Pages

Thursday, 18 October 2012

apam tepung beras a.k.a apam salju


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam salam sayang untuk semua..really miss u allz..



selamat pagi semua..
uiitsss dah beberapa hari tak mengupdate blog..rindunya dengan semua..terasa rugi jugak sebab tak sempat nak skodeng dan BW macam biasa..



sebenarnya dalam minggu ini zila agak sibuk,biasalah tuntutan kerja yang tak ada penghujungnya..hari ini baru free sikit..he heee bolehlah terjah dapur kawan-kawan semua..insyaallah zila akan membuat kunjugan balas antara lambat dan cepat ok..ummahhh i love u all..



oklah cerita bab masakan pulak..hari ini zila share entry tertunggak,jumaat lepas zila buat apam nie..seumur hidup memang tak pernah buat..h ehhee teruk betul kan..suka makan apam macamnie..tapi biasanya zila beli jew lah..tapi bila sedikit kerajinan tu datang..mulalah mencuba nak buat sendiri..tapi nak menunggu 3 jam tu yang malassss sesangat...he heee..




tapi kesabaran tu berbaloi..sebab apam nie sangat lembut..sedappp..zila ambil resepi nie dari rakan facebook..minta maaf sebab tak letak nama..time tu main salin jew resepi..zila ada bookmark page tue..tapi tak tau kat window mana..sebab lappy zila nie ada 3 window..last-last pening nak mencari..



pada sesiapa nak mencuba bolehlah cuba ok..zila panjang-panjangkan lagi resepinya disini..mintak halal pada penyumbang resepi..bye semua..



Apam tepung beras a.k.a apam salju

bahan-bahanya
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
1 sudu kecil  yis mauripan
kelapa parut
sedikit garam



cara-caranya

  1. blend nasi dan air hingga hancur.
  2. kemudian masukkan brown sugar dan gula pasir blend beberapa minit lagi.
  3. dalam bekas lain satukan tepung beras,tepung gandum dan yis mauripan.
  4. campurkan adunan nasi tadi kedalam tepung..kacau rata
  5. bahagikan kepada beberapa warna yang digemari.
  6. perap 3 jam baru boleh dikukus.
  7. masukkan dalam acuan lompang atau acuan yang digemari
  8. sapu minyak pada acuan terlebih dahulu supaya tidak melekat.
  9. kukus lebih kurang 15 minit
  10. sedia dihidang.