Assalammualikum..
salam sejahtera dan salam sayang semua pengunjung blog zila. diharap semuanya happy always..terima kasih atas komen-komen yang indah..zila pasti akan membuat kunjugan semula..antara lambat dan cepat tau..i love u ..
Enoki Mushroom
sekejap jew dah hari jumaat. atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ .
tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari.
ok lah hari ini nak share satu lagi masakan..kiranya masakan yang memang kerap zila hidangkan buat keluarga kecil zila.
memang mendapat sambutan yang menggalakkan dari anak zila kalau buat tomyam macam ini... pernah makan x?
rasanya amat-amat sedap..kadang-kadang zila tak letak bahan-bahan yang banyak..cuma udang dan enoki mushroom nie jew ..siapa yang pernah rasa mesti akan jatuh hati..
zila buat tomyam ini semalam,dua tiga hari nie tekak rasa nak makan sup-sup ataupun tomyam..hari-hari sampai buntu tak tau nak masak apa..nak makan diluar memang dah jemu..so plan dengan anak nak buat enoki tomyam.pergilah kami berdua ke jusco mencari bahan-bahan yang diperlukan..
Resepinya seperti tomyam biasa..cuma bezanya ada penambahan cendawan enoki..rasanya lembut..bila dah bercampur dengan kuah tomyam lagilah sedap..sebab ada rasa masam-masam dan pedas.bagi zila tomyam lebih sedap jika kuahnya pekat..kalau cair memang zila tak minat..biasanya zila letak air tak banyak sebab suka pekat..dan aroma dari daun limau dan daun ketumbar memang zila suka..oklah jom semak resepi tomyam yang mudah..
Enoki mushroom tomyam
by - zila4ever.blogspot.com
bahan-bahan
enoki mushroom - 1 paket
beberapa keping - udang,ayam dan sotong
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji bawang putih - ditumbuk
cili padi merah ditumbuk - ikut kepedasan masing-masing
2 batang serai - diketuk
sedikit daun ketubar
5 helai daun limau purut
2-3 sudu besar pes tomyam
perahan air limau
4 cawan air - ikut kepekatan masing-masing
beberapa biji tomato - potong 4
cara-caranya
tumis bawang putih dengan sedikit sahaja minyak..hingga sedikit kekuningan.
masukkan ayam kacau sebentar dan tutup,sehingga air ayam keluar.
kemudian masukkan air biar hingga mendidih.masuk serai,cili padi dan bawang besar,daun limau dan pes tomyam.
masukkan enoki mushroom dan tomato.last masukkan perahan air limau.perasakan semuanya dan sedia dihidang.
selamat mencuba - bye semua
Asslmkum Kak Zila.
ReplyDeleteOk..serender..Tomyam akak lg mengguda dr tomyam sue..Ada yg balik ni bwt lg ni..
Lepas ni boleh letak cendawan enoki jg..(^_~)
akak tak penah beli/makan mushroom tu..selalu tengok kat tesco je.bila tengok zila buat tomyam ni terus rasa nak beli la balik keja ptg ni.nama dia enoki ye.
ReplyDeletesue..tapi pes tomyam sue lg sedap..dr perlis lg..:)
ReplyDeleteina - boleh try buat tau..aah enoki..biasanya zila beli di jusco:)
ReplyDeleteSalam kakak manissss, selamattt pagiiiiii :D tak leh jadi arini nk buat tom yum jugak :D terliur sungguh lerrrr. Enoki mushroom sedap budak2 kat rumah ni mkn klu cendawan2 lain derang tk mkn tp kena masak dgn miso soup sbb tom yum pedas :D tgh hari nk masak tom yum lerr geram betul tgk tom yum niii :D
ReplyDeleteAdoiiii...nak tapaw semangkuk boleh? hehehe
ReplyDeleteKeluarga kaka penggemar mushroom tak kita apa pun bentuk zila. Kakak selalu campur dalam sup fish ball. Nak cuba style zila masuk dalam tomyam pulak mesti sedap nie..
ReplyDeletetina tergoda hehe
ReplyDeletebalik karang nak carik lah bahan masak tomyam, selalu tgk je kat giant ni, tak penah nak beli pun sebab tau tau rasa dia cmana
tina copy resepi ye, makasih
Perghh...tergoda nengok tomyam ni. memang suke pun cendawan enoki ni...selalu goreng or masak tumis air jerk...next time leh cuba tomyam lak...kecur sehhhhh!
ReplyDeleteLamanya tak masak tomyam. Saya suka semua jenis cendawan.
ReplyDeleteas salam k.zila cayang...:)
ReplyDeletex baik tau bagi orng tegoda goda nengok tomyam nie...dah la tomyam dah jadi peberet sy lak skrng nie....mmg x tahan le menghirupnya...lau mak mertua lalu mmg x nmpk lah nie...hehehe....
sedap eh kak mkan cendawan tu? sy selalu nmpk...x penah beli...sbb x tau masaknya gi mana...hahaha...
enak mbanget kayanya...sy tak pernah beli mushroom ni kak..hirup2 segaaaarrr!!
ReplyDeleteassalam zila
ReplyDeletesedap tu hirup panas2 he he kuah tomyamnya
memang kesukaan jg mushroom , goreng ke masak lemak atau wat tomyam he hee
aslmkum zila.. tak prnh beli cendwan enoki ni.. klau yg jenis tiram tu selalu la.. nanti nak kene cuba jugak ni zila..
ReplyDeleteslm sygg kak Zila...nmpk sgt myelerakan tomyam enoki tu la...lain dr yg lain ni...gmbo pon superb cantik sgt...
ReplyDeletesalam zila
ReplyDeletesedapnya nampak tomyam ni apa lagi ada cendawan enoki ni anak akak kalau ke pasaraya pasti dia memborong cendawan termasuk yg ni tapi dia selalu buat sup je boleh lah try yg ni lagi
Assalam zila, waduh ada tom yam ..sedap ni zila..enoki mushroom buat masak sup2 macam ni memang sedap dah tak payah gunakan suun kalau akak masak sup air2 gitu..masak tom yam lagilah sedapkan..kecur sudah ni..
ReplyDeletesalam kak zila cayangg ^^ tun suka makan tom yam! lagi pedas lagi lajuuu tun makan. hihi... xpernah masukkan cendawan ni dlm tom yam, pernah stir-fry, tp xbest sgt. maybe sesuai utk wat tomyam ngan masak sup2 la tu kan. nnti nk try masukkan dlm tom yam jugak lah ^^
ReplyDeleteMmg fav tomyam....masam2 pedas.Sedap hirup kuahnya.
ReplyDeletewaaa.. akak suka bangett cendawan ni Zila.. nak nak pulak kena ngan tomyam tu.. perggghh.. bestnyerr klu dpt hirup tomyam tu.
ReplyDeletesedap2
ReplyDeletetomyam suka
cendawan pun suka
sedapnya tom yum.seger rasanya.iya tak terasa yah jumat lagi.tapi melly suka weekend dtg cepet..hehe
ReplyDeletehave a great weekend zila sayang.
salam rindu zila..mak aihh akak dh dpt bayangkan kesedapan sup tomyam enoki nih..mmg akak suka banget sayur enoki nih..wat menu camner pun..kalu makan stimbot johnny's tu mesti oder enoki lebih..daapnyer!
ReplyDeleteSalam, cantik foto kat sini...tgk Tomyam ni kecur air liur...
ReplyDeletesalam kak zila... cuti2 kat mana ni hihi.. wani kalo tom yam memang suka beno letak kulat2 bagai .. dah lama tak bertom yam...
ReplyDeletesedapnye...dah lama tak mkn tomyam. nyum3... buat pedas2 baru kaw...hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum Zila :D
ReplyDeleteKak Lin biasa nampak enoki mushroom ni kat supermarket tapi tak pernah teringin nak beli pun...bila tgk Zila masak ni mcm nak cuba juga...lebih2 lagi tgk udang yg melengkau-lengkau tu...sedapnya!!!!
kak zila..yg ni tak penah cuba pun letak enoki tu..selalunya kalau enoki saya suka letak dalam kuah spageti,sedap jugak..nnt cuba akk buat pulak ek..
ReplyDeletesenang dimasak, sedap dimakan!
ReplyDelete