salam sejahtera dan salam sayang semua..terima kasih pada follower baru kerana sudi mengikuti blog zila nie..dan terima kasih juga pada teman-teman yang meninggalkan komen yang indah..i love u semua..
semalam merupakan hari cuti buat warga johor.Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar ..dikesempatan itu ramai yang membawa anak-anak berjalan..walaupun hanya satu hari ..cukup kew h ehhe..
zila ambil peluang tue pergi ke angsana..sebenarnya tak ada tujuan yang tetap nak kesana ..sekadar nak tengok pameran kraf yang diadakan sehingga 25 december ini..
hasil kraf semuanya ada disitu..kompang,keris,tembikar dan yang paling banyak baju batik..oleh kerana camera tak dibawa tue yang tak ada pic nak tunjuk..he hhee sesiapa warga johor yang nak pergi bolehlah kesana..parking masih ok semalam..
ok lah berbalik pada menu alam maya hari ini..
ketam goreng telur masin..ramai yang dah pernah buat kan?..tapi tak semua orang suka makan ketam..kadang-kadang ada yang alah dengan ketam..
bagi zila ok jew lah..he hhee rasanya memang sedap ..lemak-lemak kuning telur masin tue yang jadi sedap..
tapi kalau budak-budak agak leceh sikit nak makan..isi pun tak banyak..nak ketuk-ketuk jari ketam tue yang malas kan..h ehhe memang tak boleh jadi lauk..kena ratah camtu jew baru sedap..
biasa zila buat guna bahagian kuning telur tue jew ..tapi kali ini saja nak letak bahagian putih tue pulak..rasanya tak jauh beza..cuma tak payah letak garam sebab masin tue dah ok..
pada sesiapa yang nak mencuba zila sertakan resepinya disini seperti biasa..sebagai rujukan diri..dan memanjangkan lagi ilmu ..semoga bermunafaat kepada semua..
sampai disini dulu ..bye semua..
ketam goreng telur masin
bahan-bahan:-
- 3 ekor ketam bunga
- 10 biji cili api - dihiris ikut kepedasan masing-masing
- 2 tangkai daun kari
- 3 sudu besar butter
- 5 biji telur masin
- 1 sudu kecil gula
- 3 sudu besar susu cair
- 2 biji bwg putih - di ketuk
- 3 sudu besar tepung jagung
- garam
- serbuk lada sulah secukupnya
- minyak masak utk menggoreng
cara
- rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan - zila tambah 1 biji bahagian putih telur masin.
- bersihkan ketam potong kepada dua bahagian,goreng dengan tepung jagung.
- goreng deep fried - asingkan
- panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi sampai wangi
- masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
- masukkan susu segar,gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya.
- kacau rata,tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih ,masukkan ketam kacau rata dan sedia dihidang.
as-salam
ReplyDeleteWow these look delicious ..I wish I had one of them!
arghhhhhhhh menggoda.
ReplyDeletedua2nya saya suka
telur masin n ketam
Sangat sedap ketam goreng telor masin ni...kita memang suka sangat...klu kat sabah selalu pg makan kat restoran seafod...
ReplyDeleteaduhhhh sedapnyerrr.... aritu penah try skali tapi guna telur itik tanpa masin. tu pon sbb nak perabih telur itik. tp kurang menyengat la.. mmg harus carik telur itik yang dimasin jugakk...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam ZILA....
ReplyDeleteyan pun suka ketam masak macam nie...kat rumah selalu juga masak macam nie.....makan dengan nasi panas2 wow....
sedapnya..
ReplyDeletemmg suka sangat mkn ketam
baru nie pun makan ketam gak...tak pernah mkn ketam campur telur masin lagi...nextime leh cuba...suka tengok gambar makanan dlm blog nie cantik2..dan menarik
ReplyDeletesedap ni...tapi kami sekeluarga malasssss nya kalau nak makan ketam ni...kalau Zila tolong bukak kan kulit dia boleh lah he he
ReplyDeleteMy husband "hantu" ketam. Memang wajib ada atas meja at least once a week. Tapi memang takleh jadi lauk pun, end up meratah je.
ReplyDeleteterliur!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteorg china suka lauk ni kan...kalau tgk rancangan masakkan china mesti tak tinggal ketam telor masin...
ReplyDeletealahiiiiii...kenapa ketam itu kejam sgt...goda2 mas...sedapnya kak... dlm gambar dh nmpak sgt2 sedap..kalau akk hulur depan mas...lagi la kannnnn :)
aduh sedapnya nampak wlaaupun belum pernah rasa tapi dah dpt agak mmg sedap giler ni,boleh try tugngu ramai orang kan rumah baru berbaloiii buat, bukan ape makan sedap teringat kat anak2 jauh sabo je lah hee
ReplyDeletemenu ketam ni jarang bertandang kat rumah akak... sebab utamanya tulah.. mcm zila ckp nak mkn ketam ni agak leceh.. nak buat bagi anak2.. memang dorang tak reti sgt nak mkn & korek2 isi ketam tu.. jadi memang malas la nak membelinya...kalau beli pun sebab dah betul2 teringin.. hehe...
ReplyDeletealahai sdapnya gandingan ni...mmg syok buat ratah ni kak..
ReplyDeleteSalaam Zila...
ReplyDeleteLama dah mama tak makan ketam. Nak beli, malas pulak sebab nanti mama sorang yang nak kena habiskan. Tak apalah.. mama makan di alam maya je la...
Assalam Zila, amboiii sedapnya ketam...aah kaan, akak pun dah lama x makan ketam...masak dgn telor masin mmg best, dua perisa dlm satu menu...walllaaaaahhhh!
ReplyDeleteSalam kak zila.. uuu...uuu.. sedapnyerr... terliur sgt2 dh nih.
ReplyDeletemsti rasa dia lemak2 masin nie kan kak...tp sayangnya...sy x mkn ketam plak....huhuhu....
ReplyDeleteKakak semalam belanja barang dapur di Larkin lupa pulak nak beli telur masin. Baca ni baru teringat.
ReplyDeleteTeringin nak buat macam zila nie.
Aslmkum Zila. rasa lama tak singgah dapir Zila. belum pernah masak menu ketam telur masin ni...kalau telur masin kena buat dulu.
ReplyDeletere;ttg gula kek coklat itu, akk guna blend halus gula biasa sbb di Cairo tak da gula kastor..letak dlm 1 2/3 cwn sbb gula biasa lagi manis.
Salam zila cyg...
ReplyDeletelambat sampai ..sure dh licin meratah...husband suka sgt ketam...kalu buat masak mcm nie lg la perabis dia sorang je la jwbnya ..hehe
http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/
ReplyDeletetinggalkan jejak...follow done..tq
guna soft shell crab lg best..terus ngap...
ReplyDeleteYou just blew my mind. I need to make this ASAP!
ReplyDeleteohhh, lain kali mahu cuba. Selalu fikir macammana nak masak ketam telur masin tapi tak pernah pulaklah menggoogle, hehe
ReplyDeleteAssalam zila, sedap dan sangat menarik untuk di cuba nih ketam msk mcm ni, , mesti sedap
ReplyDeleteperghh kak .. terbaik lah
ReplyDeletesaya x pernah layie masak ketam telur masin nie
hurmmm
kena cuba nie ;)
perrgghhhh...memang telan air liur...seriusss
ReplyDeletekobinasi yg menarik...kebetulan dua dua kak suka...telur masin dan ketam
fullamak...dua2 pun sy sukaaa... ketam suka...telur masin pun suka gakkk... tp mana laaa nk carik telur masin kat Nihon...kena buat sendirik...
ReplyDeleteSalam Kak Zila..nampak sedaplah resipi ni....macam nak cuba jugalah...
ReplyDeletefav saya masak ketam camni tapi saya selalu steam je ketam tu. apapun memang best la makan ketam hee...
ReplyDeletewow!ni btol2 mengancam...iskkkk
ReplyDeleteJumpa akhirnya resepi utk soft shell crab yg baru beli tadi..terima kasih..
ReplyDeletegolden goose francy
ReplyDeletejordans
kyrie 4
yeezy supply
off white hoodie
balenciaga speed
cheap jordans
lebron james shoes
yeezy shoes
balenciaga sneakers
I’m impressed, I have to admit. Genuinely rarely should i encounter a weblog that’s both educative and entertaining, and let me tell you, you might have hit the nail about the head. Your thought is outstanding; the problem is an element that inadequate individuals are speaking intelligently about. We are delighted we stumbled across this at my hunt for something relating to this. http://bigholec4lodge.com
ReplyDeleteSometimes the easier to simply take one step back again and also recognize that few people gives your beliefs https://portuguese-passport.online
ReplyDelete