Assalammualaikum salam sayang dan salam sejahtera semua.bersambung kembali langkawi part 4..inilah diantara tempat-tempat yang kami lawati..
Galeri Perdana, galeri yang menempatkan pelbagai hadiah yang diterima oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Yang ni memang kena singgah sebab zila tak pernah tengok apa yang beliau pernah terima sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.
Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.
Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut.
Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Walaupun kadangkala cetusan idea dan wawasan beliau kurang difahami, namun hakikatnya beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan terkehadapan, malah lebih jauh daripada pemikiran orang Melayu khususnya.
Kini, kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilangan membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada 8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu.
Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.
kami menyambung perjalanan kami di Kompleks Kraf Langkawi ialah One Stop Craft Centre yang telah ditubuhkan di Langkawi pada tahun 1996 untuk memudahkan para pelawat membeli kraf Malaysia..
Kompleks Kraf Langkawi menyediakan ruang niaga bagi usahawan-usahawan menjual pelbagai produk kraf buatan Malaysia kepada pengunjung dari dalam dan luar Negara yang berkunjung ke Langkawi. Kompleks ini terletak kira-kira 21km perjalanan dari Bandar Kuah dan 24 km dari Lapangan Terbang Padang Mat Sirat yang menjadi pintu masuk utama ke Pulau Langkawi.
cantik kan hasik kerja tangan diorang..wahh saya sangat kagum
Kompleks Kraf Langkawi mempunyai dua buah Muzium iaitu Muzium Adat Istiadat Perkahwinan dan Muzium Warisan yang memaparkan budaya dan adat Perkahwinan kaum-kaum utama di Malaysia serta pameran barang-barang seperti keris-keris dan artifak-artifak lama yang mempunyai nilai dan sejarah yang tersendiri.
kami tak sempat ambil banyak gambar disini sebab masing-masing sibuk..h ehhe
dari awal pagi kami dah plan nak kesini..cable car..tapi memang amat menghampakan sebab hari itu cable car tidak beroperasi..petir dan hujan tidak selamat untuk penggunjung..wahh amat frust giteww kan..so saya hanya mampu mengambil gambar dari jarak jauh jew lah kan...
tgok tue..bestkan bila dapat berada di puncak tue..keciwaa..tapi hubby saya kata next time bolehlah naik..kalu dah semua tempat dilawati next time dah malas nak datang lagi...errmmmm saya dengar jew la..h ehhee
dalam perjalanan nak balik kami singgah disini sekejap..sebab pemandanganya sangat cantik..dua model saya pose la sampai letih..last-last pic saya yang tak ada rupanya..he hhee.
tempat orang perempuan membeli belah..first time saya ke idaman suri..memang ramai pengunjung..tak banyak yang saya beli ..cuma round-round jew.pukul 9 permis perniagaan pun hendak ditutup...wahhh cepatnyaa..terperanjat jugak la..sebab kalau kat jb sampai ke 10.30 atau 11.00 baru nak tutup..he hhe alahaii tak puas cuci mata..esok dah nak balik..
tengok..cantik kan..tapi time tue rumput-rumput baru lepas dipotong..tue antara longgokan rumput yang belum di pungut..tapi saya tetap suka pemandagan disini..memang mendamaikan.
pokok-pokok pun baru lepas dicantas..tapi tetap damai..
inilah dia dataran helang..tak lengkap rasanya jika tidak kemari ..ramai pelancong-pelancong menggambil gambar disini..
Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat dipulau ini.
berakhir sudah percutian saya disini..pukul 12 tengahari kami beli tiket feri ke kuala kedah..ambil kereta dan pulang ke jb..
teringat masa pergi beberapa tahun dulu. bertolak jumaat, ahad balik. bawak kereta macam nak gila. shopping tak hengat sampai tax dekat 3k.. entah bila nk pegi lg
ReplyDeletesalam zila.....
ReplyDeleten3 kita kali nie.... sama lah pulak....apa pun memang bestlah bercuti kat langkawi kan....?
Beautiful photos as usual !
ReplyDeletePgi ari tu....x dpt jejak pun dataran lang nie kak....mmg x lengkap rasanya bila x de pic helang tu....huhuhu.....
ReplyDeletecheq sue..
ReplyDeletewahh sampai 3k mesti shooping byk tue kan..h ehhe tp mmg best la kesana:)
yan
ReplyDeletehe heehee yew kew..mmg best kan yan:)
sonia.
ReplyDeletetq dear..ur pic also awsome..:)
syifa..
ReplyDeletemmg btl..klu x amik pic lang nie..mcm x lengkap jew kan:)
Salam Zila, masa akk pegi dulu anak cukup takut ngan burung garuda tu...menangis2 dia bila ajak ambik gambo hi hi.
ReplyDeletesemua gambar menarik... Dr M idola saya....
ReplyDeletesalam zila
ReplyDeletePergh! Sronok ta bca post ttg langkawi ni. Photo2 pun ok gak! Loodingnya laju time ta masuk sini.
Keep it up.ada sambungannya lg ke?
cantiknya pemandangan di langkawi
ReplyDeletelast saya pergi tahun 2009.... Insyallah saya akan ke sana lepas krismas, 26hb ni... dulu tak sempat pergi Idaman Suri... kali ni mesti pergi...hahahaha.... gambar pokok yg rumput baru potong tu kat mana ye?...
ReplyDeletesalam zila... cantik2nyer gambar yang diambil... akak pon baru jerk pegi aritu minggu kedua cuti skola klu tak silap... tak dan nak merayap banyak tempat.. si askar2 kecik tuh byk ragam tol.. rasa mcm tak puas bjalan... tunggu diorg beso sket la br puas nak enjoy.. hahaha... cable car tuh anak2 ngan suami ajer yg naik.. akak ngan bb tak naik.. gayatttttt... wahahahahaa
ReplyDeletewahh... bestnyer mkn angin... lawa2 gambar..
ReplyDeleteassalam Zila
ReplyDeletetq ye, lama akak tak jln2 blog zila ni dek hal2 yg berlaku
akak pun tingin nak tgk galeri Tun Tokoh pujaan akak. ni sgt2 teringin he he masa dulu ke Langkawi x kesini pun
dpt tgk gambar2 yg zila kongsi ni pun oklah..sb cantik pic2 disni
marsita..
ReplyDeleteakk mmg besar la lang tue..patut ank akk nangis..he hhe zila rasa cam kecik jew ada kt bawah tue:)
kak amie..
ReplyDeleteDR M mmg kesayangan rakyat kan.
tirana aduka
ReplyDeletetq yer kesini,last epesod nie..boleh baca part 1 sampai 3 tue..
fnf
ReplyDeletelangkawi mmg x pernah jemu dilawati..
jaja
ReplyDeleteidaman suri mmg tmpat org pompuan kan..x pergi mcm x lengkap jew..he hee..
pokok tue bersebelahan dataran helang tue..macam taman jgk la.,cantik tau.
kak hana
ReplyDeletemmg la kan kak klu bwk ank agk leceh sikit..nk ke pulau pun cam susah kan..he hhe klu zila mcm suka plk kak..he ehehe mgkin dh sampai atas baru gayat kot..
kak madihaa
ReplyDeleteakk kena g jugak tau..mesti nk borong kak:)
wsalam mama,
ReplyDeleteakk jgk harus kesana nnt tau..mmg cantik tmpatnya tau.
Salam kak zila.. tun mmg sgt respect kat tun dr mahathir! rasa2nya, dia la org yg paling berjasa dlm memajukan malaysia, xde pemimpin skrg yg blh challenge.
ReplyDeletetun blm berkesempatan pegi langkawi, selalu duk plan2 pastu xjadi, last time family tun pergi tun sorg yg kene tinggal sbb xdpt cuti.. sedih betul.
cantik2 sangat picnya...asz time duk kedah 2 thn lps p...mmg best...tp siap la kalau time cuti2 sekolah nie..ramai sgt org ...duit pun siap le...hehe
ReplyDelete