Pages

Monday, 9 July 2012

puding tapai ubi dan rock melon


Assalammualaikum


dan salam sayang semua pengunjung blog zila yang setia..terima kasih atas kunjugan dan komen-komen yang indah..semakin bersemangat nak berblog..i love u allz..




minta maaf jika zila masih tak sempat jengah blog kawan-kawan..tapi jangan risau zila pasti akan datang yer..antara lambat dan cepat jew.tungguuu..cuma time kat opis kadang-kadang tak sempat nak celah.. kerja sangat pack..



jomlah cerita pasal masak-masak pulak..siapa pernah buat puding camnie?..mesti ramai yang dah try kan?..zila pun sama..dah banyak kali buat..time buat open house kat rumah mesti zila hidangkan tapai ini..tapi tak berserta rock melon..cuma zila dadukan tembikai susu biasa jew..tp memang sedap.


terasa masam-masam tapai ubi tue..tapai ubi tu zila tak buat beli jew..satu pack kecil RM1 ..memang berbaloi sebab rasanya manis..kalau buat sediri belum pasti akan menjadi..he hehe takut-takut keras la pulak..


cara membuatnya sama seperti kita buat puding koktail..cuma kita gantikan dari segi buah-buahan..kerana yang fresh tu kan lebih baik.he ehee .kita dadukan buah rock melon, isi dalam bekas yang disukai..masukkan tapai ubi kemudian curahkan kuah diatasnya.masukkan dalam peti sejuk seketika dan sedia dinikmati..disini zila sharekan resepi untuk kuah  sebagai rujukan zila dan pada sesiapa yang nak mencuba.




Bahan kuah puding
 1 tin susu cair atau susu segar
2/3 cawan gula pasir atau gula merah
1/2 cawan air
1 sudu teh essen vanilla
1 helai daun pandan


Bahan Kuah 
Campur semua bahan dan masak kuah dengan api perlahan. Tutup api bila mendidih, perasakan kemanisannya..sejukkan.



selamat mencuba.:)




31 comments:

  1. Salam Zila..
    Selamat pagi..
    Waaaa... pagi-pagi dah terhidang puding atas meja..

    Rock Melon tu akak suka, tapai ubi pun suka! gabungan kedua-duanya dlm puding lagilah bertambah-tambah suka!!

    Lebih-lebih bertambah suka dengan hasil gambar yang mempersonakan dan membangkitkan selera! ^_^

    nak sikit boleh ^_*

    ReplyDelete
  2. salam zila cayang..
    sedapnya tengok hidangan dah lama tak makan sedap2 ni kalau dpt semangkok tu mesti hilang rasa haus dan lapar akak ni kan..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tengok hidangan zila ni, terlior akak pepagi. kat sini akak selalu terkena tapai ubi yang tah hape2 rasanya, sakit hati nak beli.
    Ingat kalau balik semenanjung akak nak mkn tapai puas2.

    ReplyDelete
  4. Wah! Tapai ubi.... ada istilah khas tentang menu begini tapi kak Amie lupa! Sedap dinikmati waktu berbuka puasa!

    ReplyDelete
  5. OMG...this is not done! I'm coming over to your home dear :)

    Simpankan untuk I puding tu bersama buah manggis!!! My most fav fruit!

    ReplyDelete
  6. salam Zila..sedaaapnya..pernah jiran nekcik bagi tapai ngan kuah dan ada campuran telur..pelik tapi sedaap jugak!!

    ReplyDelete
  7. mak aih...sedapnyer...fresh ;)) bz2 ni kak...express bw

    ReplyDelete
  8. saya suka gak makan tapai ubi...tapi seyes tak penah buat lagi dessert cmni...macam lagi best je dibuat mcm ni kan...alahaiiii kat nihon mana laaa nk cari tapai...ubi kayu pun tak penah jumpa...nanges...hwaaaa

    ReplyDelete
  9. suka mkn tapai,tp bila buat asyik x menjadi je....

    ReplyDelete
  10. Lama tak makan tapai ubi. Sedapnya...

    ReplyDelete
  11. wahh zila..kita tak pernah makan le desert cam gini...pakai tapai ye...menarik la...:)

    ReplyDelete
  12. biasa mkn gituw je atau dgn air sirap merah..sdpnyeee..

    ReplyDelete
  13. As'salamZila

    k.ct belum pernah merasa dan buat dessert macam ni, mungkin satu hari k.ct akan cuba ya, nampak sangat sedap. ditambah lagi tapai ubi fav k.ct tuuu :)

    ReplyDelete
  14. Salam kak zila, wah mmg sungguh menyegarkan, ada vitamin C, i like...dua mangkuk please : )

    ReplyDelete
  15. Salam Zila Sayang,
    sedapnya nampak puding tu.umi belum pernah buat tapi tapai ubi memang fav. umi...nak cuba la nanti...terima kasih share resepinya...

    ReplyDelete
  16. Sedap ni. Dah terasa keenakannya bila dimakan sejuk sejuk

    ReplyDelete
  17. slm Kak Zila cyggg...rindunya dgn akak...amboiii sedapnye tgk dessert tu...bleh dibuat utk buka posa xlama lg ni...

    ReplyDelete
  18. Sini pow musim melon jugak
    Sejuk jer tekak mkn
    Oishii sou mmg nmpk sgt lazatttttt (*^_^*)

    ReplyDelete
  19. waduh2 kak, puding buahan tempatan nampaknye, kreatif betul kakak ni..ehehe..camne rasa dia ni, mesti best...

    ReplyDelete
  20. buleh lah cuba nanti ni. very simple kan.. yg penting sedapp..

    ReplyDelete
  21. So long I have not had tapai, sound sedapnya .

    ReplyDelete
  22. ~xpenah fikir plak nk letak tapai klu bt desert cani..nnt nk try lah.. suka tapai.. mst sedap niii ^_^

    ReplyDelete
  23. Salam Zila cayangg.kalau rock melon tu pernah mkn dg kuah puding...cuma tapai ubi belum pernah cuba....kena tunggu balik Msia baru boleh cuba. kat Egypt ni tak da ubi kayu....

    ReplyDelete
  24. as-salam Zila
    waduh2..... sungguh menyelerakan tgk puding tapai ubi dan rock melon ni..sesuai untuk bulan puasa ni..

    ReplyDelete
  25. Assalam Zila.
    Nampak sedap....nak cubalah resepi Zila ni.

    ReplyDelete
  26. kreatifnya zila..nmpk sedap.kena cuba baru tau rasanya..

    ReplyDelete
  27. Mesti sedap nih, resipi pon simple jer. Tapi tu la...kat bangi nih tak nampak plak org jual tapai.

    Salam kenal ☺☺

    ReplyDelete
  28. salam zila, simpel dan sedap.

    ReplyDelete
  29. Slurrppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp... ngencesss penghabisnya nih! sedap ni dan simple.. tak pernah buat.. Insyallah nanti kalau malas sha nak cuba sebab mudah sangat! hehee.. tq so much Zilla cayang muahzzzzzzzzzzzzzzzzzz

    ReplyDelete
  30. Sedapnya puding tapai ubi...bagi i rasa satu mug..

    ReplyDelete