Pages

Tuesday, 9 April 2013

kacang pool - bersama teh tarik




Assalammualaikum.
salam sayang untuk semua..alhamdulillah masih diberi kesempatan menulis dan berkongsi sesuatu disini..walaupun asik tenggelam timbul..kejap ada.. lama tak ada...he hhee..




semenjak dua menjak nie masa yang ada sangatlah pack..banyak perkara yang harus diselesaikan ..dan banyak juga kerja-kerja yang terbengkalai..masa nak menatap blog jugak sangat-sangat terhad.

terasa rindu nak bw seperti biasa..insyaallah bila semuanya dah ok zila akan berkunjung seperti biasa..



kacang pool..dah seminggu pic nie terperap dalam draf..hari nie baru sempat dipublishkan...menu kebanggan orang johor..rata-rata bila berkunjung ke johor mesti nak merasa kesedapan kacang pool haji..
kalau tak berkesempatan pergi ke medan selera larkin..di angsana pun ada,rasanya sama jew tak berubah..



bagi zila menu nie simple..kalau makan semangkuk memang tak terasa kenyang..mesti nak ada hidangan lain baru puas hati..he hhee memang kuat makan..
bila zila perkenalkan kacang pool nie pada suami terus dia suka..mungkin kena dengan tekak dia yang suka makan roti..so menu nie dah menjadi menu wajib dirumah nie..sebulan sekali mesti kena buat..memandangkan permintaan yang tinggi dari suami..layankan jew la kan..


pasti ramai yang dah buat kan?..bila zila google resepi memang semuanya lebih kurang  menggunakan bahan yang sama..sebenarnya dalam masakan kita boleh ubah mengikit citarasa kita..mana kita rasakan sedap masukkan jew la..tapi yang penting jangan sampai lari sangat dari menu asal..

pada sesiapa yang nak cuba buat zila sertakan resepinya disini..boleh dimakan bersama apa-apa jenis roti..roti prancis pun ok jugak..tapi zila beli roti yang belum dipotong di tesco..boleh potong ikut hati nak besar mana..sapukan sedikit butter dan bakar..hidangkan bersama teh tarik kaw-kaw..slurpppp..




kacang pool

1 tin kacang pool - brand kimball
300 gram daging kisar
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu kecil serbuk lada
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang holland - didadu
garam secukup rasa
air - secukupnya


cara-caranya
Asingkan kacang pool dari airnya,hancurkan kacang pool menggunakan garpu,jika suka terasa kacangnya jangan hancurkan lumat sangat kemudian ketepikan
Didalam kuali panaskan minyak sapi,tumiskan bahan-bahan yang telah didadu sehingga wangi dan sedikit layu.
Kemudian masukkan rempah-rempah.tumis seketika dan masukkan daging kisar.kacau sehingga daging bertukar warna dan lembut.
Masukkan kacang pool yang telah dilenyek dan kacau rata..kemudiaan masukkan air secukupnya..ikut kepekatan yang dikehandaki..
perasakan dengan garam..sedia dihidang.
bahan hiasan
1 biji telur - digoreng separuh  masak
1 batang cili hijau - dihiris
1 biji bawang holland - didadu
2 biji limau kasturi

35 comments:

  1. menariknya kak...slalu dngar kacang pool nie...tp x penah tgk resepinya...mudah juga mmbuatnya...nnti bole cuba nie....:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...Pernah dengar juga tapi tak pernah makan....

    ReplyDelete
  3. pernah makan sekali je, nak buat malas... hihihi

    ReplyDelete
  4. org Johor & Kacang Pool tak boleh dipisahkan, kannn..

    ReplyDelete
  5. Kakcik pernah makan di stesen bas Larkin. Memang sedap. :)

    ReplyDelete
  6. Belum pernah makan kacang pool..hmm lain kali pergi Johor boleh coba..hehe

    ReplyDelete
  7. baru kali ini dengar nama kacang pool. Keliatan nikmat disajikan dengan pelengkap yang menggugah selera....

    ReplyDelete
  8. Sedapnya...dah lama jugak tak ulang menu ni...

    ReplyDelete
  9. Ssalam zila... apa khabar... menu kacang pool ni favourite husben mori... mmg sedap makan cam nie...

    ReplyDelete
  10. Selalu ikut hubby gi JB tapi dia taknah nak bwk gi makan kacang pool haji tuh huhuuu.. so maseh sangat sharing eh! Buat sendirik lagi puas hati boleh buat manyak2! Hahaha (tamak) Jemput singgah :) Tudung Bawal Bidang 60 baru masyuk!

    ReplyDelete
  11. Adik kakak masih kuat lagi nak masak-masak ye. Harap-harap sihatlah sampai melahirkan.

    Kalau dekat nak juga kakak merasa Zila.. jaga diri tau

    ReplyDelete
  12. kacang phool tu ok, saya pun suka tapi teh tarik cannot, angin semacam je kalau minum :)

    ReplyDelete
  13. Lama menyepi. Sihat ke? Akak belum pernah rasa lagi kacang phool ni.

    ReplyDelete
  14. Salam kak zila cayangg... tun xmakan daging, tp terliur sungguh tengok roti bakar tuu.. mcm kat kopitiam lah.

    ReplyDelete
  15. Asslmkm kak Zila.
    Sue pun lama tak jenguk sini.
    Selalu tengok kat tb dan dengar orag cakap ja. Rasa tak pernah lagi.

    ReplyDelete
  16. salam Zila dear, selalu tgk menu ni kat FB dan blog tapi cam tak minat aje tapi bila tgk n3 Zila ni timbul lak rasa minat nak cuba...:) nampak ringkas aje...tapi yg paling suka tgk teh tarik gan roti tu emmm gerammmm.

    ReplyDelete
  17. Amboi cedapnyer cayang.. :b

    ReplyDelete
  18. Kita tak pernah makan kak..

    ReplyDelete
  19. salam zila, pernah mkn skali, itu pun kwn dr Johor yg wat kan, mmng sdp.....

    ReplyDelete
  20. salam sayang Zila....

    wah memang menu menarik untuk minum petang nie....sedap...

    ReplyDelete
  21. nampak sedap, but family KA kurang minat so x pernah buat !

    ReplyDelete
  22. tak pernah makan macam ini, satu hari, saya nak cuba juga!

    ReplyDelete
  23. Sedapnya! Nak nak pulak tengok busa kat atas minuman tu... perghhh... tak boleh tahan!

    ReplyDelete
  24. Arita g jb tak teringat lgsg ke kacang pool ni, padahal Ada je g angsana

    ReplyDelete
  25. kerana kacang pool ini saya dah jadi kawan kat blog awak.dah lama nak rasa dapat tengok gambar pun jadilah.jom jadi kawan kita pula..

    ReplyDelete
  26. wah boleh wat sendiri ye kak zila...zila lum penah try lagi ni..

    ReplyDelete
  27. This is been so healthy and yummy for the breakfast. I have been referring the below site for the breakfast.
    Britannia cheese products

    ReplyDelete
  28. Isk isk isk telan air liur tgk kacang pool ngan roti tu adehhhhh sedap nyerrrrrrrrrrrrrrrr :)

    ReplyDelete
  29. singgah blog kak zila je mesti tension..stresss...sebab tengok makanan sedap sedap jadi mengidam terus!!! :)

    ReplyDelete
  30. fav twin QH ni kak...biase dia g yg kt larkin tu..QH biase mkn yg kt cafe tu aje..mgkn rasanya sikit bebza kot..rajin leh try nti

    ReplyDelete
  31. Menjenguk rumah zila hari ini. Moga sihat hingga melahirkan..

    ReplyDelete
  32. Aslmkum Zila. moga sihat ceria.
    kalau kcg pool femes kat sini buat cicah roti Arab tp tak letak daging. yg Zila hidangkan ni letak daging pasti lagi sedap.
    ralit dok tengok entry kat bawah Swak itu....paling best kisah ke Seriken itu...mcm2 ada.

    ReplyDelete
  33. Salam kak...sihat ke? Baby on the way sihat..? Heheheh..saya seronok nak tunggu baby. Anyway, saya sangattt teringin nak makan kacang pool nie. Tapi dah berkali2 ke Johor pun masih belum ada rezeki nak makan lagi. Saya tak pandai jalan2 kat sana and saya tak tau nak pergi mana sebenarnya.

    ReplyDelete
  34. Assalam zila, wah kacang pool memang favourite my family..kalau bulan puasa menu wajib ni..kalau tak bulan puasa, selalunya hujung minggu baru buat..heavy breakfastlah katakan..sedap nampak kacang pool zila ni..adeh..telan air liur ler..sebab dah lama tak buat..:)

    ReplyDelete
  35. wlupun entry akak pasal kacang pool sya ttap nk ckp telur tu nmpk sedap.. hihihi

    ReplyDelete