkenal,kak gee dari gee-hut..siapa yang tak kenal..pun zila first time jumpa dia..terima kasih untuk kak gee sebab bagi ole-ole aritu..alahaiii rasa segan betul,sebab tak sempat nak bagi apa-apa untuk akak.sebab presnt tu tersangat la cantik memang sayang betul nak bukak..tqvm kak gee i love ..tq jugak buat suami akak yang sudi jadi photographer.

inilah buah tangan dari kak gee..cantikkan..



Ini dia chef yang tersohor tue.. tak perlu diperkenalkan lagi..kalau rajin beli SAJI mesti kenal chef amer.beliau pun menulis di dalam majalah saji.seorang chef yang suka buat lawak.ada jew idea dia nak buat orang gelak tak berhenti..



Chef Amer memperolehi Diploma Sains Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM)pada 1991 sebelum melanjutkan pelajarannya dalam bidang coklat & konfeksioneri di ZDS, Solingen, German. Beliau merupakan seorang anak didik kepada World Master Chocolatier – Jean-Pierre Wybauw. Selain itu dia mendalami ilmu & menjalani latihan di Holland, Belgium, Swisszerland & Singapura.


Chef Amer juga sering diminta untuk menyediakan coklat untuk Sultan, Kerabat Diraja, Perdana Menteri, menteri dan orang kenamaan. Chef Amer turut meraih Anugerah Produk Paling Innovatif kerana ciptaan coklat durian pertama Malaysia.


seawal pagi zila dah bangun,alamklumlah nak mencari tempat yang tak pernah kita pergi bukanya mudah.anak dan suami stay dihotel jew..so zila jew memandu mencari academy seperti dialamat yang tertera.


setelah pusing-pusing beberapa kali akhirnya jumpa juga..tak susah mana pun tempatnya..h ehehe hee..kawasan yang sangat mendamaikan..indah masih mengekalkan suasana desa..

Apabila sampai tak lama pogram pun bermula.bermula dengan taklimat dan pengenalan,kemudian kami diajar mengenali coklat dan pastri.mengenai bahan asas dalam pembuatan coklat dan pastri.resepi pertama dari pembuatan coklat " Crunchy Munchy Healty Bar" coklat yang penuh dengan serat bijirin dan coklat tanpa gula..sesuai untuk diabetik..



Di ikuti resepi kedua dari Chef Pembuatan Kek Coklat "Cheezy Pralinosa Cake" amboii tergeliat lidah nak meyebutnya kan..mentang-mentang duduk Jerman nama resepi pun pelik-pelik..he he hee..



Dan saat-saat yang paling dinanti makan time..perut pun dah berbunyi..memang sangat lapar haritu ..saja kosongkan perut sebab nak makan masakan chef yang waalaaa mabless sangat,paling best ikan bakar..sebab zila pengemar tegar ikan bakar..biasanya ikan bakar nie kalau nak tau sedap ke tak kena rasa sambalnya dulu..cheff amer memang serba boleh..dari masakan barat ke masakan melayu..sapu bersih..terror..sup tulang pun sedap..teringat-ingat sampai sekarang.


ok lepas solat dan makan tengahari,kami sambung semula dengan pembuatan kek cawan "Caramello Basque Cup Cake" kek badam berkaremal dengan inti krim kustard berkeju yang yummy.



Dan resepi terakhir pembuatan dessert " Verrine des Tropiques" yang bermaksud dessert ala tropika..he hee he ,dessert dalam small cup gabungan buah oren,nenas,mangga &mousse kelapa..yang ini dessert yang paling zila suka..terbaekk sangat sedap.



sempat jugak chef Amer menghidangkan kepada kami hot choclate..minum panas-panas..tengok..masih berasap lagi tu kan...



kami semua tak pulang dengan tangan kosong.sebab bengkel kali ini mendapat tajaan barangan dari Fonterra Brands (M) Sdn Bhd,coklate Le Bourne ..produk Adabi,minuman Go Fresh Pink Guava,produk pencuci tangan Wonderland Primary Sdn Bhd dan Biskut Julie's.





doorgift dari saji..akhir kata ribuan terima kasih kepada SAJI yang telah memberi peluang zila mengikut serta da lam pogram ini..terasa amat-amat bertuah..terima kasih juga buat chef Amer..chef kesayangan ramai..yang tak lokek ilmu..berkongsi segala ilmu yang dimiliki..alhamdulillah 

bersua lagi di entry akan datang..see you..